INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Tuesday, December 11, 2012

HARI PERTAMA KEJOHANAN WORLD CARROM CHAMPIONSHIP 2012

TEMPAT: COLOMBO, SRI LANKA
TARIKH: 30/10/2012

Saya tiba paling awal sekitar 9:30 pagi dan menunggu rakan-rakan yang masih tidak kelihatan. Saya menhubungi Pengurus pasukan En. Sahipul yang masih berada di rumah lagi dan bersedia untuk bergerak.


Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke Sri Lanka untuk satu lagi kejohanan yang berprestij “World Carrom Championship 2012”. Kali pertama saya berkunjung ke Sri Lanka ketika menyertai Kejohanan “International Carrom Federation Cup 2008”.

Sekitar jam 10:30 pagi kesemua pemain tiba dan berkumpul di satu sudut untuk pembahagian baju dan pemeriksaan yang terakhir. Kali ini Malaysia membawa dua pasukan yang lengakp lelaki dan wanita. Pasukan lelaki terdiri daripada Christopher, Baharudin, Mohd Suhaizan dan Frankie Pek.

Pada awalnya Frankie dan sahabat beliau Ben hanya mengiringi sahaja rombongan kami. Frankie sebenarnya telah mengambil alih pemain yang tidak dapat turut serta kerana masalah kewangan iaitu Wan Arif daripada Universiti Malaya. Amat malang kerana beliau tidak dapat turut serta di dalam kejohanan peringkat dunia yang diadakan empat tahun sekali ini. Manakala pasukan wanita terdiri daripada Puan Suzana, Cik Pusphaletchumi, Puan Jamilah dan Cik Zaida. Pasukan Malaysia diketuai oleh En. Sahipul selaku Pengurus pasukan.


Kami berlepas dari Lapangan Terbang LCCT tepat jam 12:45 petang menuju Colombo, Sri Lanka. Kami mendarat di tanah ke Lapangan Terbang Baranike sekitar 2:30 petang. Semasa menunggu wakil dari Persatuan Karom Sri Lanka untuk membawa kami ke hotel, sempat juga kami membeli kad prabayar untuk menhubungi keluarga di tanah air.

Sekitar 15 minit menunggu dua wakil dari Persatuan Sri Lanka membawa kami dengan van menuju ke Hotel Galadari, Colombo tempat kami menginap. Kami juga diberitahu bahawa tempat kejohanan juga akan berlansung di sini. Lokasi Hotel Galadari yang terletak di tepi pantai yang dikatakan antara pantai terpanjang di dunia.


Kami disambut oleh Mr. Lanley bersama isteri selaku penganjur kejohanan. Kami tiba di Hotel Galadari agak terlewat sedikit dan hidangan tengahari baru sahaja selesai. Oleh demikian kami terpaksa bersabar menahan lapar untuk menunggu hidangan seterusnya iaitu makan malam. Selesai sahaja urusan pendaftaran dan mengambil kunci, kami terus ke bilik kami di tingkat 5 yang kebetulan menghadap satu bangunan lama (Bekas Bangunan Pentadbiran Kerajaan) dan juga pantai yang jelas kelihatan.





Selepas  itu kami bertiga berjalan-jalan melihat persekitaran hotel dan pantai yang berada di dalam linkungan 100 meter sahaja. Tetapi pantainya tidak berapa sesuai untuk mandi kerana agak berlumpur dan ombaknya yang agak besar dan sangat merbahaya.

Kami juga sempat meninjau tempat kejohanan yang akan berlansung dan pembukaan rasmi yang akan diadakan. Kami juga diberi ruang untuk berlatih dan menyesuaikan papan karom yang bakal digunakan untuk kejohanan nanti. Untuk kejohanan siri dunia kali ini pihak penganjur mengunakan papan karom berjenama “Precise” merupakan antara yang terbaik di samping papan karom berjenama "Synco" yang juga menjadi pilihan di kejohanan-kejohanan yang besar.

No comments:

Post a Comment