INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, February 17, 2025

KEJOHANAN KAROM KEBANGSAAN KE 4, 2024

Tarikh27 Julai 2024

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur

Persiapan awal telah dipersiapkan pada 26 Julai 2024 bermula jam 8.00 malam sehingga 1.00 pagi. Terimakasih kepada Roslan, Hafiz, Hasafawi, Arm, Saidah, Christopher, Frankie, Siva dan Suhaizan. Terimakasih juga kepada Setiausaha Agong En. Sahipul dan Presiden En Samohon yang berada di belakang tabir untuk menjayakan kejohanan kali ini. Pada 27 Julai 2024 kejohanan telah bermula sekitar jam 10.30 pagi. Kategori lelaki mengunakan Swiss league sebanyak 6 pusingan dan wanita dibahagikan kepada empat kumpulan dan pusingan seterusnya bermain secara kalah mati di pusingan akhir. Tiada perlawanan akhir hanya dengan kemenangan undian sahaja untuk penentuan tempat pertama hingga keempat. Kejohanan berakhir sekitar 6.00 petang selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Peserta lelaki seramai 36 orang dan manakala wanita seramai 16 orang. Ini merupakan rekod penyertaan dalam kejohanan yang pernah dianjurkan oleh karomas.

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN KATAGORI LELAKI

Johan :           Muhammad Fitri

Ke 2    :           Wan Arif      

Ke 3    :           Hisham bin Lot

Ke 4    :           Asrul Hafiz bin Kamberon

Ke 5    :           Mohd Fauzi

Ke 6    :           Abdul Mutalib bin

Ke 7    :           Muhammad Yusri bin Mohd Yunos

Ke 8    :           Mohammad Fariz bin Che Roher

Ke 9    :           Shukor

Ke 10 :           Mohd Zaini bin Ramly

Ke 11 :           Christopher Walter

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN KATAGORI WANITA

Johan  :           Norhayati bini Yop

Ke 2    :           Fatimah

Ke 3    :           Siti Hanisah

Ke 4    :           Suzana binti Salim

Siti Sarah dan Azlina adalah naib johan dari kumpulan masing-masing.



No comments:

Post a Comment