INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, December 26, 2014

JALAN JALAN KE HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Tarikh: 5, 6 & 7 Disember 2014

Tahun ini dapat meluang masa ke luar negara walaupun tugas harian semakin betimbun-timbun di atas meja. Dapat mencelah kesibukkan kerja harian dan untuk melihat negara orang. Dan kali ini negara Vietnam menjadi pilihan.

Parkir di Tingkat A, KLIA2 tempat yang agak sesuai semasa ketibaan pulang.

Bertolak dari lapangan terbang sekitar 9.30 pagi dan mendarat di lapangan terbang Tan Son Nihat, Vietnam Hari pertama hanya sekitar Ho Chi Minh City sahaja.

Suasana motosikal di bandara cukup luar biasa di Ho Chi Minh City. 

 Wayar elektrik dan telefon yang cukup mengerikan sekitar banda ini.

Hari kedua jadual kami cukup padat kerna terdapat 3 tempat untuk dilawati iaitu Pusat Karangkraf orang kurang upaya, Terowong Cu Chi di Kabupaten Cuchi, Saigon Dataran Mekong.

 Pusat Karangkraf orang kurag upaya di bawah pengawasan kerajaan. Kualiti hasil kerja 

 Lukisan yang diperbuat daripada kulit telur yang bermutu tinggi tetapi saya tidak dibenarkan mengambil gambar di galeri jualan.

 Mereka adalah di antara pekerja mahir dan kreatif di dalam menghasilan produk-produk seni yang mempunyai nilai kualiti yang cukup tinggi. 

 
Saya juga cukup teruja kerana di sini khat juga sebahagian produk seni yang dijual.

Selepas berada di pusat karangkraf orang kurang upaya kami terus menuju ke terowong bawah tanah yang dinamakan Terowong Cu Chi di Kabupaten Cuchi, Saigon. Terowong Cu Chi terletak 40 km utara dari pusat bandar dan telah dibangunkan semasa perang Vietnam dan Amerika

Kali ini memakai jersey Malaysia bukan untuk kejohanan karom tetapi berada di hadapan peta lawatan sebelum masuk ke dalam kawasan Terowong Cu Chi.

Berdiri di depan Galeri Senjata Api semasa perang Vietnam dan Amerika.

Berdiri di hadapan almari Senjata Api yang cukup mengerukan den pelbagai saiz.

Sebagai simbolik cara tentera dalam persedian di dalam peperangan.

Bersama dengan pegawai yang bertindak sebagai jurupandu supaya kami berada di landasan yang betul dan selamat di sepanjang lawatan. 

Sistem terowong Cu Chi ini adalah sebagai tempat berlindung dan menyelamatkan diri daripada musuh. Terowong ini digunakan oleh gerila Viet Cong sebagai tempat persembunyian, pusat komunikasi, rumah sakit, menyimpan makanan dan senjata. Terowong ini merupakan strateji yang cukup hebat sehingga tentera Amerika terpaksa berundur dan keluar dari negara Vietnam. Hari ini menjadi salah satu aset pelancongan yang popular di Vietnam.

Dah tidak dapat bergerak jauh kerana peha dan lutut dah mula sakit mungkin sudah lama tidak melakukan senaman ataupun mungkin faktor usia. Oleh demikian saya terpaksa naik setelah berada di laluan terowong kira-kira 10 meter. Saya juga bertanya beberapa soalan cepu emas kepada jurupandu tersebut iaitu siapakah pencetus idea ini terowong dan ke dalamannya. Beliau menerangkan idea asal membina terowong adalah daripada petani. Terdapat tiga peringkat ke dalaman iaitu 3 meter, 5 meter dan 10 meter. Jurupandu tersebut juga menceritakan bagaimana cara mengali terowong dengan hanya mengunakan kudrat manusia sahaja tetapi berjaya melakukannya.

Berada di hadapan dapur di dalam terowong dan sekarang telah dibuka kepada orang ramai untuk mengetahui keadaan sebenar.

