Guru
adalah pemangkin kepada pelajar-pelajar di sekolah dan juga di luar sekolah.
Tugas seorang guru adalah tersangat mulia dengan menyemai benih-bebih budi pekerti dan ilmu
supaya pelajar menjadi manusia yang berguna. Oleh kerana pelajar adalah pewaris,
maka didikan yang betul dan bermanafaat menentukan segala-galanya melalui
sistem yang berintegrasi.
Kita
umpamakan guru sebagai kunci dan pelajar sebagai sebuah rumah. Jika guru
mempunyai kunci yang salah sudah tentu ianya tidak berfungsi dan pintu tidak
dapat dibuka dan akhirnya guru gagal memasuki rumah tersebut. Sebaliknya jika guru
mempunyai kunci yang betul sudah pasti pintu berjaya dibuka dengan mudah. Apabila
berada di dalamnya guru berpeluang untuk merancang apa yang perlu untuk pengisian
rumah berkenaan. Dari sebuah rumah yang kosong yang berdebu akan menjadikan
sebuah rumah yang cantik dengan hiasan mewarnai dan ianya menjadi lebih ceria.
Aspirasi
seorang guru cukup tinggi untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam
semua aspek bermula daripada akademik sehingga merangkumi nilai-nilai
kehidupan. Manakala aspirasi murid pula untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan supaya kehidupan di masa akan datang menjadi cerah.
Kita juga tidak lupa bahawa ibubapa kita sebenarnya juga guru yang sentiasa mendampingi sehingga sehingga dewasa dan tanpa keduanya kita tidak akan berjaya seperti yang kita nikmati hari ini.
Khas kepada guru-guru yang pernah mendidik, saya ucapkan setinggi-tinggi terimakasih yang tidak terhingga. Ilmu yang ditaburkan tanpa penat dan jemu hanya yang maha esa yang dapat membalasnya. Kepada guru yang sudah meninggalkan kita sebaiknya sedekah kepada mereka dengan Al-Fatihah dan jika yang masih hidup kunjungilah mereka.
Selamat
menyambut hari guru pada 16 Mei 2013
PS:
Dalam permainan karom pun kita memerlukan guru untuk mengajar…
No comments:
Post a Comment