INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101
Showing posts with label Piala Koprat Individu 2009. Show all posts
Showing posts with label Piala Koprat Individu 2009. Show all posts

Monday, August 24, 2009

KEPUTUSAN KEJOHANAN KAROM PIALA KOPRAT INDIVIDU 2009



Presiden Karomas En. Balbeer Singh telah memberi ucapan pembukaan kejohanan diiringi oleh En. Azmi Baki selaku Setiausaha Kehormat Karomas.


HARI PERTAMA (4 April 2009) Roslan Omar selaku ketua pengadil membuat pengumuman untuk memulakan kejohanan. Pengadil-pengadil juga sudah bersiap sedia untuk memulakan tugas masing-masing.

Suasana perlawanan perseorangan sedang berlansung pada hari pertama.

Presiden Karomas En. Balbeer Singh mengiringi Dato' Sieh Kok Chi menyaksikan perlawanan yang sedang berlansung.
















Perlawanan Acara Perseorangan Akhir di antara Roslan Baba vs Wan Mohd Arif

KEPUTUSAN ACARA PERSEORANGAN
Johan: Roslan Baba (DBKL)
Naib Johan: Wan Mohd Arif (UM)
Tempat Ke 3: Mohd Suhaizan Mat Karri (Karomas)
Tempat ke 4: Zukiman Zainal(PKNK)
Tempat ke 5: Rosli Abdul Rahim
Tempat ke 6: Abdul Mutalib
Tempat ke 7: Mior Sazali
Tempat ke 8: Shaharuddin Abdullah

Johan Perseorangan: Roslan Baba (DBKL)

Naib Johan: Wan Mohd Arif (UM)

Tempat Ke 4: Zukiman Zainal(PKNK)


En. Samohon MD Kassim (Naib Presiden Karomas), En. Azmi Baki (Setiausaha Agong Karomas), En. Roslan Baba (Johan Perseorangan), En. Wan Mohd Arif (Naib Johan), En. Mohd Suhaizan Mat Karri (Ketiga), En. Zukiman Zainal(Keempat) dan En. Balbeer Singh (Presiden Karomas) dan Dato' Sieh Kok Chi.

HARI KEDUA (5 April 2009)
















KEPUTUSAN ACARA REGU
Johan: Wan Mohd Arif dan Rambli (UM)
Naib Johan: Sulaiman (Felda) dan Suffian (HSBC)
Tempat Ke 3: Mohd Yunos Abu Bakar dan Shaharuddin (EPF)
Tempat ke 4: Roslan Omar dan Mohd Suhaizan Mat Karri (Karomas)
Tempat ke 5: Roslan Baba dan Hassan Hussin (DBKL)
Tempat ke 6: Mohd Basri dan Mohd Rasol (DBKL)
Tempat ke 7: Mazlan dan Azhar Suratman (UMW)
Tempat ke 8: Mohd Isa dan Mohd Sujak (DBKL)

Johan Regu: Wan Mohd Arif dan Rambli (UM)

Naib Johan: Sulaiman (Felda) dan Suffian (HSBC)

Tempat Ketiga: Mohd Yunos Abu Bakar dan Shaharuddin (EPF)

Tempat ke Empat: Roslan Omar dan Mohd Suhaizan Mat Karri (Karomas)

Tempat ke Lima: Roslan Baba dan Hassan Hussin(DBKL)

Tempat ke Enam: Mohd Basri dan Mohd Rasol(DBKL)

Tempat ke Tujuh: Mazlan dan Azhar Suratman (UMW)

Tempat ke Lapan: Mohd Isa dan Mohd Sujak (DBKL)

Presiden Karomas En. Balber Singh memberi cenderamata kepada Dato' Siah Kok Chi

Peserta Suami dan Isteri daripada SIRIM yang mengambil bahagian. Tahniah kepada mereka berdua kerana menunjukkan semangat yang jitu dan berani mengambil bahagian walaupun pertama kali bermain karom antarabangsa. Mereka berdua sangat berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini dan di harap mereka akan lebih berjaya di masa hadapan.

Akhir sekali berjumpa lagi di masa hadapan dan diharapkan semua peserta akan lebih bersedia dan meningkatkan kualiti permainan masing-masing. Bersama-samalah kita semarakkan lagi permainan karom antarabangsa demi generasi yang akan datang.