Perangkap samar yang dipasang ketika perang Amerika dan Vietnam. Walaupun nampak teknoloji kuno tetapi inovasi inilah yang berjaya membantu Vietnam di dalam peperangan tersebut. Tidak tahu berapa ramai tentera Amerika terbunuh atau cedera teruk akibat perangkap ini.




Sebahagian pintu terowong yang dibuka kepada pelancong.

 
Menghampiri restoran di penhujung lawatan terowong Cu Chi.

Di akhir lawatan kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus bersama kacang tanah ditumbuk dicampur gula. Manakala minumannya teh yang diperbuat daripada daun jasmine  + daun pandan + buah badam. hidangan ini adalah untuk merasa suasana ketika zaman peperangan di antara Vietnanam dan Amerika. Ubi kayu memang kegemaran saya dan semasa makan pagi disalah sebuah restoran di Ho Chi Minh City sempat membeli kuih yang diperbuat daripada ubi kayu iaitu bengkang ubi dan rasanya lebih kurang sama seperti di negara kita.

Cenderahati yang dijual di sini cukup bernas yang diperbuat daripada peluru.

Cukup kreatif cenderahati yang diperbuat daripada tin minuman.

Seterusnya kami ke Mekong Delta dan di sini kami berkesempatan melawat Pulau Unicorn. Kami tiba agak lewat dan tidak berpeluang melihat proses membuat coklat daripada santan kelapa. Kami ada membeli sedikit untuk dibawa pulang. Selepas itu kami menaiki sampan melalui satu terusan yang dbuat khas untuk pelancong sebagai merasa suasana kehidupan di sini. Saya juga dapat melihat di sini pokok nipah seperti yang terdapat Malaysia yang tumbuh subur. Saya tidak pasti samada mereka juga mengetahui cara mendapatkan air dari pokok nipah yang dipanggil air nira.

 Sambil menanti bot saya sempat bergambar berlatar belakang Mekong Delta.

 Bot yang akan kami naiki menuju Pulau Unicorn.

Sampai dipenhujung pengkalan sampan kami dijamu dengan buah-buahan dan air minuman diperbuat daripada madu dicampur bee pollen. Cukup enak rasanya kerana madunya yang masih lagi segar.

Berdiri di sebelah kuda spesis yang dipanggil kuda padi.






Sebahagian daripada restoran halal yang kami singgah dan tidak ketinggalan nama Restoran Kampong Pandan juga terdapat di sini. Kami juga diberitahu terdapat satu jalan di sini dinamakan Malaysia Street. 

Mee dan bee hun sup yng cukup enak.

Kedai menjual pelbagai kacang dan bunga

Penjual buah-buah dan garam berlada

Penjual buah berbasikal mempelan dan buah mata kuching.

Penjual buah durian belanda dan rambuttan.
Semasa berjalan-jalan di Ho Chi Minh City terpandang sepasang ayam kampong. 

 Sebelum berlepas dari Tan Son Nhat International Airport di Vietnam.

Selamat sampai di KLIA2

Sebagai rumusan di sepanjang berada di Ho Chi Minh City dan laluan-laluan ke tempat lawatan seperti Terowong Cu Chi dan Mekong Delta, saya ingin fokus kepada penguna-penguna jalan raya di sini kerana ianya cukup menarik untuk diperkatakan.

Dalam pemerhatian saya lampu trafik agak terhad tetapi jalan-jalan cukup sibuk dan padat dengan kenderaan bermula sekecil-kecil kenderaan hingga sebesar-besar kenderaan. Motosikal merupakan kenderaan yang cukup popular di sini. Sungguh pun begitu disepanjang saya di sini tiada kemalangan berlaku walaupun pada mata kasar melihat cukup merbahaya. Mereka juga tidak marah apabila dibunyikan hon dan sebaliknya memberi laluan. Kesabaran mereka juga cukup tinggi ketika berada di atas jalan raya.

