INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101
Showing posts with label World Carrom Championship 2012. Show all posts
Showing posts with label World Carrom Championship 2012. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

ARCHIVE - 6th WORLD CARROM CHAMPIONSHIP 2012

MENS SINGLES FINAL

Tempat: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
Tarikh: 4 November 2012

Kepada peminat-peminat karom antarabangsa di Malaysia khasnya dan dunia amnya yang tidak berkesempatan berada di Colombo sempena "6th WORLD CARROM CHAMPIONSHIP 2012".

Di dalam video ini kita dapat melihat satu perlawnan akhir yang cukup menarik di antara dua negara yang menjadi satu tradisi pertembungan di peringkat akhir iaitu India dan Sri Lanka. Dua negara ini yang mempunyai ramai pemain-pemain handal dan berkebolehan di dalam permainan karom. Kita dapat melihat skil yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain yang sungguh tinggi dan menakjubkan.

Mungkin kita dapat mengambil iktibar dari kebolehan mereka berdua tunjukkan dan mengambil sedikit ilmu untuk kita pelajari semoga mendapat menafaat dari paparan video ini. Mungkin mempelajari tanpa guru caranya kurang berkesan, tetapi percayalah melalui penglihatan juga kita masih berpeluang mendapat sesuatu yang berguna untuk dipraktikkan. Oleh demikian sesiapa yang berminat dan ingin mempertingkatkan kemahiran tanpa guru. tetapi berguru adalah yang terbaik untuk membimbing ke tahap yang sempurna. Mereka juga perlu memastikan jurulatih yang berkebolehan dari segi pengetahuan undang-undang permainan selain daripada mempunyai skil permainan yang baik.

Bersama Mr. Shireenivas Mallisetti 

Terimakasih saya tujukan kepada Shireenivas Mallisetti daripada carromhub yang merakam perlawanan akhir tersebut untuk kita tontoni bersama. Usaha beliau sedikit sebanyak dapat memperluaskan lagi permainan ini di pelusuk dunia suatu hari nanti. Cara ini juga secara tidak lansung mempromosikan sukan karom di peringkat global dengan cepat dan menjadi satu fenomena hari ini dimana kelebihan sosial media.

Dengan ilmu dan pengalaman sedikit yang ada saya juga berusaha untuk membuka mata kepada peminat sukan di Malaysia bahawa karom adalah satu permainan yang menarik untuk diceburi. Semoga usaha ini akan berjaya juga suatu hari nanti. Kita sama-sama menunggu saat-saat itu samada menjelag esuk atau minggu depan atau bulan depan atau tahun depan atau mungkin 10 tahun akan datang.

Saya rumuskan dua perkara kelebihan yang kita perolehi daripada paparan video ini:

1) Untuk peminat-peminat yang dahagakan video kejohanan peringkat antarabangsa..

2) Dengan tersebarnya video ini diharapkan lebih ramai yang membuka mata dan menceburi karom. Secara tidak lansung karom dapat bergerak dikancah sukan yang sudah popular di dunia hari ini.

Mari kita melihat drama di antara dua pemain yang bertaraf dunia menunjukkan kebolehan mereka di dalam perlawanan akhir kategori perseorangan. Perlawanan di antara Nishanta Fernando daripada Sri Lanka vs  Bharatidasan daripada India. Selamat menonton dan saya sarankan sekali lagi supaya mempelajari sesuatu yang berguna untuk masa depan permainan anda.

1 of 6

2 of 6

3 of 6

4 of 6

5 of 6

6 of 6

Monday, December 17, 2012

WORLD CARROM CHAMPIONSHIP 2012

TEMPAT: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
TARIKH: 31/10/2012 – 04/11/2012





Hari ini merupakan hari pertama kejohanan dan dimulai  dengan ucapan utama oleh Mr. Arif Naqvi, Presiden International Carrom Federation (ICF). Beliau sungguh berbangga kerana buat kali pertamanya kejohanan peringkat antarabangsa yang disertai 18 negara dan berjaya memecah tradisi penyertaan sebelum ini.

