Tarikh:
02 March 2013
Hari:
Sabtu
Tempat:
JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kali
ini saya berpeluang melihat sendiri pemilihan pemain-pemain JUPEM untuk
mewakili Kejohanan Karom NRE 2013. Saya tidak dijemput secara rasmi dan pergi
secara sukarela memandangkan hari ini saya tidak bekerja dan tiada urusan
penting hari ini.
Saya
tiba di Bangunan JUPEM sekitar 12:10 tengahari, agak terlewat sedikit tiba
kerana kesesakkan di lebuhraya Utara-Selatan dan juga sedikit sesak di tempat tinggal saya di Saujana Utama kerana
kebetulan program santai bersama PM.
Saya
berada di sana lebih kurang hampir satu jam lebih dan sempat juga memberi
sedikit tips kepada pemain-pemain baru untuk mepelajari teknik-teknik
permainan. Di harap selepas ini ramai yang akan hadir untuk menunjukkan bakat
yang terpendam dan mengalahkan pemain yang lebih berpengalaman.
Berikut
adalah paparan suasana pemilihan terakhir pasukan JUPEM untuk Kejohanan NRE
2013.
No comments:
Post a Comment