Bagi penunggang motosikal saya juga perhatikan rata-rata mereka memecut sekitar 40 hingga 60 km sejam. Walaupun di jalan besar penunggang motosikal masih mengunakan kelajuan yang sama. Saya tidak pasti samada undang-undang yang ditetapkan ke atas pancuan dua roda. Pengajaran yang cukup berharga ketika berada di negara orang yang kita boleh mempelajari sesuatu dari mereka. Saya cadangkan penguna-penguna jalan raya di Malaysia pergi dan melihat sendiri keadaan di sana. Apa yang baik jadikan teladan dan apa yang tidak sesuai jadikan sempadan. 

Kini menanti tahun hadapan ke destinasi lain pula...

Sunday, December 14, 2014

Part II: 4th WORLD CUP in MALDIVES 2014

World cup 2014 video continues.... and this time credit goes to Francis D'Costa (Team Manager of Canada). More actions and skills from the best players in the world just for you to observe and learns. 

Doubles 
(Canada vs Qatar)

Doubles 1st Game
(Canada vs Bangladesh)

Canada vs Bangladesh

Canada vs Poland

Komaravelli Srinivas (India) vs Chamil Cooray (Sri Lanka)

Komaravelli Srinivas (India) vs Louis Fernandes (Canada)

Nishanta Fernando (Sri Lanka) vs Karnal Abdin (UK)

Hafizur (Bangladesh) vs Komaravelli Srinivas (India)

Nishanta Fernando (Sri Lanka) vs Muhammad Ghufran (India)

Nishanta Fernando (Sri Lanka) vs Muhammad Ghufran (India)

Woman's Final Match Set 1
Kavita Somanchi (India) vs Rashmi Kumari (India)

Woman's Final Match Set 2
Kavita Somanchi (India) vs Rashmi Kumari (India)

Chamil Cooray (Sri Lanka) vs Vadamunji Akash (India)

Mens Double Semi Final Set 2

Mens Singles Final - 1st Game
Komaravelli Srinivas (India) vs Mohd Ghufran (India)

Mens Singles Final - 2nd Game
Komaravelli Srinivas (India) vs Mohd Ghufran (India)

Mens Singles Final - 3rd Game
Komaravelli Srinivas (India) vs Mohd Ghufran (India)

Mens Doubles Semi Finals - 1st Game
Nishanta Fernando & Chamil Cooray (Sri Lanka) vs Muhammad Ghufran & Riyaz Akbarali (India)

Mens Doubles Semi Finals - 1st Game
Nishanta Fernando & Chamil Coory (Sri Lanka) vs Muhammad Ghufran & Riyaz Akbarali (India)

Mens Doubles Finals - 1st Game
Komaravelli Srinivas & Vadamunji Akash (India)
vs
Muhammad Ghufran & Riyaz Akbarali (India)

Mens Doubles Finals - 2nd Game
Komaravelli Srinivas & Vadamunji Akash (India)
vs
Muhammad Ghufran & Riyaz Akbarali (India)

Wednesday, December 10, 2014

KESEDARAN DIRI DALAM KEPIMPINAN

‘Jangan pegang jawatan terlalu lama’

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
24 November 2014 - Sinar Harian


AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini dalam laman mikro Twitternya menasihati presiden badan sukan negara agar tidak memegang jawatan mereka terlalu lama.

Katanya lagi, ‘keutamaan’ wajar diberikan kepada presiden sukan yang memimpin badan sukan yang sering kalah. 

“Presiden-presiden badan sukan negara tidak perlu pegang jawatan terlalu lama terutama sekali sukan yang kita selalu kalah,” tulisnya, hari ini. 

Tulisan Bung itu telah berjaya menarik perhatian pengikut Twitternya dan salah seorangnya bersetuju dengan kenyataan tersebut. 

“Untuk kali pertama saya bersetuju dengan kamu Bung,” tulis Sa Orang Ajim. 

Sementara itu menurut Peran Atma, ‘kenyataan’ Bung makin bagus dari hari ke hari. 

“Akhir-akhir ini kamu makin bagus Bung, Keep It Up,” tulisnya. 

Sementara tulis Amirul Baharuddin, kenyataan Bung itu sangat memberi makna. 

“Sangat terkesan YB,” tulisnya.