Ucapan perasmian.

Pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada Qatar, Maldives, India, Bangladesh, Pakistan, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, England, German, Itali, USA, Kanada, Czech Republic, Switzerland, Poland, Nepal dan Sri Lanka selaku pasukan tuan rumah. Pembukaan rasmi kejohanan dilakukan oleh Menteri Sukan Sri Lanka dan malam pembukaan juga dipersembahkan tarian traditional Sri Lanka sebagai satu acara hiburan buat peserta kejohanan.

 
Bendera negara-negara yang mengambil bahagian.

 Pasukan India

Pasukan Sri Lanka

 Pasukan Bangladesh

 Pasukan Pakistan

 Pasukan German

 Pasukan Kanada

 Pasukan Malaysia

Kejohanan pada hari pertama adalah acara berpasukan. Pasukan Malaysia di dalam kumpulan... bersama pasukan daripada Itali dan Jerman. Keputusannya Malaysia mengalami kekalahan kesemua perlawanan dan begitu juga pasukan wanita. Nampaknya pasukan Malaysia menjadi pasukan belasahan sahaja. Oleh kerana kegagalan trsebut pasukan Malaysia tidak layak untuk ke pusingan seterusnya.

Hari kedua acara "Swiss League" di jalankan bermula hingga ke lewat petang. dan hari ketiga dijalankan acara individu.
























Hari terakhir kejohanan acara perseorangan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Seperti sudah dijangka peringkat ini sudah tentu pemain-pemain daripada benua Asia yang terus unggul iaitu Maldive, Bangladesh, Pakistan, India dan tidak ketinggalan pemain tuan rumah Sri Lanka.



Pada malamnya diadakan acara kemuncak iaitu pencapaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Disamping penyampaian hadiah pada malam tersebut juga diselangseli dengan muzik dan tarian traditional yang sungguh menarik.



Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan World Carrom Championship 2012:



Acara Berpasukan Lelaki

Pertama: India
Kedua: Sri Lanka
Ketiga: Bangladesh

Acara Berpasukan Wanita
Pertama: India
Kedua: Sri Lanka
Ketiga: Maldives

Acara Perseorangan Lelaki:
Pertama: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Kedua: C. Bharathidasan (India)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)
Keempat: K. Srinivas (India)
Kelima: Prakash Gaikwad (India)
Keenam: Chamil cooray (Sri Lanka)
Ketujuh: Hafizur Rahman (Bangladesh)
Kelapan: Moniruzzaman (Bangladesh)

Acara Perseorangan Wanita:
Pertama: Rashmi Kumari (India)
Kedua: S. Ilavazhaki (India)
Ketiga: Kavita Somanchi (India)
Keempat: M Parimala Devi (India)
Kelima: Roshita Joseph (Sri Lanka)
Keenam: Yashika Rahubaddah (Sri Lanka)
Ketujuh: Madushika (Sri Lanka)
Kelapan: Chalani Lakmali (Sri Lanka)

Acara Berpasangan (Bergu) Lelaki:
Pertama: Yogesh pardeshi/Prakash Gaikwad (India)
Kedua: K. Srinivas/C. Bharathidasan (India)
Ketiga: Nishanta Fernando/Chamil Cooray (Sri Lanka)

Acara Berpasangan (Bergu) Wanita:
Pertama: Rashmi Kumari/S. Ilavazhaki (India)
Kedua: Madushika/Yashika Rahubaddah (Sri Lanka)
Ketiga: Chalani Lakmali/Roshita Joseph (Sri Lanka)

Acara “Swiss League”
Pertama: Prakash Gaikwad (India)
Kedua: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)

Keputusan Slam Di Sepanjang Kejohanan Berlansung:
5 white slam/2 black slam: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
5 slam: C. Bharathidasan (India)
2 slam: Yogesh Pardeshi (India) & Rashmi Kumari (India)
1 slam: Prakash Gaikwad (India), S. Ilavazhaki (India) & Senaratne (Sri Lanka)


 Ada gaya macam ejen 007 tak?
 Bersama Presiden Internationa Carrom Federation, Mr. Arif Naqvi daripada German.

