INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, April 21, 2015

KARNIVAL SUKAN KAROM CAMPURAN ANTARA BAHAGIAN IBU PEJABAT JUPEM 2015


Tarikh: 11 APRIL 2015 (SABTU)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Dewan Ukur JUPEM Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Karnival Sukan Antara Jabatan JUPEM 2015 kembali lagi dengan sambutan yang cukup positif daripada kakitangan JUPEM. Acara yang dipertandingan adalah Karom, Dam Aji, Dart, Congkak dan Sepak Takraw. Acara ini juga sebagai kemuncak pemilihan pemain-pemain untuk mewakili Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada tahun ini. Dalam pemerhatian saya pada kejohanan kali ini cukup meriah dan menarik kerana sebahagian besar terdiri daripada muka-muka baru. Sekurang-kurangnya kejohanan ini memberi satu impak ke arah pembangunan sukan dalam organisasi JUPEM sendiri.

Sebelum kejohanan bermula saya diberi laluan untuk memberi sedikit pencerahan asas undang-undang permainan yang perlu diketahui oleh pemain-pemain baru. Dalam masa yang sama saya juga berkesempatan menunjukkan sedikit skil dan teknik bermain dengan sempurna melalui teknik latihan asas yang penting. Dengan masa yang agak terhad saya mengharapkan mereka dapat mengambil sedikit ilmu sebagai bekalan untuk digunakan di dalam kejohanan nanti.  

Dalam kejohanan karom, terdapat 9 pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 2 kumpulan:

Kumpulan A
1. TOPOGRAFI
2.  Bahagian Pemetaan Utiliti 'A'
3.  Jupem Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur (JUWPKL)
4.  Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK)
5.  Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara 'A' (BPDGN 'A')

 

Kumpulan B
1. Bahagian Ehwal Persempadan (BEP)
2.  Bahagian Pemetaan Utiliti 'B' (Utiliti 'B')
3.  Bahagian Karto dan GIS (BKGIS)
4.  Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara 'B' (BPDGN 'B')

 


 Baru nak mula peminat dah datang...

 Jai mencari laluan untuk menamatkan perlawanan. Apa yang difikirkan oleh Puan Jam tuu...

 Nampak seperti nak buat white slam jee... Biar betul bro...

 Sahabat  kita nii santai jee...

 Hai... Badan belum panas lagi sudah selesai... Memang hebat bro...

 Pengadil nampak serius jee... Bagi peluang kepada orang baru bro...

 Mutalib jadi pengadil laa pulak... Biasa laa pro bagi amatur jalan dulu...

 Teruskan bro... apa tunggu lama sangat tuu...

 Remy nampak seperti juara dalam pembikinan...

 Bincang apa lagi tuu... nanti kena penalti pulak...

 Saudara kita ni laju jee meninggalkan pihak lawan....

Puan Jam sedang memikirkan yang mana satu untuk dimasukkan dulu



Keputusan Akhir Kejohanan

Separuh Akhir Pertama
JUWPKL (2) vs BEP (1)

Separuh Akhir Kedua
BPDGN B (2) vs BPDGN A (1)

Johan          : JUWPKL
Naib Johan : BPDGN “B”
Ketiga         : BPDGN “A”

Keempat     : BEP

 Naib Johan (BPDGN 'B') yang diketuai oleh En. Remy


 Johan (JUWPKL) Yang diketuai oleh En. Zailani sedang menerima hadiah daripada En. Remy.

Tahniah diucapkan kepada pasaukan yang berjaya dan kepada pasukan yang kurang menonjol pada siri kali ini tidak merasa kecewa tetapi membina semangat baru supaya terus berusaha dengan lebih gigih lagi di masa hadapan. Kejayaan tidak datang dengan sendiri melainkan dengan usaha dan keringat menerusi latihan-latihan intensif.

Teruskan usaha anda untuk meningkat pengetahuan dari segi undang-undang, skil dan teknik ke arah yang lebih sempurna. Teruskan usaha anda dan semoga kita dapat berjumpa di siri yang akan datang.

PERMAINAN KAROM DI KALANGAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA

Sukan karom agak popular di beberapa negara Asia seperti Maldives, Sri Lanka, India, Afghanistan, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapore, Indonesia, Irian Jaya dan Australia. Sukan karom juga turut berkembang di USA, Kanada dan negara-negara Eropah menerusi perhijrahan bangsa-bangsa Asia ke negara berkenaan. Terdapat sesetengah negara terutamanya sebahagian besar negara Asia mempunyai versi undang-undang tersendiri, saiz papan dan saku di penjuru ada sedikit perbezaan.