Prestasi sukan di Malaysia telah menunjukkan radar penurunan untuk tahun ini.  

Malaysia mengalami kekalahan di Sukan Komanwel Glasgow Julai 2014, apabila gagal mencapai sasaran tujuh pingat emas yang dan enam pingat yang berjaya dibawa pulang ke tanah air. 

Dalam kejohanan itu juga, kemerosotan sukan negara bermula dengan bola sepak, kemudian hoki, apabila terpaksa bungkus awal ketika pertandingan berlangsung.

Episod duka terus menghantui negara apabila Malaysia sekali lagi gagal di sukan Asia Incheon Korea Selatan apabila Malaysia gagal mencapai sasaran pingat emas.

Malaysia hanya mendapat enam pingat emas sedangkan sasaran awal ialah lapan pingat emas.

Lantaran itu, terdapat ramai pihak yang mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan melakukan sesuatu yang segera bagi memastikan sukan negara sentiasa berada di tahap yang terbaik.

KOMEN PENULIS

Saya cukup bersetuju dengan pandangan dan saranan Datuk Bung Moktar Radin seperti  di dalam twitternya.

Memegang jawatan bukan sekadar berada di atas atau duduk dikerusi empuk dengan menikmati keistimewaan tertentu tetapi ianya adalah satu amanah yang perlu diberi perhatian secara khusus. Jika ingin berada di puncak, maka anda sudah pasti dan semestinya mempunyai visi dan misi serta mampu mengalas segala perancangan yang bakal dirancang.

Setelah sekian lama berada di atas dan anda juga pernah mencapai beberapa kejayaan sebelum ini dilihat cukup selesa berada di singgahsana, cuma akhir-akhir ini kegagalan demi kegagalan muncul di depan pintu anda. Apakah yang anda perlu lakukan?

Jika itu terjadi kepada diri anda, maka ini adalah satu petunjuk kepada anda supaya turun dan perlu diganti dengan orang yang baru dan lebih sesuai. Ini kerana anda sudah dikira seperti kereta mengalami kerosakkan enjin dan gagal untuk meneruskan perjalanan seterusnya.

Jika pemimpin tidak mahu berganjak dari tahkta kerana kedegilan dan ego, maka cukup malang kepada sukan dan atlet yang berada di bawah pemimpin tersebut. Pemimpin jenis ini seperti kata pepatah ibarat kulit buaya yang membawa maksud tidak sedar diri dan tidak tahu malu. Pemimpin jenis ini juga sudah keletihan dan tidak berdaya saing kerana beberapa faktor seperti sudah tiada idea yang bernas untuk diketengahkan atau mungkin juga faktor usia yang sudah dipenhujung senja atau mungkin juga pergerakkan sudah terbatas.

Apabila petunjuk sudah ada sepatutnya kapal yang anda layari sebagai nahkoda sepatutnya berlabuh di satu pengkalan dan diganti dengan nahkoda yang lebih berkemampuan untuk mengemudi kapal dan meneruskn pelayaran.

Jumpa lagi...

Thursday, November 20, 2014

KUASA MENTERI DALAM PERKEMBANGUNAN SUKAN NEGARA

Khairy ada kuasa campuri urusan persatuan sukan
23 Januari 2014 – SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Sikap keterbukaan Khairy Jamaluddin yang sedia berjumpa dengan setiap penggiat sukan tempatan memperlihatkan betapa menteri belia dan sukan itu serius untuk melihat kemajuan sukan tanah air.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pertemuan Khairy dengan mana-mana badan sukan atau tindakan mencampuri urusan badan induk sukan tempatan tidak wajar dijadikan isu.

Ini kerana katanya seseorang menteri mempunyai kuasa berbuat demikian seperti mana termaktub dalam Akta Pembangunan Sukan bagi memastikan pembangunan sukan negara berada di landasan yang betul.

"Beliau prihatin dengan segala masalah yang dihadapi (persatuan sukan) dan sebagai menteri, beliau mempunyai kuasa memastikan segala program dan aktiviti berkaitan pembangunan sukan negara.

