Untuk mencapai sesuatu kejayaan mungkin sangat
sabjektif jika diperkatakan dari sudut infra dan peralatan sukan itu sendiri.
Tetapi sebagai seorang atlet anda perlu sedar bahawa kejayaan sebenarnya
bergantung dan berkait rapat dengan kemudahan yang berada di depan mata dalam
meniti kejayaan yang sebenar.
Mempunyai kemudahan peralatan dan bagaimana cara anda manipulasi ke arah
kecermerlangan itu adalah yang terbaik. Bukan sahaja kemenangan yang diperolehi
tetapi kebolehan dan skil anda juga turut meningkat serta menaikkan taraf anda
sebagai seorang pemain yang di hargai kawan dan dihormati oleh pihak lawan.
Di dalam permainan sukan yang mengunakan peralatan anda perlu mencari dan mempunyai peralatan yang terbaik dan berkualiti untuk anda menjadi seorang yang terbaik juga. Mana mungkin peralatan yang kurang lengkap atau tidak berkualiti dapat membantu anda ke arah yang lebih bagus.
Memiliki papan karom yang berkualiti dan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh undang-undang permainan adalah
pilihan yang tepat. Di samping itu juga memilih jenama yang popular di pasaran
dan selalu digunakan di kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa
dengan sendirinya adalah pilihan yang bijak dan terbaik.
Dalam permainan karom untuk memiliki papan karom yang berkualiti
mirip ke arah yang selalu digunakan di kejohanan-kejohanan besar atau mempunyai
papan karom yang sebenar digunakan di kejohanan-kejohanan di peringkat
antarabangsa akan memberi impak dan kelebihan kepada anda jika anda
mengetahuinya.
Berikut adalah 10 kesilapan di
dalam pembelian papan karom:
1. Membuat
keputusan tanpa usul periksa
Keputusan diambil untuk membeli kelengkapan permainan dengan tergesa-gesa tanpa
menyelidik dan bertanya terlebih dahulu. Ini adalah satu kesilapan yang paling
teruk bagi pihak pengurusan di dalam membuat keputusan. Sebagai pengurus anda
perlu betindak bijak dan berhemah di dalam membuat keputusan yang terakhir.
keputusan yang terbaik akan membantu pasukan anda ke arah yang lebih sempurna,
tetapi jika anda salah langkah di dalam membuat keputusan ini akan membawa kemudaratan
kepada pasukan anda di dalam pelbagai perkara.
2. Membuat
rujukkan kepada pakar
Rujukkan adalah penting sebelum membut keputusan yang terakhir. Rujukkan bukan
hanya bergantung kepada pemerhatian, pertanyaan kepada yang pakar tetapi juga
menerusi menerusi laman sesawang yang boleh membantu ke arah penelitian sebelum
membuat sebarang keputusan yang terakhir. Jangan hanya mendengar dari mereka
yang bukan dibidangnya yang akan memberi pendapat yang salah dan ini tidak akan
membantu anda di dalam pencarian yang sebenar.
3. Menyelidik
pembekal dan mengkaji jenama popular
Sebarang keputusan perlu kepada penyelidikkan dan mengkaji latar belakang
pembekal peralatan sebagai pencerahan dan pemilihan yang tepat. Ini perlu
dilakukan supaya bukan hanya sekali perkhidmatan yang diberikan tetapi mereka
juga mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu dan memberi perkhidmatan di dalam
banyak perkara bila diperlukan. Anda juga boleh bertanya kepada mereka yang
mempunyai pengalaman supaya dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda
hadapi.
4. Mengumpul bukti
dan kesahihan jenama
Pilihan jenama adalah antara faktor yang terpenting di dalam membuat pilihan
papan karom. Jenama yang perlu diberi perhatian adalah menerusi
kejohanan-kejohanan besar terutama di peringkat antarabangsa dimana jenama
tersebut digunakan sebagai peralatan rasmi kejohanan. Dunia canggih hari ini
cukup mudah mencari informasi yang hanya di hujung jari sahaja. Jangan ada sifat malas dan
sambil lewa di dalam pencarian kesahihan mencari papan karom yang
terbaik.
