Air…… Tajuk
ini boleh dikupas dari pelbagai sudut dan pendapat. Tetapi saya ingin menyentuh
keperluan air di dalam badan manusia secara ringkas.
Mustahaknya
air di dalam badan manusia sungguh menakjubkan dan sebilangan besar manusia
sebenarnya tidak mengamal secara sihat di dalam kehidupan seharian.
Hari ini
sedar atau tidak kebanyakkan manusia mengalami masalah kronik kerana air di
dalam badan tidak seimbang dan mengalami kekeringan tanpa disedari.
Di dalam
badan kita tiada jarum petunjuk atau speedo meter yang boleh menunjukkan tangki
dah mula kering. Tidak seperti kenderaan yang mempunyai jarum petunjuk. Jika jarum
minyak menunjukkan pada paras bawah, maka dengan segera kita mencari pam minyak
yang terdekat untuk mengisi tangki yang hampir kosong penuh kembali.
Petunjuk
kepada manusia adalah satu iaitu apabila merasa dahaga. Dahaga inilah
sebenarnya isyarat menunjukkan bahawa badan mula merasa kekeringan dan
memerlukan penambahan cecair yang baru. 75% badan kita adalah terdiri daripada
air. Oleh itu minum secukupnya dan air bersih adalah yang terbaik. Amalkan hidup
sihat di dalam kehidupan seharian anda dan lakukan sekarang.
Minum air yang bersih dari sumber yang dikenal pasti...
Di dalam
kehidupan seharian kebanyakkan di antara kita hanya menjaga enjin kenderaan
sentiasa berada dalam keadaan memuaskan, sedangkan injin di dalam badan sendiri
tidak terjaga dan diabaikan.
PS: Permainan
karom tidak mengunakan fizikal secara total hanya duduk sahaja tetapi pemain-pemainnya juga perlukan air…
No comments:
Post a Comment