 Bersama dengan peminat.... sebenarnya mereka berdua sebahagian daripada pengadil kejohanan.

Bergambar sebelum kami berangkat pulang ke tanah air.

 Bersama pasukan Pakistan di lobi sebelum mereka berlepas pulang.

 Bersama pengadil-pengadil kejohanan.

Bersama Tobias & Thomas (German), Yogesh Pardeshi (India) dan pengadil-pengadil yang masih muda selalu bersama kami, mungkin kerana kami suka melayan mereka.

RUMUSAN

Seperti saranan yang selalu saya perkatakan selagi tiada jurulatih yang berkebolehan dan latihan yang tidak bersistematik, maka pasukan Malaysia hanya menjadi pasukan belasahan sahaja. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pasukan Malaysia tidak akan ke mana walaupun 25 tahun lagi selagi pengurusan lemah kerana tidak berinovatif dan kreatif.

Kemahiran yang ada pada sesetengah pemain adalah hasil dari pengamatan semasa mengambil bahagian di dalam kejohanan-kejohanan yang mereka lalui dan inisiatif pemain-pemain itu sendiri untuk meningkatkan skil masing-masing.

Dari segi perbelanjaan pasukan yang menyertai kejohanan kali ini, juga seperti kejohanan-kejohanan yang lepas dimana pemain-pemain sendiri terpaksa menanggung kos dan hanya satu atau dua yang mendapat penajaan itu pun tidak seberapa. Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi kegagalan ini adalah berpunca tidak kecekapan pengurusan yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Pengurusan yang tidak cekap juga mengakibatkan pihak-pihak bewajib tidak dapat membantu dengan lebih efisien. Atau mungkin juga pihak-pihak yang berwajib hanya memandang sebelah mata sahaja sukan karom jika dibandingkan dengan sukan-sukan yang lebih glamour.

Pandangan saya yang terakhir jika pihak berwajib yang diberi amanah hanya menjalankan tugas seperti batuk di tangga sahaja maka tidak hairanlah karom antarabangsa tidak akan berubah sejak dahulu hingga kini. Pihak yang dipertanggungjawabkan mesti mmempunyai idea yang bernas untuk diketengahkan dan dilaksanakan. Jika ini gagal dilakukan, maka kemungkinan besar karom antarabangsa akan hilang manisnya sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hilang rasa dan menjadi tawar...

Friday, December 14, 2012

SWISS LEAGUE DI KEJOHANAN WORLD CARROM CHAMPIONSHIPS 2012

TEMPAT: GALADARI HOTEL, COLOMBO, SRI LANKA.
TARIKH: 02/11/2012

Untuk pengetahuan “SWISS LEAGUE” adalah satu kejohanan untuk menentukan ranking pemain-pemain yang menyertai kejohanan tersebut. Dalam hal ini ranking kali ini adalah untuk kejohanan “WORLD CARROM CHAMPIONSHIPS 2012”.

Pertembungan pemain-pemain di dalam Swiss League ditentukan sepenuhnya oleh percaturan komputer. Ini adalah cara yang diguna pakai oleh Persatuan Karom Antarabangsa untuk menentukan ranking pemain terbaik dunia dengan lebih cepat dan efektif di dalam sesuatu kejohanan yang diadakan. Ketika ini sistem ini adalah pilihan yang terbaik tetapi dalam masa yang sama mungkin boleh di perbaiki dari beberapa sudut untuk menambahbaiikkan sistem itu sendiri di masa hadapan 

Pertandingan Swiss League diadakan pada hari kedua dan format kejohanan dijalankan hanya satu permainan sahaja  iaitu 25 mata atau 8 papan (one game consist of 25 points or 8 boards). Format satu permainan terpaksa dijalankan kerana kesuntukkan masa dan ini adalah pilihan yang terbaik. Setiap pemain terpaksa bermain sebanyak tujuh permainan dan juga membawa maksud  berjumpa dengan tujuh pemain.