"Sekiranya terdapat sebarang masalah harus ditangani dengan sebaiknya supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dan tidak mendatangkan masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul di sekitar Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.

Zolkples ditanya mengenai perjumpaan tertutup Khairy dengan pelumba basikal profesional kebangsaan baru-baru ini, bagi meluahkan pandangan serta cadangan untuk meningkatkan kualiti program acara lebuh raya negara.

Sebelum itu, Khairy dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi membincangkan hala tuju sukan sepak takraw negara selepas aksi longlai pada Sukan SEA di Myanmar, Disember lepas.

Mengulas lanjut, Zolkples, bagaimanapun berkata seboleh-bolehnya, setiap persatuan sukan wajar menyelesaikan sendiri masalah dalaman masing-masing.

"Tetapi kalau sudah sampai ke satu tahap tiada penyelesaian, jadi tidak ada masalah (bertemu dengan menteri)," katanya. – Bernama



KOMEN PENULIS:

Seorang anak memerlukan ayah dan ibunya untuk memantau segala tindakkan demi masa depannya, manakala seorang pekerja memerlukan ketuanya untuk memantau hasil kerja yang diamanahkan kepadanya. Begitu juga di dalam berpersatuan juga memerlukan orang di atas yang mempunyai kuasa untuk memantau perjalanan sesuatu persatuan di atas landasan yang betul demi kepentingan ahli sukan, negara dan akhir demi perkembangan sukan itu sendiri.

Kegagalan kedua-duanya berfungsi maka hancurlah kesemuanya. Olih demikian saranan supaya pihak berwajib mencampuri pentadbiran setiap persatuan adalah tindakan yang tepat kerana demi kepentingan awam khususnya dan negara amnya. Ini tidak bermakna pihak berwajib mencampuri setiap inci perjalanan pentadbiran persatuan tetapi sekadar memerhati perjalanan dan perancangan mengikut yang sepatutnya di samping melihat KPI pemimpin yang memegang jawatan yang diamanahkan kepada mereka.

Akhirnya pihak berwajib boleh menilai dan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah persatuan bukan hanya sekadar bijak merancang tetapi juga cemerlang dalam mencapai kejayaan. Demi pencapaian atlit dan kejayaan di peringkat tertinggi perkara yang tidak sihat di dalam persatuan tidak boleh dikompromi demi sukan negara.

Peminat-peminat sukan negara ingin melihat sesuatu tindakan yang drastik perlu diambil demi mercu sukan negara di masa hadapan yang kita lihat hari ini pencapaian sukan secara keseluruhannya menurun. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan dengan segera supaya tidak lebih parah.

Sebagai peminat sukan, pemimpin sukan dan pihak yang berwajib perlu merenung dan akhirnya memberi satu jawapan yang bernas demi sukan negara.

Jumpa lagi...

Wednesday, November 19, 2014

SESI PENCERAHAN PERMAINAN KAROM ANTARABANGSA

Tarikh: 14 November 2014
Masa: 2:30 petang

Memperolehi ilmu bukan seperti jatuhnya buah kelapa di laman rumah atau seperti jatuhnya buah durian di kebun. Dan ilmu juga bukan datang bergolek-golek di hadapan mata dan ilmu juga bukannya begitu mudah jatuh ke atas riba. Kita juga pernah mendengar pepatah mengatakan seperti punggok merindukan bulan yang membawa maksud jangan hanya berangan-angan mengharapkan sesuatu tanpa berusaha mendapatkannya. Apakah maksud saya memulakan coretan kali ini sebegitu rupa.

Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu bahawa untuk memperolehi ilmu bukan sesuatu yang mudah kerana kita terpaksa berusaha untuk mendapatkannya. Usaha mungkin menerusi pelbagai cara seperti menerusi pembacaan atau menuntut ilmu secara berdepan dengan guru atau di dalam sukan dikenali sebagai jurulatih. Membaca sahaja tidak cukup atau tidak lengkap tanpa hadirnya seorang guru atau jurulatih. Kita mungkin pernah mendengar jika belajar hanya menerusi buku atau berbentuk tulisan, maka cendiakiawan mengatakan kita akan belajar dengan setan (maaf agak kasar bunyinya). Tetapi itu adalah hakikatnya. 

