INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, July 12, 2010

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2010


Tarikh: 10 & 11 Jul 2010
Tempat: Tingkat M (Kantin RISDA), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tempat kejohanan pada kali ini agak berbeza sedikit kerana di adakan di kantin RISDA tingkat M, dimana sebelum ini selalu di adakan di kawasan ruang legar tingkat bawah Bangunan RISDA.

Permulaan pertandingan agak terlambat sedikit kerana pintu kantin berkunci dan pengadil-pengadil terpaksa menyusun papan karom selepas sahaja pintu dibuka. Pengadil mengambil masa sedikit untuk menyusun kesemua 20 papan karom dalam kawasan yang agak terhad. Walau bagaimana pun susunan dapat dilakukan dengan sempurna dan peringkat permulaan pertandingan dapat berjalan dengan baik dan memuaskan.

KUMPULAN A (PASUKAN LELAKI)

KUMPULAN B (PASUKAN LELAKI)

KUMPULAN C (PASUKAN LELAKI)

KUMPULAN D (PASUKAN LELAKI)

KUMPULAN X (PASUKAN WANITA)

KUMPULAN Y (PASUKAN WANITA)



Suasana kejohanan sedang berlansung

Masa rehat tidak disia-siakan oleh pemain-pemain lelaki dengan melepaskan gian... lihatlah salah satu tempat habuk rokok ini.

KEPUTUSAN PASUKAN WANITA

Pertandingan bagi pasukan wanita dilakukan dalam masa satu hari sahaja iaitu bermula dari peringkat pusingan awal hingga ke peringkat akhir dan menentukan kejuaraan. Pasukan wanita Pasukan pasukan wanita DBKL masih mengungguli kejohanan kali ini walaupun menerima tentangan hebat daripada pasukan Universiti Malaya. Pasukan yang lain perlu membuat sesuatu untuk di masa hadapan untuk menyaingi kelebihan pasukan DBKL yang masih dianggap kebal.

KEPUTUSAN PASUKAN LELAKI

PERLAWANAN AKHIR PERSEORANGAN 1: Pasukan UM A vs DBKL

PERLAWANAN AKHIR PERSEORANGAN 2: Pasukan UM A vs DBKL

PERLAWANAN AKHIR REGU: Pasukan UM A vs DBKL


Pasukan JUPEM KL mendapat tempat ketiga berkongsi bersama dengan pasukan MIDA

KEDUA: Pasukan DBKL

JOHAN: Pasukan Universiti Malaya A

Pasukan lelaki Universti Malaya seperti di kejohanan yang lepas masih dapat mempertahankan kejuaraan daripada pasukan DBKL. Pertembungan kali ini dianggap tradisi kerana kedua-dua pasukan sering bertemu di peringkat akhir.

Walau bagaimana pun kejohanan kali ini masih meriah dengan kehadiran pasukan baru seperti BSN dan KSN. Tetapi saya sedikit terkilan kerana pasukan yang berkebolehan dan mempunyai pemain-pemain yang bagus seperti LGM dan FRIM tidak menyertai pada kali ini. Mungkin pasukan tersebut mempunyai komitment yang lain dan besar harapan saya agar pasukan ini dapat menyertainya di masa hadapan.

Kepada pengadil yang bertugas diucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan kerjasama ditunjukkan. Kali ini Ketua pengadil digalas oleh En. A. Kamaruddin Jasiman dan dibantu oleh pengadil-pengadil yang lain iaitu Mohd Suhaizan, Frankie, Waharuddin, Azhar Suratman, Gopi dan Puspa.

Akhir kata kepada pasukan yang berjaya teruskan pertahankan kejuaraan anda dan kepada pasukan gagal cuba dan cuba lagi untuk meningkatkan keupayaan hingga mencapai ke puncak. Mungkin mudah untuk diungkapkan melalui kata-kata, tetapi tanpa pengurusan dan usaha yang betul ianya tidak akan menjadi satu realiti. Renung-renungkanlah bersama...