Mengimbas kembali pengalaman saya ketika melatih pasukan karom Kontinjen Antarabangsa Petronas pada tahun 2010 sempena Sukan Antarabangsa Petronas. Di dalam pasukan tersebut selain daripada Malaysia terdapat pemain dari Uzbekistan, Myanmar, Indonesia, Irian jaya, Iran dan China. Pemain dari Uzbekistan, Iran dan China tidak pernah melihat dan bermain karom dan ini merupakan kali pertama melihatnya. Semasa melatih saya juga sempat bertanya kepada mereka cara bermain karom di negara asal mereka. Mereka mengatakan undang-undang permainan dan cara bermain agak berbeza di Indonesia, Mynmar dan Irian jaya. Pada Kejohanan Karom Antarabangsa Pertronas kali ini mengunakan papan dan undang-undang karom Malaysia.

Kembali kepada kisah yang penulis ingin ceritakan pada kali ini adalah berkisar karom yang dimainkan oleh pendatang asing yang mencari rezeki di Malaysia dengan membawa budaya dan hobi masing-masing. Kebetulan pada satu malam di hujung minggu kawan mengajak saya untuk melihat permainan karom yang dimainkan oleh pendatang asing dari Nepal dan Bangladesh.   





Dalam pemerhatian saya budak yang tidak berbaju cukup bergaya dan bermain dengan baik.


Saya juga mencuba beberapa kali cara permainan karom dari Bangladesh ini. Agak jangal kerana saiznya papan yang agak luar biasa besarnya dan buah karom pula diperbuat daripada plastik.



Berjumpa lagi pada episod yang akan datang dan jangan lupa terus bermain karom walau di mana anda berada.

"Put your interests first so that others can follow your footsteps."

SESI PENCERAHAN PEMINAT KAROM DARI SG BULOH, MERU DAN KLANG

Tarikh: 15 March 2015
Masa: 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor.

Pada sebelah petang hujung minggu yang lalu saya menerima kunjungan peminat karom dari Klang (En. Saiful dan Syafiq), Meru (En. Syafiq) dan Sungai Buloh (Haikal dan Amzarul. Anak saya Azib turut bersama menceriakan suasana bersama rakan-rakannya. 

Sesi pencerahan ini dijalankan secara intensif bermula perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebagai seorang pemain. Memandangkan ini merupakan pertama kali saya kira mereka agak keliru sedikit dan untuk memahaminya akan mengambil sedikit masa. Sungguh pun begitu melihat kesungguhan mereka saya dapat merasakan mereka boleh menguasai dengan baik.

Sesi ketika menceritakan undang-undang secara ringkas sebagai permulaan.  

Melalui penerangan yang diberi mereka cukup berminat.  

 En. Saiful yang berada di sebelah saya cukup rajin mencatat ulasan yang berikan. 

Mereka cukup serius pada sesi pencerahan menerusi paparan slid yang saya sediakan. 

 Sesi ini juga memberi gambaran sebenar menerus beberapa video yang ditayangkan. 

 Sesi penerangan secara lansung di atas papan karom. 

 Sesi penerangan mengenai striker secara terperinci kerana striker merupakan kunci untuk bermain dengan baik di samping mempunyai skil permainan yang baik juga.
  
Sifu sedang mengeluarkan striker kegemarannya...


 Gaya En. Saiful menyusun buah karom kelihatan seperti seorang profesional. 

 Suasana sesi penerangan seramai enam orang. Sepatutya ada lapan orang tetapi dua di saat-saat akhir menarik diri kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.
  
 Terdapat empat budak sekolah menengah yang berminat dalam permainan karom dan sehinggakan salah seorang daripada mereka telah membeli papan karom yang kualiti grade A atau juga dipanggil papan kejohanan. 

  Saya menunjukkan beberapa teknik bermain dengan sempurna.

  Saya merasakan jika budak-budak ini komited dalam permainan ini, maka mereka merupakan bakal pelapis di masa hadapan.

 Budak-budak sekolah juga turut meminati karom dan diharapkan suatu hari nanti mereka ini sebagai pelapis di masa hadapan.

 Suasana keseluruhan pada hari tersebut...

 En. Shafiq bertanya pelbagai soalan untuk memahami lebih mendalam walaupun ini merupakan kali pertama melihat dan bermain cara karom antarabangsa. Saya mengarapkan ini bukan titik permulaan dan terakhir buat diri beliau.


 Susunan buah karom sebelum pecah mula juga merupakan satu asas penting yang perlu diketahui wlaupun mungkin sesetengah pemain-pemain menganggap sebaliknya.


