DIPILIH
Maksud dipilih adalah hasil pencarian pengurus atau
jurulatih melalui saringan latihan atau hasil dari sesuatu pertandingan yang
dianjurkan untuk mencari pemain-pemain membawa kepada penubuhan pasukan.
Pemilihan proses begini biasanya akan memantapkan lagi pasukan yang hendak
dibina dan merupakan jalan yang terbaik.
Beratur dalam barisan untuk proses saringan dan pemilihan.
Melompat
kegembiraan selepas berjaya dipilih.
Kemurungan
kerana gagal dipilih.
Jika tidak
dipilih jauhi sifat dengki atau mulut busuk.
Manakala bagi yang terpilih pula cukup bertuah kerana anda
mempunyai potensi yang berbakat dan ciri-ciri yang di cari oleh pengurus atau
jurulatih untuk pasukan yang bakal dibentuk. Golongan terpilih juga mungkin
berdasarkan kepada beberapa faktor seperti pernah mewakili pasukan sebelum ini
atau melalui cadangan dari
pihak-pihak tertentu.
Gembira kerana
tanpa bekerja keras terpilih dalam mempersiapkan pasukan.
Jangan
salahkan pada yang lain jika anda bukan di antara yang terpilih.
RUMUSAN
Perlaksanaan
sesi latihan dan juga pra perlawanan merangkumi pemilihan, latihan dan
pembangunan pemain-pemain oleh jurulatih adalah teramat penting.
Pemain-pemain baru yang berpotensi akan dilatih bersungguh-sungguh dan
diserapkan ke dalam pasukan untuk menyertai kejohanan di masa hadapan.
Pemilihan melalui sesi uji bakat juga dapat mencari pemain-pemain yang mempunyai kemahiran tinggi menerusi beberapa peringkat siri cabaran yang diadakan. Pencarian juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pemain baru sebagai pelapis untuk mewakili pasukan. Pemilihan melalui proses saringan di peringkat awal sehingga ke peringkat akhir adalah merupakan jalan terbaik untuk membina satu pasukan yang mantap dan sempurna.
Jika anda terpilih berdasarkan kepada ciri-ciri kelebihan yang anda miliki, maka anda cukup hebat sebenarnya sebagai pemain atau pengadil atau juga dapat merangkul kedua-duanya. Berdasarkan kepada pengetahuan dan ilmu yang ada pada diri anda sebagai salah satu calon yang terpilih.
Amalan pemilihan secara kroni ke dalam pasukan perlu dijauhi kerana pilihan cara ini tidak sihat dan akhirnya tidak akan membawa kejayaan malah akan menempuhi kegagalan. Sungguhpun terpilih melalui kenalan atau cadangan dari pihak tertentu tetapi saringan akhir masih diperlukan untuk di bawa masuk ke dalam satu pasukan.
Sebelum berakhirnya coretan ini, anda perlu bertanya kepada diri sendiri adakah anda hari ini sebagai seorang pemain karom dan/atau pengadil karom kerana dipilih atau terpilih?
Renungkanlah kata-kata ini "Jangan senyum apa yang anda capai, tetapi biarlah orang lain senyum pencapaian anda itu adalah lebih bermakna".
No comments:
Post a Comment