TEMPAT: UMW, SHAH ALAM, SELANGOR.
Tahun ini Pesta Sukan UMW kembali
lagi dan Karom Antarabangsa merupakan salah satu acara yang dinantikan oleh
pemain-pemain karom UMW untuk menunjukkan bakat masing-masing. Pesta Sukan UMW adalah
yang kemuncak acara sukan bagi kakitangan organisasi UMW yang diadakan dua
tahun sekali. Nampaknya legasi yang saya tinggalkan ini terus popular dan
diharapkan terus subur di dalam
organisasi UMW di masa akan datang.
Saya diminta oleh pengurus pasukan
Pumas untuk melatih pemain-pemain mereka supaya bersedia lebih awal. Saya
menerima tanggungjawab ini dengan bangga dan diharapkan pasukan ini dapat
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kebetulan tempat latihan di adakan di
dalam kawasan UMW dan ini juga memberi peluang kepada saya berjumpa
sahabat-sahabat lama selepas saya meninggalkan UMW pada akhir bulan Mac tahun
2003. Selepas hampir 9 tahun tidak berjumpa masing-masing sudah berubah
terutamanya dari segi rupa dan fizikal. Seperti kata sesetengah orang bijak
pandai hari sudah menjelang senja….
Latihan yang saya kendalikan
merangkumi tida peringkat iaitu undang-undang permainan (laws of carrom), menjentik
dan masuk ke saku (stroke and pocketing) dan meningkatkan skil (enhance skills).
Alhamdullilah kesemuanya berjalan lancar dan diharapkan mereka semua dapat menrealisasikan
semasa kejohanan nanti. Saya juga mengharapkan mereka terus berlatih walaupun
selepas kejohanan berlalu.
Saya juga diminta oleh pengurus
pasukan En. Abdul Aziz Edar supaya bersama pasukan mereka sehingga ke hari
kejohanan. Tetapi malangnya saya tidak dapat turut serta kerana saya terpaksa
berlepas ke Colombo, Sri Lanka untuk menyertai satu kejohanan yang besar iaitu
“World Carrom Championship 2012”. Kejohanan di bawah Persatuan Karom
Antarabangsa ini di adakan empat tahun sekali dan pada tahun 2008 telah
diadakan di Cannes, France.
Untuk menjadi pemain yang berkaliber anda
memerlukan tahap displin yang tinggi dan memberi komitmen yang tidak berbelah
bagi ke arah yang terbaik. Seperti tafsiran atau interpretasi di dalam
undang-undang permainan karom itu sendiri iaitu “PROPER” (mengikut peraturan
permainan atau sempurna).
Saya mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan berterimakasih kepada pemain-pemain Pumas yang memberi kerjasama
hingga hari terakhir latihan. Mereka terdiri daripada
Akhir kata tiada jalan mudah untuk
mendapatkan kemahiran yang tertinggi melainkan dengan latihan yang betul,
berterusan dan kemahuan diri. Tanamkan minat dan teruskan usaha untuk istiqamah
di dalam karom antarabangsa, InsyaAllah anda pasti menemui jawapannya.
MEMBINA KEMAHIRAN DAN KEJAYAAN
Tunjuk ajar dan latihan daripada jurulatih hanya sekadar panduan supaya setiap pemain arif tentang undang-undang dan bermain dengan yakin. Semasa latihan pemain hendaklah memberi tumpuan dan mempraktikkannya bersungguh-sungguh. Kemahiran dan kecekapan yang hendak dibina bukan sehari atau seminggu atau sebulan atau setahun tetapi proses yang berterusan. Menjalani latihan bukan berdasaarkan kuantiti tetapi kualiti yang dicari. Akhirnya jadilah seorang pemain regular dan bukan seorang pemain yang bermusim.
No comments:
Post a Comment