CERTIFIED INTERNATIONAL CARROM BOARD BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION WHILE STOCK LAST. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, May 18, 2013

GURU SUMBER INSPIRASI PELAJAR

Adanya guru kerana adanya pelajar dan adanya pelajar kerana adanya ibubapa. Ramuan ini tidak dapat dipisahkan seperti lirik lagu "Getaran Jiwa" Allahyarham P Ramlee “tersusun nada… irama dan lagu…”
  

Guru adalah pemangkin kepada pelajar-pelajar di sekolah dan juga di luar sekolah. Tugas seorang guru adalah tersangat mulia dengan menyemai benih-bebih budi pekerti dan ilmu supaya pelajar menjadi manusia yang berguna. Oleh kerana pelajar adalah pewaris, maka didikan yang betul dan bermanafaat menentukan segala-galanya melalui sistem yang berintegrasi.


Kita umpamakan guru sebagai kunci dan pelajar sebagai sebuah rumah. Jika guru mempunyai kunci yang salah sudah tentu ianya tidak berfungsi dan pintu tidak dapat dibuka dan akhirnya guru gagal memasuki rumah tersebut. Sebaliknya jika guru mempunyai kunci yang betul sudah pasti pintu berjaya dibuka dengan mudah. Apabila berada di dalamnya guru berpeluang untuk merancang apa yang perlu untuk pengisian rumah berkenaan. Dari sebuah rumah yang kosong yang berdebu akan menjadikan sebuah rumah yang cantik dengan hiasan mewarnai dan ianya menjadi lebih ceria.


Aspirasi seorang guru cukup tinggi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam semua aspek bermula daripada akademik sehingga merangkumi nilai-nilai kehidupan. Manakala aspirasi murid pula untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan supaya kehidupan di masa akan datang menjadi cerah.


Kita juga tidak lupa bahawa ibubapa kita sebenarnya juga guru yang sentiasa mendampingi sehingga sehingga dewasa dan tanpa keduanya kita tidak akan berjaya seperti yang kita nikmati hari ini.

Khas kepada guru-guru yang pernah mendidik, saya ucapkan setinggi-tinggi terimakasih yang tidak terhingga. Ilmu yang ditaburkan tanpa penat dan jemu hanya yang maha esa yang dapat membalasnya. Kepada guru yang sudah meninggalkan kita sebaiknya sedekah kepada mereka dengan Al-Fatihah dan jika yang masih hidup kunjungilah mereka.

Selamat menyambut hari guru pada 16 Mei 2013

PS: Dalam permainan karom pun kita memerlukan guru untuk mengajar…  

No comments:

Post a Comment