Di akhir sesi pencerahan ini selaku tuan rumah saya menyediakan sedikit jamuan ringan sebelum bersurai. Sambil menjamu selera saya juga mencadangkan satu idea yang cukup baik kepada En. Saiful supaya mengujudkan sudut karom. Beliau bersetuju dan dalam masa yang sama melantik saya sebagai penasihat dalam program ini. Kami sekarang di peringkat perancangan mencari dan mengumpul dana. Insha Allah jika program ini dapat direalisasikan, maka ianya merupakan pertama kali di Malaysia. Kami juga merancang untuk mengadakan kursus secara berperingkat-peringkat dan mengadakan kejohanan dari masa ke semasa. Pemantauan akan dilakukan supaya ianya menjadi satu kenyataan dan positif.

Mungkin nampak cita-cita dan perancangan ini cukup tinggi tetapi adakalanya kita perlu menerima hakikat bahawa kita tidak dapat lari dari kekangan-kekangan yang akan muncul di hadapan di sepanjang apa yang rancangkan nanti. Apa pun saya mengharapkan yang terbaik dan sama-sama kita berdoa supaya perkara yang baik menjadi kenyataan satu hari nanti.

Kata-kata saya yang terakhir "Jika perahu tidak didayung manakan perahu dapat bergerak". Jadi renung-renungkan kata-kata tersebut untuk kebaikan bersama.

REMAJA MEMINATI KAROM DAN MEMBELI PAPAN KAROM SENDIRI

Bersukan atau beriadah tidak mengira umur atau fizikal. Apa yang perlu seseorang mempunyai minat mendalam terhadap sukan tersebut. Bermula dari sini seseorang perlu melangkah dan mempunyai satu anjakkan paradigma untuk membangun bersama sukan yang diminati oleh mereka.

Seperti yang saya pernah bincang pada keluaran yang lalu selain daripada anugerah yang diberikan kepada seseorang sebagai atlet yang berjaya di dalam sesuatu sukan terdapat juga atlet yang lahir menerusi latihan, komited dan pendedahan yang berterusan dan akhirnya akan mencapai atlet sukan yang berjaya.

Saya cukup teruja bila seorang remaja yang cukup meminati karom sehinggakan sanggup membeli papan karom yang berkualiti tinggi untuk dirinya. Saya memberi pujian kepada keluarganya yang memberi ransangan pada remaja ini. Pada peringkat awal penglibatan di dalam sukan adalah merupakan salah satu faktor yang terbaik. Dengan persekitaran sihat dan hasil promosi juga menjadi peranan dan memberi impak yang baik kepada sukan negara di masa hadapan.

Haikal bersama papan karom baru dimilikinya

Remaja seperti Haikal dan remaja seangkatan dengannya perlu dibimbing dan diasuh dengan sebaik mungkin untuk diterapkan sebagai pelapis-pelapis di masa hadapan. Mungkin sukan karom tidak glamor seperti sukan lain seperti Bolasepak, Badminton, dan Bowling (sekadar menyebut beberapa jenis sukan) tetapi sukan karom perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib dan jangan hanya melihat sebelah mata sahaja.



Komen Penulis

Persatuan perlu aktif dan hendaklah mempunyai barisan yang kreatif dan aktif untuk memajukan sukan tersebut dan bukan hanya duduk di kerusi empuk yang hanya memanaskan punggung sahaja kerana tidak mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan sukan ini di masa hadapan. Jika terdapat persatuan seperti ini, maka tidak mustahil sukan karom akan mati akhirnya dan bukan hanya kepada sukan karom sahaja tetapi kepada sukan yang lain juga tidak terkecuali jika mempunyai kepimpinan yang hanya mementingkan jawatan dan kedudukan semata-mata. Malang seribu kali malang jika mempunyai kepimpinan seperti ini yang hanya akan meruntuhkan aktivi-aktiviti sukan di tanah air. 

Jika sikap persatuan-persatuan seperti ini saya ingin membuat saranan kepada pihak berwajib supaya bertindak dengan segera demi masa depan sukan-sukan di tanah air. Kegagalan sukan-sukan hari ini pun berpunca dengan masalah kepimpinan barisan persatuan yang bercakaran sesama sendiri, mencari kedudukkan, kepentingan individu dan akhirnya impaknya kepada atlet-atlet yang menjadi mangsa.


Renungkan kata-kata ini "Pemimpin perlu membawa perubahan ke arah kebaikkan tetapi pemimpin yang tidak dapat membawa apa-apa perubahan perlu berundur segera. Jika itu tidak dapat dilakukan maka anda sebagai pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan jangan nanti orang memanggil anda seperti kulit buaya...".