Sukan karom agak popular di beberapa
negara Asia seperti Maldives, Sri Lanka, India, Afghanistan, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapore, Indonesia,
Irian Jaya dan Australia. Sukan karom juga turut berkembang di USA, Kanada dan negara-negara Eropah menerusi perhijrahan bangsa-bangsa Asia ke negara berkenaan. Terdapat sesetengah negara terutamanya sebahagian besar negara Asia mempunyai versi undang-undang
tersendiri, saiz papan dan saku di penjuru ada sedikit perbezaan.
Mengimbas kembali pengalaman saya ketika
melatih pasukan karom Kontinjen Antarabangsa Petronas pada tahun 2010 sempena
Sukan Antarabangsa Petronas. Di dalam pasukan tersebut selain daripada Malaysia
terdapat pemain dari Uzbekistan, Myanmar, Indonesia, Irian jaya, Iran dan
China. Pemain dari Uzbekistan, Iran dan China tidak pernah melihat dan bermain
karom dan ini merupakan kali pertama melihatnya. Semasa melatih saya juga sempat bertanya kepada mereka cara bermain karom di negara asal mereka. Mereka mengatakan undang-undang permainan dan cara bermain agak berbeza di Indonesia, Mynmar dan
Irian jaya. Pada Kejohanan Karom Antarabangsa Pertronas kali ini mengunakan papan dan undang-undang karom Malaysia.
Kembali kepada kisah yang penulis ingin ceritakan pada kali ini adalah berkisar karom yang dimainkan oleh pendatang asing yang mencari rezeki di Malaysia dengan membawa budaya dan hobi masing-masing. Kebetulan pada satu malam di hujung minggu kawan mengajak saya untuk melihat permainan karom yang dimainkan oleh pendatang asing dari Nepal dan Bangladesh.
Saya juga mencuba beberapa kali cara permainan karom dari Bangladesh ini. Agak
jangal kerana saiznya papan yang agak luar biasa besarnya dan buah karom pula diperbuat daripada plastik.
Berjumpa lagi pada episod yang akan datang dan jangan lupa terus bermain karom walau di mana anda berada.
"Put your interests first so that others can follow
your footsteps."
No comments:
Post a Comment