Monday, June 28, 2010

KEJOHANAN PIALA KORPORAT BERPASUKAN 2010

Tarikh : 26 Jul 2010
Tempat : Dewan Serbaguna, Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Masa : 10:15 pagi - 12:45 pagi

Kejohanan Karom Piala Korporat Berpasukan kembali lagi dan kali ini 19 pasukan yang terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat swasta mengambil bahagian. Majoriti penyertaan adalah daripada pasukan yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan hanya 4 pasukan daripada JCorp negeri Johor.

Promosi telah dilakukan dengan menyiarkan di dalam beberapa akhbar harian tetapi masih gagal menarik sebahagian besar peminat karom tanah air. Kemungkinan besar masih ada pemain karom tempatan yang masih menolak atau tidak ingin bermain mengikut undang-undang karom antarabangsa. Dan kemungkinan juga pasukan yang lain tidak dapat menyertainya kerana kekangkangan tugas yang perlu diselesaikan.

En. Soong sebagai Ketua Pengadil sedang berbincang dengan En. A. Kamaruddin. Mesti ada cerita yang menarik membuatkan mereka tersenyum...

Berikut adalah pasukan-pasukan yang mengambil bahagian:

JCorp : 4 pasukan
EPF : 2 Pasukan
PKNS : 2 Pasukan
UM : 2 Pasukan
CIMB : 1 Pasukan
Kelab KSNBJ : 1 Pasukan
UMW : 1 Pasukan
ECM Libra : 1 Pasukan
Semarak FC (JUPEM KL) : 1 Pasukan
Felcra : 1 Pasukan
Shooters : 1 Pasukan
Strikers (MAS) : 1 Pasukan
Karomas : 1 Pasukan


Proses undian menentukan kumpulan bersama pengurus pasukan

Undian pertama telah dilakukan pada hari khamis 24/7/2010 tetapi di hari pertandingan undian di lakukan sekali lagi kerana terdapat beberapa pasukan yang tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Penganjur terpaksa mengambil masa sedikit berbincang dan mengunakan formula yang baru untuk menyusun semula pasukan yang bertanding di dalam setiap kumpulan. Undian dilakukan sekali lagi dan kali ini semua pengurus turut mengambil bahagian menentukan pasukan masing-masing.


KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D


KUMPULAN E


KUMPULAN F





















6 kumpulan berjaya dibentuk yang terdiri daripada 19 pasukan. Untuk mencukupkan kuota ke pusingan kedua, pasukan yang mendapat tempat terakhir di dalam kumpulan akan dipilih. 2 kumpulan dibentuk melalui undian semula dan pasukan-pasukan ini bertanding sekali lagi secara liga untuk menentukan 2 pasukan yang terbaik dan layak ke peringkat seterusnya.


KUMPULAN G (Pasukan bertanding semula untuk menentukan johan untuk layak ke peringkat seterusnya)


KUMPULAN H (Pasukan bertanding semula untuk menentukan johan untuk layak ke peringkat seterusnya)

Pusingan awal di dalam kumpulan dijalankan secara liga dan bermain sebanyak 8 papan atau 25 mata (mana yang terdahulu). Peringkat suku akhir hingga ke perlawanan akhir ditentukan melalui 25 mata dan jumlah papan tidak kira lagi. Salah satu pemain atau regu yang mencapai 25 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.


PASUKAN YANG BERJAYA MENERUSKAN PERMAINAN HINGGA MENENTUKAN KEJUARAAN

Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Karom Malaysia En. Balbeer Singh. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada beliau kerana sudi berada di tempat pertandingan dari awal hingga ke akhir acara.

