TARIKH: 02/11/2012
Untuk pengetahuan “SWISS LEAGUE” adalah satu kejohanan untuk menentukan ranking pemain-pemain yang menyertai kejohanan tersebut. Dalam hal ini ranking kali ini adalah untuk kejohanan “WORLD CARROM CHAMPIONSHIPS 2012”.
Pertembungan pemain-pemain di dalam Swiss League ditentukan sepenuhnya oleh percaturan komputer. Ini adalah cara yang diguna pakai oleh Persatuan Karom Antarabangsa untuk menentukan ranking pemain terbaik dunia dengan lebih cepat dan efektif di dalam sesuatu kejohanan yang diadakan. Ketika ini sistem ini adalah pilihan yang terbaik tetapi dalam masa yang sama mungkin boleh di perbaiki dari beberapa sudut untuk menambahbaiikkan sistem itu sendiri di masa hadapan
Pertandingan Swiss League diadakan pada hari kedua dan format kejohanan dijalankan hanya satu permainan sahaja iaitu 25 mata atau 8 papan (one game consist of 25 points or 8 boards). Format satu permainan terpaksa dijalankan kerana kesuntukkan masa dan ini adalah pilihan yang terbaik. Setiap pemain terpaksa bermain sebanyak tujuh permainan dan juga membawa maksud berjumpa dengan tujuh pemain.
Acara ini berlansung tanpa henti hingga lewat petang dan sungguh memenatkan. Masa rehat diberikan hanya untuk makan tengahari sahaja.
Ranking teratas pada kejohanan kali ini disandang oleh Prakash Gaikwad daripada India, diikuti Nishanta Fernando daripada Sri Lanka dan ketiga Yogesh Pardesi daripada India. Nampaknya tempat teratas masih diungguli oleh pemain-pemain daripada Asia terutama India dan Sri Lanka yang jelas terlalu jauh ke hadapan jika dibandingkan daripada negara-negara lain yang mengambil bahagian.
Tahun ini saya cukup bertuah kerana terpilih di dalam kategori "Best Loser Asian". Untuk pengetahuan semua saya juga pernah mendapat piala ini ketika di kejohanan WORLD CUP 2006 di New Delhi, India dan ketika itu pencapaian saya hanya ditempat ketiga.
Menerima hadiah daripada Presiden Asian Carrom Federation Mr. Zahir Naseer daripada Maldives.
Bersama "Best Loser Europe daripada USA"
Bersama programmer "Swiss league System".
Pasukan Malaysia, Presiden ICF Mr. Arif Naqvi (German) dan Setiausaha Agung ICF Mr. S.K. Sharma (India).
Ini merupakan pencapaian yang terbaik di peringkat dunia dan saya sungguh berbangga sekali. Ranking saya untuk kejohanan kali ini berada ditempat ke 26 daripada 74 peserta yang mengambil bahagian. Saya tidak menjangka lansung keputusan di kejohanan kali ini hanya mengucapkan syukur kepada Illahi. Keputusan pemain Malaysia yang lain adalah seperti berikut; Christopher ditempat ke 38, Baharuddin ditempat ke 45, Suzana ditempat ke 55, Frankie Pek di tempat ke 60, Puspaletchumi ditempat ke 65, Jamilah ditempat ke 70 dan Zaida ditempat ke 71.
Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia dan teruskan latihan untuk memperbaiki mana yang kurang dan memantapkan lagi permainan anda. Apa jua keputusan yang diperolehi itu adalah hasil usaha terbaik yang anda lakukan.
Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia dan teruskan latihan untuk memperbaiki mana yang kurang dan memantapkan lagi permainan anda. Apa jua keputusan yang diperolehi itu adalah hasil usaha terbaik yang anda lakukan.
Berikut adalah pemenang acara “Swiss League”
Pertama: Prakash Gaikwad (India)
Kedua: Nishanta Fernando (Sri Lanka)
Ranking 1 - 23
Ranking 24 - 46
Ranking 47 - 69
Ranking 52 - 74
No comments:
Post a Comment