KEJOHANAN KAROM PIALA KOPRAT INDIVIDU 2009

1) ANJURAN
Persatuan Karom Malaysia (KAROMAS)

2) NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Karom Piala Koprat Individu 2009

3) TUJUAN
i. Menjalankan Aktiviti KAROMAS

ii. Mempromosikan permainan karom mengikut International Carrom Federation (ICF)

iii. Mengenal pasti pemain-pemain berpotensi untuk mewakili negara.

iv. Meningkatkan mutu permainan karom mengikut undang-undang ICF

4) FORMAT
i. Perseorangan terbuka

ii. Bergu terbuka

5) TARIKH DAN MASA
i. 04hb April 2009 (Sabtu) - Bermula jam 09:00 pagi

ii. 05hb April 2009 (Ahad) - Bermula jam 09:00 pagi

6) TEMPAT
Tempat: Dewan Serbaguna, Tingkat 2,
Wisma OCM, Jalan Jebat, Kuala Lumpur.

7) TARIKH DAN MASA TUTUP PENYERTAAN
26hb Mac 2009 (Khamis), Wisma OCM

8) TARIKH DAN TEMPAT UNDIAN
28hb Mac 2009 (Sabtu), Wisma OCM

9) BAYARAN
i. Perseorangan - RM30.00

ii. Bergu - RM60.00

10) HADIAH-HADIAH
Acara Perseorangan
Johan - RM800.00 + Piala
Naib Johan - RM600.00 + Piala
Ketiga - RM400.00 + Piala
Keempat - RM200.00 + Piala
Kelima - RM50.00 + Piala
Keenam - RM50.00 + Piala
Ketujuh - RM50.00 + Piala
Kelapan - RM50.00 + Piala

Acara Bergu
Johan - RM1000.00 + Piala
Naib Johan - RM700.00 + Piala
Ketiga - RM500.00 + Piala
Keempat - RM300.00 + Piala
Kelima - RM100.00 + Piala
Keenam - RM100.00 + Piala
Ketujuh - RM100.00 + Piala
Kelapan - RM100.00 + Piala

11) SYARAT-SYARAT KEJOHANAN
i. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia

ii. Kejohanan dijalankan mengikut undang-undang International Carrom Federation

iii. Kejohanan untuk kedua-dua acara akan dijalankan secara kalah mati

iv. Pihak penganjur akan menyediakan pengadil yang diiktiraf oleh KAROMAS

v. Pihak penganjur berhak meminda atau mengubah undang-undang permainan jika difikirkan perlu.

vi. Bantahan bertulis hendaklah dikemukan kepada pengerusi pertandingan 20 minit selepas permainan tamat dengan yuran pertaruhan sebanyak RM200.00.

vii. Juri rayuan (dilantik) akan membincangkan bantahan tersebut. Sekiranya bantahan tersebut ditolak oleh juri rayuan yuran pertaruhan tidak akan dikembalikan.

viii. Pemain yang lewat 10 minit melapurkan diri dimeja permainan setelah dipanggil akan kalah percuma permainan tersebut.

12) TAMBAHAN
i. Borang penyertaan (bolehfotostat) yang lengkap beserta yuran penyertaan hendaklah dihantar kepada:

Urusetia Kejohanan Karom Piala Koprat Individu 2009
Level 1, P. O. Box 3, Suite 6, Wisma OCM
Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.
Fax: 03 - 9179 5598 (Att: EN. Frankie Pek - 019-330 9001)

ii. Wang Pos/Kiriman Wang/Cek Berpalang dan Tunai hendaklah di alamatkan/serahkan kepada:
Bendahari (Att: EN. Frankie Pek - 019-330 9001)
Persatuan Karom Malaysia
Level 1, P. O. Box 3, Suite 6, Wisma OCM
Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.
No. Akaun Persatuan Karom Malaysia - EON Bank: 0061100020077

ii. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan, sila hubungi:
a) En. Samohon MD Kassim - 012-314 0778
b) En. Roslan Omar - 013-333 1408
c) En. Soong YK - 016-225 5713
d) En. Azmi Baki - 019-231 4697
e) En. Mohd Suhaizan Mat Karri - 016-661 7411