Berikut adalah keputusan kejohanan Karom Piala Korporat pada tahun 2010:
Johan : UM A
Naib Johan : EPF B
Ketiga : Karomas
Keempat : PKNS A
Saguhati (tidak mengikut susunan)
Kelima hingga kelapan: EPF A, PKNS B, UMW dan Strikers

SAGUHATI: Pasukan PKNS B

SAGUHATI: Pasukan UMW

SAGUHATI: Pasukan EPF A

SAGUHATI: Pasukan Strikers

KEEMPAT: Pasukan PKNS A

KETIGA: Pasukan Karomas

KEDUA: Pasukan EPF B

JOHAN: Universiti Malaya A

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan bagi pasukan yang gagal cuba dan cuba lagi di masa hadapan. Dengan latihan yang konsisten, usaha meningkatkan skil permainan berterusan dan pelajari undang-undang permainan, tidak mustahil pasukan-pasukan yang gagal pada tahun ini akan berjaya juga di masa hadapan. Kejayaan tidak datang bergolek ke pangkuan kita tetapi dengan keringat usaha menentukan segala-galanya.

Secara peribadi saya ingin merakam setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan JCorp diketuai oleh En. Jefri yang telah menghantar 4 pasukan menyertai kejohanan pada kali ini. Walaupun ini merupakan pertama kali bermain karom mengikut undang-undang Persatuan Karom Antarabangsa tetapi saya melihat pasukan ini boleh pergi jauh sekiranya mendapat latihan yang betul dan mendalami undang-undang permainan.

Pendedahan kepada pasukan-pasukan baru pada setiap kali kejohanan adalah perlu untuk kesinambungan permainan karom antarabangsa terus bergerak ke hadapan. Persatuan karom Malaysia perlu melipat gandakan usaha promosi dan mengadakan beberapa kejohanan di dalam setahun. Persatuan Karom Malaysia akan cuba melakukan yang terbaik untuk kemajuan sukan ini dengan sokongan pemain-pemain karom yang sedia ada dan generasi baru di masa akan datang.

Akhir kata jumpa lagi di kejohanan Karom Piala Korporat 2011…

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2010

Tarikh: 10 dan 11 Jul 2010
Masa: 09:00 PAGI - 05:00 PETANG
Tempat: Bangunan RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kepada pemain-pemain karom di sekitar Wilayah Persekutuan hendaklah bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi kejohanan karom yang diadakan hanya setahun sekali ini dengan latihan yang mantap dan dapat memberi saingan yang hebat kepada pasukan yang mengambil bahagian.

ASAH JARI ANDA MULAI DARI SEKARANG!!!

Monday, May 3, 2010

KEJOHANAN KAROM PIALA KORPORAT 2010


1) NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Karom Piala Korporat Berpasukan 2010

2) TUJUAN
i. Menjalankan Aktiviti KAROMAS
ii. Mempromosikan karom antarabangsa
iii. Mengenal pasti pemain-pemain berpotensi mewakili negara.
iv. Meningkatkan mutu permainan karom mengikut undang-undang ICF

3) FORMAT
i. Berpasukan terbuka (lelaki, wanita atau campur)
ii. 4 orang dalam satu pasukan (2 perseorangan dan 1 bergu)

4) TARIKH DAN MASA
i. 26hb Jun 2010 (Sabtu) - Bermula jam 08:00 pagi
ii. 27hb Jun 2010 (Ahad) - Bermula jam 08:00 pagi

5) TEMPAT
Tempat: Dewan Serbaguna, Tingkat 2,
Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

6) TARIKH DAN MASA TUTUP PENYERTAAN
21hb Jun 2010 (Isnin)/06:00 petang bertempat di Wisma OCM

7) TARIKH DAN TEMPAT UNDIAN
24hb Jun 2010 (Khamis)

8) BAYARAN
i. Berpasukan : RM120.00/satu pasukan

9) HADIAH-HADIAH
Johan : RM2000.00 + Piala
Naib Johan : RM1000.00 + Piala
Ketiga : RM800.00 + Piala
Keempat : RM500.00 + Piala
Kelima : RM200.00 + Piala
Keenam : RM200.00 + Piala
Ketujuh : RM200.00 + Piala
Kelapan : RM200.00 + Piala

