INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, May 9, 2019

PERKIDMATAN PENGURUS ACARA DAN PENYEWAAN PERALATAN KAROM

Kami adalah pengurus acara sukan karom sepenuhnya yang mempunyai peralatan lenkap, tenaga kerja professional dan sokongan teknikal daripada pengadil yang bertauliah dan berpengalaman. Kami juga bersedia untuk mengadakan bengkel atau kursus intensif untuk membina kemahiran dan skil permainan serta pemahaman dalam undang-undang permainan.

Kami juga bersedia untuk menguruskan acara pelangan-pelangan samada berskala besar atau kecil dan mutu perkhidmatan yang diberikan tetap sama. Kami mempunyai perlatan karom berkualiti tinggi (grade A) yang diiktiraf dan selalu digunakan untuk kejohanan yang berprestij. Di samping itu juga kami menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti penyewaan peralatan untuk latihan atau untuk persediaan kejohanan.

Satu permainan yang popular di kalangan masyarakat dan kini semakin mendapat tempat di semua peringkat umur dan dalam masa yang sama dapat merapatkan tali silaturahim dan ukhwah kekeluargaan atau persaudaraan. Di sini kami ingin memaklumkan kepada pembaca bahawa kami penyediakan perkhidmatan penyewaan dan penjualan peralatan karom antarabangsa dan karom Malaysia atau lebih popular dipanggil karom tempatan.

Untuk permulaan atau ingin mencuba peralatan karom, bakal pelangan disarankan hanya perlu menyewa sahaja. Konsep penyewaan yang cukup mudah dan praktikal. Jika berminat dan menepati cita rasa untuk memiliki peralatan berkualiti bertaraf kejohanan kami juga menyediakan perkhidmatan penjualan dan kami mempunyai stok. Penjualan bukan hanya papan karom sahaja tetapi termasuk peralatan berkaitan dengannya seperti kaki papan karom (stand), buah karom, gundu (striker), tepung pelicin dan lain-lain. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang tidak tertera seperti di bawah juga boleh dipertimbangkan:

Aktiviti di hujung minggu bersama  keluarga.
Aktiviti di hujung minggu bersama kawan.
Aktiviti hari keluarga @ aktiviti taman perumahan.
Aktiviti cuti sekolah bersama rakan.
Latihan menjelang kejohanan.
Kejohanan berskala kecil atau besar.

PERALATAN KAROM YANG LENGKAP:

Papan karom grade A berkualiti dan bertaraf kejohanan.
Papan karom antarabangsa (saku di dalam) dan papan karom Malaysia (saku di luar)
Buah karom grade A berkualiti dan bertaraf kejohanan.
Gundu (striker) grade A berkualiti mengikut spesifikasi peraturan kejohanan.
Kaki papan grade A berkualiti mengikut spesifikasi peraturan kejohanan.
Tepung pelicin berkualiti mengikut spesifikasi peraturan kejohanan.
Berus juga sebahagian daripada peralatan yang disewa.






HARGA PENYEWAAN

- Sewaan peralatan untuk 24 jam (sehari semalam) cukup berpatutan.
- Penyewa boleh mengambil dan memulangkan sendiri.
- Peralatan juga boleh dihantar ke tempat pelangan dengan kos yang minima.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan boleh menghubungi talian di bawah:
Call atau whatsapp +6019 – 6656101 atau email (suhaizanm@yahoo.com)

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIPATUHI OLEH PENYEWA AKAN DIBERIKAN SEMASA PENGAMBILAN PERALATAN ATAU SEMASA PERALATAN DIHANTAR DAN SAMPAI KE TANGAN PELANGAN.


MOTO KAMI ADALAH:

ONLY THE BEST CARROM  BRINGS YOU TO THE  REAL EXPERIENCE

No comments:

Post a Comment