Acara ini berlansung tanpa henti hingga lewat petang dan sungguh memenatkan. Masa rehat diberikan hanya untuk makan tengahari sahaja.

Ranking teratas pada kejohanan kali ini disandang oleh Prakash Gaikwad daripada India, diikuti Nishanta Fernando daripada Sri Lanka dan ketiga Yogesh Pardesi daripada India. Nampaknya tempat teratas masih diungguli oleh pemain-pemain daripada Asia terutama India dan Sri Lanka yang jelas terlalu jauh ke hadapan jika dibandingkan daripada negara-negara lain yang mengambil bahagian.

Pada kejohanan Swiss League kali ini juga di ujudkan dua piala sampingan diberikan kepada pemain tercorot terbaik “Best Loser Asian and Best Loser Europe”. Kategori Best Loser Asian ini tidak termasuk empat negara kuasa karom yang terdiri daripada India, Sri Lanka, Bangladesh, Maldive, dan Pakistan. Jika ini diambil kira, maka negara-negara Asian lain dan negara-negara Eropah tidak akan merasa lansung piala yang di pertandingkan kerana pemain-pemain mereka terlalu kuat. Hadiah ini juga sebagai peransang dan motivasi kepada pemain-pemain supaya teruskan usaha mempertingkatkan pencapaian mereka di masa hadapan.


Tahun ini saya cukup bertuah kerana terpilih di dalam kategori "Best Loser Asian". Untuk pengetahuan semua saya juga pernah mendapat piala ini ketika di kejohanan WORLD CUP 2006 di New Delhi, India dan ketika itu pencapaian saya hanya ditempat ketiga.

Menerima hadiah daripada Presiden Asian Carrom Federation Mr. Zahir Naseer daripada Maldives.

Bersama "Best Loser Europe daripada USA"

Bersama programmer "Swiss league System".

Pasukan Malaysia, Presiden ICF Mr. Arif Naqvi (German) dan Setiausaha Agung ICF Mr. S.K. Sharma (India).
Ini merupakan pencapaian yang terbaik di peringkat dunia dan saya sungguh berbangga sekali. Ranking saya untuk kejohanan kali ini berada ditempat ke 26 daripada 74 peserta yang mengambil bahagian. Saya tidak menjangka lansung keputusan di kejohanan kali ini hanya mengucapkan syukur kepada Illahi.  Keputusan pemain Malaysia yang lain adalah seperti berikut; Christopher ditempat ke 38, Baharuddin ditempat ke 45, Suzana ditempat ke 55, Frankie Pek di tempat ke 60, Puspaletchumi ditempat ke 65, Jamilah ditempat ke 70 dan Zaida ditempat ke 71.

Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia dan teruskan latihan untuk memperbaiki mana yang kurang dan memantapkan lagi permainan anda. Apa jua keputusan yang diperolehi itu adalah hasil usaha terbaik yang anda lakukan.

Berikut adalah pemenang acara “Swiss League”
Pertama: Prakash Gaikwad (India)
Kedua: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Ketiga: Yogesh Pardeshi (India)
Prakash Gaikwad


Nishanta Fernando


Yogesh Pardesi

Keputusan rasmi "SWISS LEAGUE" yang saya rakamkan daripada paparan skrin komputer. Sila lihat senarai penuh seperti di bawah:

Ranking 1 - 23

Ranking 24 - 46

Ranking 47 - 69

Ranking 52 - 74