INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, February 17, 2025

PENYERAHAN BENDERA MALAYSIA SEMPENA 6TH CARROM WORLD CUP 2024

Tarikh: 7 Disember 2024

Masa: 10.00 pagi - 11.45 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat, Wisma OCM, Kuala Lumpur.

En Suhaizan selaku Pengurus Pasukan menerima bendera Malaysia dari En Samohon Presiden Persatuan Karom Malaysia.



 





PEMILIHAN DAN KEPUTUSAN MEMBENTUK PASUKAN

Selepas beberapa ketika keputusan diperolehi setelah mendapat mandat daripada pemain yang memperolehi penaja mengikut aturan kedudukan bermula dari atas ke bawah. Proses pemilihan terakhir pasukan hampir satu bulan sebelum membuat keputusan akhir dibuat sebulat suara daripada exco persatuan. Proses pembentukkan pasukan mengambil masa kerana ada beberapa pemain memerlukan masa dan surat daripada KBS seperti diminta oleh majikan mereka sedangkan pemilihan pemain adalah dari persatuan.

Surat KBS hanya selepas pemain sudah dipilih dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh persatuan seperti mencari penajaan sendiri. Saya juga berusaha untuk memastikan pemain yang berada di kedudukan di atas dapat mewakili negara dan berjumpa secara peribadi dengan mereka semasa Kejohanan Karom Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Fitri, Wan Arif, Sham Lot, dan tidak ketinggalan Shukor yang mendapat tempat ke 9. Memandangkan surat dari KBS tiada khabar berita dan beberapa pemain daripada PKNS yang berada kedudukkan di atas tidak terpilih kerana majikan mereka memerlukan surat KBS.

Untuk info tajaan terbesar datang dari Perak dan kedua dari Kelantan yang menaja pemain mereka sendiri. Penaja dari dari Perak dan Kelantan merupakan penjawat awan dan mereka saya selaku pengurus melantik mereka sebagai penolong pengurus untuk melayakkan mereka turut serta dalam kontinjen. Selalu pengurus saya telah menerangkan kepada presiden bahawa jawatan yang diberikan hanya untuk melayakkan bersama pasukan, tetapi pada dasarnya sebagai pemerhati. Setelah keputusan diperolehi barulah dengan rasminya tertubuh pasukan karom Malaysia. Manakala pemain selain daripada Perak dan Kelantan mencari penaja sendiri atau mengunakan dana sendiri.

PASUKAN LELAKI

Akhirnya exco persatuan membuat keputusan dan berikut adalah pemain-pemain yang akan mewakili pasukan Malaysia ke Carrom World Cup 2024 di San Francisco, California, USA. Pemain lelaki yang terpilih mengikut turutan kedudukan iaitu Asrul Hafiz bin Kamberon, Muhammad Yusri bin Mohd Yunos, Mohammad Fariz bin Che Roher dan Christopher Walter. Manakala Mohd Zaini bin Ramly yang berada dikedudukkan ke 10 memberi jawapan yang agak lewat. Walau bagaimanapun beliau sebahagian daripada kontijen kejohanan. Saya juga cuba masukkan Zaini untuk Swiss League tetapi melalui Chris mengatakan sudah penuh hanya untuk pemain yang berada di dalam pasukan utama sahaja. Saya juga cuba untuk masukkan beliau ke satu kejohanan lagi iaitu Open USA, tetapi beliau juga mengatakan peserta sudah penuh tetapi selang beberapa hari sebelum kami bertolak En. Christopher mengatakan En. Zaini boleh bermain untuk Open US. Walau bagaimana pun saya akan cuba juga bila sampai di sana nanti untuk bertanya lebih lanjut kepada pihak penganjur.

PASUKAN WANITA

Seperti pemain lelaki, pemilihan pemain Wanita juga dibuat berdasarkan turutan kedudukan. Hanya dua pemain yang berada di atas sahaja yang akan turut serta iaitu Norhayati bini Yop dan Suzana binti Salim. Manakala pemilihan pemain ketiga dan keempat berdasarkan kedudukkan mereka yang berada kedudukan kedua di dalam kumpulan masing-masing. Pemilihan Siti Sarah bin Rosaly dan Azlina binti Hashim@Ali kerana mereka sudah mempunyai penaja.

PENAJA DARI PERAK

Pengurus Perak dengan senang hati sanggup menaja seramai lima orang yang terdiri dari tiga pemain, satu pemerhati dan exco daripada Karomas selaku pengurus pasukan. Sebenarnya salah seorang pemain Perak mendapat kelulusan penaja yang agak lambat tetapi turut serta dalam kontinjen ini. Perak dianggap terbaik dengan menaja dua jersey, satu track top, bag dan topi untuk semua pemain.

PENAJA DARI KELANTAN

Pengurus kelantan juga menaja tiga orang yang terdiri dari dua pemain dan satu pemerhati untuk mengikuti kejohanan kali ini. Kelantan juga menaja satu jersey dan tuala kecil untuk pemain. Sepatutnya tiga jersey tetapi pihak penaja salah faham dan akhirnya hanya satu jersey sahaja.

PENAJA DARI KAROMAS

Karomas telah menaja satu tshirt untuk pasukan setelah pengurus pasukan meminta Presiden untuk menyediakan satu jersey untuk pasukan Malaysia. Sebagai pengurus saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada beliau dan karomas.

No comments:

Post a Comment