Oleh demikian berguru bersama jurulatih adalah yang terbaik untuk merungkai apa jua yang permasalahan dan persoalan. Mengenali guru atau jurulatih terlebih dahulu juga penting supaya ilmu yang bakal diperolehi bukannya ilmu yang sesat dan menyesatkan. Jurulatih yang bakal membantu kita perlu terlebih dahulu mengetahui latar belakangnya, ilmunya dan kriteria-kriteria tambahan yang ada kepada jurulatih tersebut sebagai nilai tambah. Atau mungkin juga menerusi cadangan-cadangan daripada mereka yang mengenali jurulatih berkenaan. Apabila sudah pasti, maka carilah peluang bertemu dan cuba mencungkil ilmu daripadanya sedalam mungkin untuk kebaikan kepada kita dan mungkin juga untuk generasi yang akan datang. Saya percaya setiap daripada kita akan menyampaikannya walaupun hanya sedikit. Itu sudah cukup sebagai titik permulaan sebelum mencapai ke peringkat seterusnya.

Tidak tahu kenapa tutup muka.... saya kira mungkin terharu agaknya.....

Berbalik kepada cerita yang hendak saya sampaikan adalah sedikit coretan berkisarkan pencarian info permainan karom. Kira-kira hampir 1 bulan yang lepas saya dihujani beberapa panggilan bertanya mengenai permainan karom dan kebanyakkan daripada mereka ingin mengetahui secara lebih terperinci. Rata-rata yang membuat panggilan ini adalah terdiri daripada guru-guru yang masih minat untuk terus menimba ilmu yang sedang menyambung pengajian di salah satu pusat pengajian tinggi. Guru-guru yang diberi peluang untuk meneruskan pengajian ini yang akan menambah koleksi sijil di samping memperbaiki diri ke satu tahap yang terbaik bukan sahaja untuk diri dan keluarga malah boleh berkongsi dengan anak bangsa di masa hadapan. Saya kira ini merupakan satu percaturan yang cukup menarik kerana guru-guru adalah pendidik dan paling tepat serta cukup sesuai untuk memberi pendedahan dan pencerahan bermula di sekolah-sekolah.

Sebelum itu Puan Zulaikah dan Puan Ayu telah emel kepada saya hasil penulisan yang mereka sediakan menerusi beberapa orang kawan yang mereka kenali. Tetapi apabila saya membaca kedua-duanya terdapat kecacatan yang cukup ketara kerana info yang tidak tepat. Saya memberitahu kepada mereka bahawa hasil kerja mereka kurang tepat dan memerlukan pencerahan supaya apa yang kita hendak persembahkan nanti mesti berlandaskan kebenaran. Oleh kerana isu ini menimbulkan sedikit kegusaran, maka mereka berdua ingin bertemu dan membuat temu janji untuk mendapatkan info yang sebenar. Saya terus bersetuju memandangkan ini juga salah satu peluang dan platform terbaik untuk diwar-warkan permainan karom ke peringkat yang lebih tertinggi. 

Saya terpaksa memilih waktu yang sesuai kerana dalam bulan tersebut saya terpaksa menjadi ketua pengadil di dua kejohanan iaitu satu untuk kejohanan di peringkat badan koprat dan satu lagi di peringkat peringkat kebangsaan. Oleh kerana info permainan karom penting bagi mereka, maka saya telah memberi satu tarikh yang sesuai untuk kedua-dua pihak. 

Panjang lebar dah cerita tapi anak murid tak tulis laa pulak... mungkin dah masuk ke dalam komputer agaknya.....

