INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, May 3, 2019

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2019

Tarikh: 27/04/2019
Tempat: Rumah PPD Kuala Lumpur.

Berjumpa kembali Kejohanan Karom MAKSWIP 2019. Kejohanan kali ini telah bertembung dengan satu lagi kejohanan karom (local game) yang berlansung di Ipoh. Memandangkan ramai pemain-pemain yang akan ke sana, maka MAKSWIP mengambil keputusan kejohanan akan dijalankan hanya satu sahaja. Buat pertama kali kejohanan kali ini tidak disertai oleh pasukan yang agak sinonim dengan MAKSWIP iaitu pasukan daripada DBKL lelaki dan wanita. Begitu juga pasukan lelaki daripada UM yang hanya menurunkan pasukan kedua mereka kali ini kerana pemain utama mereka bertanding di Ipoh pada hari yang sama. Sungguhpun begitu UM masih lagi menghantar pasukan wanita dengan menurunkan pasukan utama mereka. Terdapat jua pasukan yang kembali semula di kejohanan kali ini dan tidak kurang juga beberapa pasukan yang baru atau pertama kali bermain karom antarabangsa. 

Sebelum kejohanan bermula sesi taklimat mengenai undang-undang permainan diterangkan oleh ketua pengadil dengan memberi penerangan asas yang agak terperinci dan juga kesalahan semasa giliran dan di dalam perlawanan. Sesi soal jawap juga diberikan dan beberapa pemain bertanya untuk mendapatkan kepastian. Secara keseluruhan nampaknya pemain-pemain sudah mula memahami undang-undang permainan dan ini merupakan satu petunjuk bahawa pemain-pemain sudah mula menunjukkan kesungguhan di dalam permainan karom antarabangsa.

Memandangkan kali ini hanya satu hari sahaja dan saya selaku ketua penadil melihat jika pasukan wanita bermain seperti biasa iaitu lapan papan saya jangka akan membawa hingga ke lewat malam. Oleh itu saya telah berbincang lebi awal dengan wakil MAKSWIP supaya kategori wanita terpaksa bermain hanya empat papan atau 25 mata sahaja untuk mengelak masa yang panjang. Wakil MAKSWIP bersetuju dan keputusan kategori wanita dijalankan hanya empat papan tanpa bantahan.

Pasukan lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan:

KUMPULAN A
1. LTAT
2. KESMA
3. UM

KUMPULAN B
1. LHDN
2. FRIM
3. JUPEM

KUMPULAN C
1. MIDA
2. PARLIMEN
3. TOURISM

KUMPULAN D
1. JKR KL
2. MAIWP
3. KESKEP

Manakala pasukan wanita dibahagikan kepada 2 kumpulan:

KUMPULAN A
1. UM
2. KESKEP
3. JUPEM A
4. RTM

KUMPULAN B
1. LDN
2. LTAT
3. MAIWP
4. JUPEM B





  
















 





 










 WANITA BERPASUKAN
KETIGA BERSAMA (JUPEM B)

 KETIGA BERSAMA (LHDN)

NAIB JOHAN (RTM)

 JOHAN (UM)

LELAKI BERPASUKAN
  KETIGA BERSAMA (MIDA)

  KETIGA BERSAMA (JKR KL)

NAIB JOHAN (UM)

JOHAN (JUPEM)

 PENGADIL

KETUA PASUKAN JUPEM LELAKI DAN KETUA PASUKAN UM WANITA BERSAMA TROFI


Sebagai rumusan secara keseluruhan perjalanan kejohanan berlansung dengan lancar tanpa sebarang permasalahan. Sungguhpun begitu terdapat dua kes yang berlaku kepada pasukan baru pada tahun ini apabila melakukan kesalahan dimana pemain secara tidak sengaja mengambil giliran pasangannya. Kami sebagai pengadil di samping menjatuhkan hukuman tetapi dalam masa yang sama mendidik dengan memberi pencerahan kepada mereka dan supaya lebih berhati-hati ketika mengambil giliran bermain terutamanya ketika perlawanan beregu.

Seterusnya sebagai ketua pengadil, saya melihat kematangan pengadil membuat keputusan yang bijak dalam mengendalikan perlawanan berlansung. Ada juga pengadil beberapa kali bertanya sebelum membuat keputusan akhir yang dikira bertindak bijak untuk mendapatkan kepastian terlebih dahulu daripada ketua pengadil. Selaku ketua pengadil saya memuji sikap pengadil sebegini yang tidak bertindak mengikut hawa nafsu tetapi mengunakan akal di dalam membuat keputusan yang tepat. Ini dapat mengawal keputusan pengadil yang tidak menentu atau lebih teruk lagi membuat keputusan yang salah. Keputusan yang tidak menentu atau bercelaru akan memberi impak yang tidak baik kepada mutu pengadilan dan Alhamdulillaperkara ini tidak berlaku di sepanjang kejohanan berlansung. Tahniah kepada pengadil-pengadil yang betugas dan pemain-pemain yang memberi kerjasama di sepanjang kejohanan pada kali  ini.

MAJU SUKAN DEMI NEGARA

No comments:

Post a Comment