5. Keputusan tiada
unsur peribadi dan kronisma
Di dalam pemilihan jenama tiada unsur-unsur berbentuk peribadi dan kronisma di
dalam membuat keputusan terakhir juga tiada unsur kepentingan di dalam memilih
papan karom yang terbaik dan bermutu tinggi. Jenama yang popular akan
menentukan segala-galanya bermula dengan spesifikasi sehingga kualiti. Hanya
melalui jenama anda sudah mengenal pasti papan karom yang berkualiti.
6. Tidak Memahami dan tidak ambil peduli
Pihak pengurusan yang diberi amanah menerajui pasukan yang tidak mempunyai
sikap positif di dalam membuat keputusan akan terjerumus kepada keputusan yang
salah. Sikap tidak ambil peduli dan tidak mahu belajar perkembangan terkini
juga akan meninggalkan anda terpelosok ke belakang kerana buta dari segi
mengambil tahu spesifikasi papan karom yang sebenar.
7. Ketiadaan
penasihat dalam pasukan
Penasihat adalah penting di dalam membuat keputusan pemilihan peralatan dan
dalam masa yang sama membentuk pasukan yang terbaik. Ciri-ciri penasihat perlu
kepada rekod pencapaian yang terbaik untuk melayakkan sebagai penasihat yang
berpengalaman dan bertauliah. Penasihat juga akan berterus terang dan
telus dalam segala bermula dari peralatan sehingga perancangan jangka pendek
dan perancangan jangka panjang.
8. Kedegilan dan
tidak mendengar
Kedegilan dan tidak mendengar
nasihat serta pendapat daripada pihak lain juga punca kepada pembelian papan
karom yang tidak mengikut spesifikasi dan berkualiti dan akhirnya membawa
kepada pembaziran. Pihak pengurusan perlu ada sifat keterbukaan untuk mendengar
dari pihak yang terlibat secara lansung di dalam bidang ini dan juga perlu
mendengar pandangan dari pemain-pemain dalam pasukan sendiri.
9. Jangan mudah
tertipu dan terpedaya dengan harga murah
Anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri, Adakah papan karom yang
berkualiti boleh didapati dengan mudah dan harga yang murah? Sudah pasti papan
karom yang mudah diperolehi dan murah harganya boleh dapat di mana-mana. Jangan
salah orang lain jika keputusan itu datangnya dari diri anda yang tidak
bersikap professional di dalam membuat keputusan. Mengenal pasti individu yang
mahir dan pengalaman di dalam bidang ini dapat membantu supaya anda tidak
tertipu.
10. Papan karom
adalah satu pelaburan
Anda sebagai pemimpin di dalam pengurusan perlu akur dan sedar bahawa papan
karom yang bakal dimiliki adalah satu pelaburan yang besar. Pelaburan tersebut
juga perlu dilihat untuk satu jangka masa tertentu dan alangkah baiknya jika
pelaburan tersebut boleh membawa ke arah jangka hayat yang lebih lama.
Kesimpulan
Sebagai pihak pengurusan atau
perancang atau pemain perlu berurusan dengan pembekal yang bersikap
professional, boleh dipercayai dan berpengalaman di bidangnya. Pengurus juga
perlu memperuntukkan masa yang cukup untuk membuat sebarang keputusan terbaik
supaya langkah yang diambil tidak memudaratkan di kemudian hari.
Sebagai pengurus anda semestinya
menjaga keperluan dan matlamat pasukan anda untuk mengelak melakukan
kesilapan-kesilapan seperti 10 perkara yang tersenarai seperti di atas semasa
pembelian papan karom. Di dalam membuat sebarang keputusan kosongkan minda anda
dan melihat dengan mata hati yang positif dan bukan bersifat pasif. 10 perkara
juga di atas akan membantu dan memberi gambaran yang jelas di dalam membuat
pemilihan papan karom terbaik untuk digunakan oleh pasukan anda dalam
mempersiapkan diri dalam latihan dan juga menghadapi kejohanan-kejohanan di
masa hadapan.
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan papan karom "Best of the best".
Sebelum menutup tirai renungkan kata-kata ini "Bertindak bijak di
dalam membuat keputusan demi kepentingan pasukan anda di masa hadapan".