Tahun ini dapat meluang masa ke luar negara walaupun tugas harian semakin betimbun-timbun di atas meja. Dapat mencelah kesibukkan kerja harian dan untuk melihat negara orang. Dan kali ini negara Vietnam menjadi pilihan.
Parkir di Tingkat A, KLIA2 tempat yang agak sesuai semasa ketibaan pulang.
Bertolak dari lapangan terbang sekitar 9.30 pagi dan mendarat di lapangan terbang Tan Son Nihat, Vietnam Hari pertama hanya sekitar Ho Chi Minh City sahaja.
Suasana motosikal di bandara cukup luar biasa di Ho Chi Minh City.
Pusat Karangkraf orang kurag upaya di bawah pengawasan kerajaan. Kualiti hasil kerja
Lukisan yang diperbuat daripada kulit telur yang bermutu tinggi tetapi saya tidak dibenarkan mengambil gambar di galeri jualan.
Mereka adalah di antara pekerja mahir dan kreatif di dalam menghasilan produk-produk seni yang mempunyai nilai kualiti yang cukup tinggi.
Saya juga cukup teruja kerana di sini khat juga sebahagian produk seni yang dijual.
Selepas berada di pusat karangkraf orang kurang upaya kami terus menuju ke terowong bawah tanah yang dinamakan Terowong Cu Chi di Kabupaten Cuchi, Saigon. Terowong Cu Chi terletak 40 km utara dari pusat bandar dan telah dibangunkan semasa perang Vietnam dan Amerika.
Kali ini memakai jersey Malaysia bukan untuk kejohanan karom tetapi berada di hadapan peta lawatan sebelum masuk ke dalam kawasan Terowong Cu Chi.
Berdiri di depan Galeri Senjata Api semasa perang Vietnam dan Amerika.
Berdiri di hadapan almari Senjata Api yang cukup mengerukan den pelbagai saiz.
Sebagai simbolik cara tentera dalam persedian di dalam peperangan.
Bersama dengan pegawai yang bertindak sebagai jurupandu supaya kami berada di landasan yang betul dan selamat di sepanjang lawatan.
Dah tidak dapat bergerak jauh kerana peha dan lutut dah mula sakit mungkin sudah lama tidak melakukan senaman ataupun mungkin faktor usia. Oleh demikian saya terpaksa naik setelah berada di laluan terowong kira-kira 10 meter. Saya juga bertanya beberapa soalan cepu emas kepada jurupandu tersebut iaitu siapakah pencetus idea ini terowong dan ke dalamannya. Beliau menerangkan idea asal membina terowong adalah daripada petani. Terdapat tiga peringkat ke dalaman iaitu 3 meter, 5 meter dan 10 meter. Jurupandu tersebut juga menceritakan bagaimana cara mengali terowong dengan hanya mengunakan kudrat manusia sahaja tetapi berjaya melakukannya.
Berada di hadapan dapur di dalam terowong dan sekarang telah dibuka kepada orang ramai untuk mengetahui keadaan sebenar.
Perangkap samar yang dipasang ketika perang Amerika dan Vietnam. Walaupun nampak teknoloji kuno tetapi inovasi inilah yang berjaya membantu Vietnam di dalam peperangan tersebut. Tidak tahu berapa ramai tentera Amerika terbunuh atau cedera teruk akibat perangkap ini.
Menghampiri restoran di penhujung lawatan terowong Cu Chi.
Di akhir lawatan kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus bersama kacang tanah ditumbuk dicampur gula. Manakala minumannya teh yang diperbuat daripada daun jasmine + daun pandan + buah badam. hidangan ini adalah untuk merasa suasana ketika zaman peperangan di antara Vietnanam dan Amerika. Ubi kayu memang kegemaran saya dan semasa makan pagi disalah sebuah restoran di Ho Chi Minh City sempat membeli kuih yang diperbuat daripada ubi kayu iaitu bengkang ubi dan rasanya lebih kurang sama seperti di negara kita.
Cenderahati yang dijual di sini cukup bernas yang diperbuat daripada peluru.
Cukup kreatif cenderahati yang diperbuat daripada tin minuman.
Seterusnya kami ke Mekong Delta dan di sini kami berkesempatan melawat Pulau Unicorn. Kami tiba agak lewat dan tidak berpeluang melihat proses membuat coklat daripada santan kelapa. Kami ada membeli sedikit untuk dibawa pulang. Selepas itu kami menaiki sampan melalui satu terusan yang dbuat khas untuk pelancong sebagai merasa suasana kehidupan di sini. Saya juga dapat melihat di sini pokok nipah seperti yang terdapat Malaysia yang tumbuh subur. Saya tidak pasti samada mereka juga mengetahui cara mendapatkan air dari pokok nipah yang dipanggil air nira.
Sambil menanti bot saya sempat bergambar berlatar belakang Mekong Delta.
Bot yang akan kami naiki menuju Pulau Unicorn.
Sebahagian daripada restoran halal yang kami singgah dan tidak ketinggalan nama Restoran Kampong Pandan juga terdapat di sini. Kami juga diberitahu terdapat satu jalan di sini dinamakan Malaysia Street.
Mee dan bee hun sup yng cukup enak.
Kedai menjual pelbagai kacang dan bunga
Penjual buah-buah dan garam berlada
Penjual buah berbasikal mempelan dan buah mata kuching.
Penjual buah durian belanda dan rambuttan.
Semasa berjalan-jalan di Ho Chi Minh City terpandang sepasang ayam kampong.
Sebelum berlepas dari Tan Son Nhat International Airport di Vietnam.
Selamat sampai di KLIA2
Sebagai rumusan di sepanjang berada di Ho Chi Minh City dan laluan-laluan ke tempat lawatan seperti Terowong Cu Chi dan Mekong Delta, saya ingin fokus kepada penguna-penguna jalan raya di sini kerana ianya cukup menarik untuk diperkatakan.
Dalam pemerhatian saya lampu trafik agak terhad tetapi jalan-jalan cukup sibuk dan padat dengan kenderaan bermula sekecil-kecil kenderaan hingga sebesar-besar kenderaan. Motosikal merupakan kenderaan yang cukup popular di sini. Sungguh pun begitu disepanjang saya di sini tiada kemalangan berlaku walaupun pada mata kasar melihat cukup merbahaya. Mereka juga tidak marah apabila dibunyikan hon dan sebaliknya memberi laluan. Kesabaran mereka juga cukup tinggi ketika berada di atas jalan raya.
Bagi penunggang motosikal saya juga perhatikan rata-rata mereka memecut sekitar 40 hingga 60 km sejam. Walaupun di jalan besar penunggang motosikal masih mengunakan kelajuan yang sama. Saya tidak pasti samada undang-undang yang ditetapkan ke atas pancuan dua roda. Pengajaran yang cukup berharga ketika berada di negara orang yang kita boleh mempelajari sesuatu dari mereka. Saya cadangkan penguna-penguna jalan raya di Malaysia pergi dan melihat sendiri keadaan di sana. Apa yang baik jadikan teladan dan apa yang tidak sesuai jadikan sempadan.
Kini menanti tahun hadapan ke destinasi lain pula...
No comments:
Post a Comment