INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 12, 2018

KEJOHANAN KAROM PIALA POLIS NEGARA

Tarikh: 14 – 16/08/2018
Tempat: Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan.


Berjumpa lagi dalam siri Kejohanan Piala Ketua Polis Negara dan buat pertama kalinya Pulapol Air Hitam mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah buat kali kedua selepas kejohanan pertamanya pada tahun 2013. Tahniah kepada Pulapol Air Hitam yang memikul tugas sebagai tuan rumah dengan baik pada tahun ini.

Mengingati kembali pada ketika itu peralatan kejohanan tidak mengikut spesifikasi dan piawaian yang sepatutnya, tetapi saya membawa dua papan karom antarabangsa sebagai contoh. Memandangkan buat kali pertama kejohanan karom akan bermain mengikut undang-undang karom antarabangsa, saya mengambil masa 30 minit untuk menerangkan asas undang-undang permainan dan bagaimana cara bemain. Sungguh pun masa yang diberikan agak singkat dalam sesi penerangan tersebut tetapi Allahamdullilah semua pasukan dapat bermain dengan baik. 

Setelah 5 tahun kejohanan ini berlansung dilihat undang-undang asas permainan dapat dikuasai dengan baik dan begitu juga peningkatan skil pemain-pemain. Saya melihat juga kesungguhan pemain dan pasukan bertanya dan ingin belajar untuk ke arah yang lebih baik dari segi teknik dan undang-undang permainan. 

Pada tahun ini penyertaan agak kurang memberansangkan kerana hanya 13 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Walau bagaimana pun kejohanan tetap meriah dengan suasana dewan yang baru dibaik pulih dan sesuai untuk dijadikan tempat kejohanan kali ini. Format kejohanan masih dikekalkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, regu lelaki, regu wanita dan regu campuran. Kali ini pengadil agak sibuk menyediakan jadual perlawanan terpaksa di ubah kerana terdapat penambahan pasukan di saat-saat akhir.

Selepas mesyuarat pengurus hampir 10 malam dan saya selaku ketua pengadil terpaksa mengcengkam mata untuk membuat jadual perlawanan baru dan format mata dalam kumpulan hampir 4 pagi. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di sepanjang mengadili kejohanan karom antarabangsa. Saya mengharapkan pihak penganjur mengambil iktibar supaya di masa akan datang tidak berulang lagi.

Pada kali ini pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan:

Kumpulan A:
1. Kelantan
2. Pulapol Kuala Lumpur
3. Pulapol Air Hitam
4. Pulau Pinang
5. Kedah
6. Kuala Lumpur.

Kumpulan B:
1. Bukit Aman
2. Perak
3. Selangor
4. Johor
5. Melaka
6. Pahang
7. Negeri Sembilan.












































Tiga sahabat berkongsi pengalaman dan mungkin ada yang menarik agaknya...


Bersama En. Khairul peminat tegar karom dan memiliki peralatan yang terbaik 

Keputusan akhir kejohanan seperti berikut:

Johan: Kelantan
Naib Johan: Selangor
Ketiga: Pulapol Air Hitam
Keempat: Kuala Lumpur

Sehingga berjumpa lagi di siri kejohanan yang akan datang selamat maju jaya sukan karom antarabangsa di kalangan kakitangan Polis Diraja Malaysia dan akan mewarnai sukan ini di tanah air. Di harap di masa akan datang pemain-pemain boleh menguasai undang-undang permainan dengan baik dan meningkat skil permainan kepada satu tahap yang membanggakan.

Pertama kali karom antarabangsa di sini
Bersusah payah pengenalan diberi
Alhamdulillah telah terbukti kini
Ramai pemain sudah boleh berdikari

Alhamdulillah telah terbukti kini

Ramai pemain sudah boleh berdikari
Semoga karom antarabangsa diyakini
Piala KPN cipta sejarah tersendiri

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"

Thursday, October 4, 2018

5th CARROM WORLD CUP IN CITY OF CHUNCHEON, KOREA.

Tarikh: 23 – 29/08/2018
Tempat: Chuncheon, South Korea.



Pada tahun ini saya tidak dapat turut serta bersama pasukan Malaysia ke Kejohanan Carrom World Cup di Korea kerana ayah tidak berapa sihat dan terpaksa pulang ke kampung di kuantan. Tetapi saya tidak menyesal kerana ayah adalah segala-galanya bagi saya dan di saat ini ayah memerlukan khidmat saya pula. Alhamdulillah selepas beberapa hari ayah beransur sihat dan boleh berjalan seperti biasa.

Tahniah kepada tuan rumah Korea yang berjaya menjadi tuan rumah pada siri kejohanan World Cup 2018 berlansung dengan meriah sekali. Saya dikhabarkan tempat kejohanan yang menarik dan suasana yang agak selesa. 