10) SYARAT-SYARAT KEJOHANAN
i. Terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan wanita.
ii. Pendaftaran pemain adalah seramai 4 orang sahaja.
iii. Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang International Carrom Federation
iv. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan pertama (dalam kumpulan) dan seterusnya secara kalah mati.
v. Pihak penganjur akan menyediakan pengadil yang diiktiraf oleh KAROMAS.
vi. Pihak penganjur berhak meminda atau mengubah peraturan am kejohanan jika difikirkan perlu.
vii. Bantahan bertulis hendaklah dikemukan kepada pengerusi pertandingan 15 minit selepas permainan tamat (papan berkenaan) dengan yuran pertaruhan RM100.00.
viii. Juri rayuan (dilantik) akan membincangkan bantahan perlawanan. Sekiranya bantahan tersebut ditolak oleh juri rayuan, maka yuran pertaruhan tidak akan dikembalikan. Keputusan juri adalah muktamad.
ix. Pasukan yang tidak berada di tempat perlawanan selepas 15 minit dipanggil oleh Ketua Pengadil akan kalah percuma (walkover).
x. Penyertaan terbuka kepada badan korporat, Kementerian, Jabatan, Ajensi Kerajaan, Badan Berkanun, Institusi Kewangan, Syarikat Berdaftar, IPTS & IPTA dan Kelab-Kelab yang mewakili badan-badan seperti di atas.

11) TAMBAHAN
i. Borang penyertaan (boleh fotostat) yang lengkap bersama yuran penyertaan hendaklah dihantar kepada:

Urusetia Kejohanan Karom Piala Koprat 2010
Level 1, P. O. Box 3, Suite 6, Wisma OCM
Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.
Fax: 03 - 9179 5598

ii. Wang Pos/Kiriman Wang/Cek Berpalang/Tunai hendaklah di alamatkan/serahkan kepada:
Bendahari Persatuan Karom Malaysia
(Att: En. Frankie Pek - 019 - 330 9001)
No. Akaun Persatuan Karom Malaysia - EON Bank: 0061100020077

ii. Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan, sila hubungi:
a) En. Samohon MD Kassim - 012 - 314 0778
b) En. Roslan Omar - 013 - 333 1408
c) En. Azmi Baki - 019 - 231 4697
d) En. Mohd Suhaizan Mat Karri - 019 - 644 0290
e) En. Frankie Pek - 019 - 330 9001
f) En. Kamarudin Jasiman - 012 - 216 7381

Tuesday, April 20, 2010

KURSUS PENGADILAN TAHAP I

PENGUMUMAN KEPADA PEMINAT KAROM

PERSATUAN KAROM MALAYSIA (KAROMAS) AKAN MENGADAKAN KURSUS PENGADILAN. DIHARAPKAN PEMINAT KAROM DI TANAH AIR JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. RASIONAL KURSUS INI ADALAH MENCARI PENGADIL-PENGADIL YANG BERTAULIAH UNTUK KEJOHANAN-KEJOHANAN YANG BAKAL DIANJURKAN OLEH KAROMAS DI MASA HADAPAN. HARAPAN PROGRAM INI JUGA AKAN MUNCUL LEBIH RAMAI PENGADIL YANG LEBIH BERWIBAWA.

KURSUS INI JUGA BOLEH DIIKUTI OLEH PEMAIN-PEMAIN KAROM YANG INGIN MENGETAHUI LEBIH MENDALAM MENGENAI UNDANG-UNDANG KAROM ANTARABNGSA. PEMAIN YANG MENGIKUTI KURSUS INI AKAN MENDAPAT MENAFAAT YANG LEBIH SEBAGAI SEORANG PEMAIN.

TEMPAT ADALAH TERHAD DAN PENYERTAAN BERDASARKAN SIAP CEPAT DIA DAPAT. OLEH ITU JANGAN LEPAS PELUANG INI YANG HANYA DATANG SETAHUN SEKALI SAHAJA.