 Suasana dewan kejohanan mengadap pentas utama  

  Suasana dewan kejohanan mengadap belakang dewan  

 Salah satu perlawanan yang menarik dan menjadi tumpuan di antara Prashant More (India) melawan Chamil Cooray (Sri Lanka)

Berikut adalah keputusan akhir kejohanan dunia pada kali ini:


KEPUTUSAN AKHIR PERSEORANGAN LELAKI

  
Lelaki Akhir: Prashant More kalahkan Riyaz Akbar Ali 25-4, 14-25, 25-13
Tempat ketiga: Zaheer Pasha kalahkan Nishantha Fernando 17-16, 25-0.

Separuh Akhir Pertama: Prashant More kalahkan Zaheer Pasha 25-21, 12-25, 25-11
Separuh Akhir Kedua: Riyaz Akbar Ali kalahkan Nishant Fernando 25-12, 5-25, 25-11.

KEPUTUSAN AKHIR REGU LELAKI

Regu lelaki Akhir: Riyaz Akbar Ali & Prashant More kalahkan Zaheer Pasha & K. Sagayabharathi 4-25, 25-5, 25-13
Tempat ketiga: Chamil Cooray & Nishantha Frenando kalahkan Shaheed Hilmy & Udesh Perera 16-7, 25-14

KEPUTUSAN AKHIR REGU WANITA 
Regu Wanita: Rashmi Kumari & Aysha Mohammed kalahkan Kajal Kumari & S. Apoorva 4-25, 25-7, 25-20
Tempat Ketiga: Yasika Rahubaddha & Roshita Joseph kalahkan Maduka Dilshani & Chalani Liyanage 25-0, 10-7

KEPUTUSAN AKHIR PERSEORANGAN WANITA 


Wanita Akhir: S Apoorva kalahkan Kajal Kumari 25-5, 25-14
Tempat Ketiga: Aysha Mohammed kalahkan Rashmi Kumari 10-22, 20-13, 24-15.

Separuh Akhir Pertama: S. Apoorva  kalahkan Rashmi Kumari 25-12, 18-25, 25-3
Separuh Akhir Kedua: Kajal Kumari kalahkan Aysha Mohammed 25-11, 25-21.

KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN LELAKI

Pasukan Lelaki Sri Lanka

Lelaki Akhir: Sri Lanka mengalahkan India 3-1 (Shaheed Hilmy kalah kepada Zaheer Pasha 22-25, 11-25

Tempat Ketiga: Nishantha Fernando kalahkan K. Sagayabharathi 25-22, 25-7; Chamil Cooray kalahkan Prashant More 3-25, 25-15, 25-21).

KEPUTUSAN AKHIR PASUKAN WANITA

Pasukan Wanita India

India mengalahkan Sri Lanka 3-0 (Rashmi Kumari bt Roshita Joseph 19-15, 25-23; Kajal Kumari kalahkan Chalani Lakmali Liyanage 25-11, 25-12; S. Apoorva kalahkan Yasika Rahubadda 25-12, 25-23).

KEPUTUSAN AKHIR SWISS LEAGUE

Tahniah kepada Kajal Kumari mewakili India yang merupakan julung-julung kalinya seorang wanita berjaya muncul pemain yang berada paling atas untuk swiss league system. Beliau telah memenangi kesemua tujuh pusingan termasuk berjaya mengalahkan pemain lelaki terbaik senegara India Riyaz Akbar Ali dan Prashant More.

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:

PASUKAN LELAKI
Johan (Sri Lanka)
Naib Johan (India)
Ketiga (France)

PASUKAN WANITA
Johan (India)
Naib Johan (Sri Lanka)
Ketiga (Maldives)

PERSEORANGAN LELAKI
Johan (Prashanth More) - India
Naib Johan (Riyaz Akhbar Ali) - India
Ketiga (Zaheer Pasha) - India

PERSEORANGAN WANITA
Johan (S. Appoorva) - India
Naib Johan (Kajal Kumari) - India
Ketiga (Ayesha Mohammad) - India

REGU LELAKI
Johan (Prashanth More & Riyaz Akhbar Ali) - India
Naib Johan (Zaheer Pasha & Sagayabharthi) - India
Ketiga (Chamil Coory & Nishanta Fernando) - Sri Lanka

REGU WANITA
Johan (Rashmi Kumari & Ayesha Mohammad) - India
Naib Johan (Kajal Kumari & S. Appoorva) - India
Ketiga (Chamil Coory & Nishanta Fernando) - Sri Lanka

LIGA SWISS
Johan (Kajal Kumari) - India
Naib Johan (Chamil Cooray) - Sri Lanka
Ketiga (Sagayabharthi) - India


Sekali lagi pada kali ini SYNCO diberi kepercayaan menjadi penaja utama papan karom selepas berjaya menjadi penaja pada kejohanan World Carrom Championship 2016 di Birmingham, United Kingdom. Pada kejohanan kali ini Synco menaja papan karom jenama SYNCO PLATINUM.