KETERANGAN LANJUT SEPERTI YANG DINYATAKAN DI BAWAH:

KURSUS: TAHAP 1 PENGADILAN KAROM ANTARABANGSA
TEMPAT: BILIK PERSATUAN KAROM MALAYSIA, TINGKAT 1, HOTEL OLIMPIK (OCM), JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR.
TARIKH: 08 & 09 APRIL 2010
MASA: 09:00 PAGI – 05:00 PETANG
BAYARAN: RM40.00 (TERMASUK MAKAN TENGAHARI DAN SIJIL)

SILA HUBUNGI NAMA DI BAWAH:

MOHD SUHAIZAN – 019 644 0290

“KAROM UNTUK SEMUA”

Thursday, April 15, 2010

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2010

Kejohanan Karom MAKSAK 2010
Tarikh: 06 hingga 08 Ogos 2010
Tempat: Kuala Lumpur

Kepada pemain-pemain karom (kakitangan kerajaan) yang terpilih mewakili negeri masing-masing hendaklah bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi kejohanan karom yang diadakan hanya setahun sekali dengan latihan yang mantap dan dapat memberi saingan yang hebat kepada pasukan yang mengambil bahagian.

Saya sarankan kepada pemain yang terpilih hendaklah menjalani latihan yang intensif serta bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diingini disamping dapat membentuk salah satu pasukan yang digeruni. Untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan kuat bukan satu perkara yang mudah tetapi perlu berterusan dengan melakarkan perancangan yang jelas dan jitu.

Saya melihat tahun demi tahun hanya pasukan yang sama sahaja berjaya memasuki peringkat tertinggi dan seterusnya memenangi perlawanan. Saya kira pasukan yang lain juga mempunyai kekuatan tetapi kebanyakkannya mungkin tidak menjalani latihan yang sempurna. Latihan tidak hanya berkisarkan skil permainan sahaja tetapi juga perlu mengetahui undang-undang permainan dengan mendalam.

Pengalaman saya disepanjang karier sebagai pengadil kebanyakkan pemain-pemain masih bertanya soalan yang sama setiap kali kejohanan diadakan. Ini menunjukkan mereka tidak menjalani latihan yang berterusan dan hanya membuat latihan ketika hampir tarikh kejohanan sahaja. Jika semua pemain bersikap sedemikian rupa, maka malanglah sungguh sebagai seorang pemain dan mungkin malap perkembangan karom antarabangsa di masa hadapan. Sikap sedemikan rupa perlu dikikis dan setiap pemain perlu melihat karom antarabangsa lebih positif bukan hanya berkisar kepada diri sendiri tetapi perlu war-warkan anak-anak, rakan-rakan dan seterusnya masyarakat di sekeliling.

Pandangan peribadi saya pengurus pasukan adalah yang paling penting untuk menjulang pasukannya ke atas. Peranannya yang memimpin yang tegas dan membuat perancangan jangka panjang untuk membawa pasukannya ke tahap yang lebih tinggi dari tahun ke tahun. Pencapaian setiap pemain perlu dipantau dan mencatat laporan perkembangan setiap pemain. Di samping itu juga pengurus perlu mencari jurulatih yang bertauliah untuk membantu pemain-pemain dari peningkatan skil permainan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan undang-undang permainan.

Pengurus perlu merangka dan menyediakan modul-modul yang tertentu untuk menyediakan satu pasukan yang mampu memberi satu kebanggaan kepada organisasi mereka. Jika ini dapat dilakukan oleh seorang pengurus saya pasti karom antarabangsa akan terus meningkat popularitinya di kalangan kakitangan kerajaan dan masyarakat amnya.

Secebis ulasan saya ini dapat menjadikan kita lebih positif dan demi pembangunan sukan karom antarabangsa di Malaysia. Tanpa kerjasama daripada anda semua, perkara ini tidak akan berlaku dan sebenarnya perjalanan kita masih jauh.