Alhamdullillah seperti yang dijanjikan mereka tiba di depan rumah saya tepat pada waktunya, tetapi memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, maka saya agak terlewat sedikit kerana kutbah yang disampaikan hari ini oleh Khatib cukup panjang tetapi menarik dan dipenuhi rasa keinsafan. Guru yang saya maksudkan adalah Puan Zulaikah dan Puan Ayu. Sampai sahaja di rumah ayat pertama saya ialah dengan memberi salam dan memohon maaf kerana menunggu saya dalam cuaca yang agak panas pada hari tersebut. Saya menjemput mereka masuk dan terus kepada intro sebagai permulaan. Mereka berdua bersusah payah datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan info yang tepat dan dijadikan bahan atau modal untuk dipersembahkan kepada pensyarah mereka yang memberikan tugasan menyentuh empat tajuk yang penting di dalam permainan karom.

Peringkat permulaan saya memberi sedikit pencerahan di antara Karom Malaysia dan Karom Antarabangsa. Pengenalan ini penting supaya tidak bercampur aduk apabila saya memberi info yang seterusnya kepada mereka dan mengetahui perbezaan di antara keduanya. Saya akan memberi tumpuan khusus kepada permainan Karom Antarabangsa kerana ini adalah bidang kepakaran saya. Dalam masa yang sama saya mengambil peluang keemasan ingin melihat satu anjakan paradigma kepada mereka berdua dan mungkin hasil kerja mereka akan membantu mempopulariti permainan ini suatu hari nanti.

Pelbagai soalan dilempar dan dilontar kepada sifu.....

Sebenarnya mereka mempunyai empat orang di dalam satu kumpulan tetapi dua daripada mereka tidak dapat menghadirikan diri kerana kekangan yang tidak tidak dapat dielakkan. Walau bagaimana saya sudah menyediakan info untuk mereka berdua yang bertajuk iaitu Sejarah permainan karom dan Peralatan lengkap pemainan karom. Saya merasakan kedua-kedua mereka ini akan tersenyum lebar kerana tugasan yang diberikan sudah berada di depan mata.

Manakala Pn Zulaikah akan mempersembahkan tugasan yang bertajuk Teknik Permainan Karom dan Puan ayu pula membawa tajuk Cara Permainan Karom. Untuk mereka berdua juga saya telah menyediakan notanya dan mereka akan lebih faham setelah melihat sendiri cara yang saya akan tunjukkan kepada mereka.

Sifu tenang sahaja menangkis dan menjawab satu demi satu.....

Sebelum menyambung sesi seterusnya kami berehat sebentar sambil minum petang yang disediakan oleh isteri saya. Peluang berehat diambil kesempatan berkenalan di antara mereka kerana isteri saya juga seorang guru. Selepas itu kami menyambung kembali sesi seterusnya yang masuk fasa terakhir. Mungkin mereka tidak faham kesemuanya kerana sesi express tetapi sebagai permulaan saya berkeyakinan mereka mmapu melakukannya bersama bantuan nota yang saya bekalkan kepada mereka.

Saya mengharapkan kumpulan mereka berjaya memberi satu persembahan yang terbaik dan memperolehi markah yang terbaik juga daripada usaha mereka yang tidak mengenal penat dan bersungguh-sungguh dalam pencarian ilmu. Syabas saya mengucapkan kepada mereka berdua dan teruskan usaha hingga berjaya.

Angkat tangan bukan tandanya marah tetapi aksi spontan semasa memberi penerangan kepada mereka berdua.

Saya cukup teruja dan dalam masa yang sama bersyukur kerana dengan kudrat yang ada sudah 6 kali rumah saya menjadi tempat pencerahan di dalam permainan karom antarabangsa. Saya merasakan sudah berjaya menjalankan tugas walaupun secara tidak rasmi untuk memwar-warkan permainan karom kepada masyarakat amnya. Blog saya juga banyak membantu terutama kepada peminat-peminat karom di tanah air yang selalu menelefon dan email kepada saya untuk mengetahui permainan ini secara lebih dekat.

Ini hanya termampu oleh saya kepada masyarakat untuk memberi pencerahan yang mungkin selama ini mereka hanya mendengar atau membaca menerusi internet atau melihat melalui yuotube sahaja. Sebenarnya tugas yang besar menanti andalah diri anda sendiri sebagai peminat karom. Saya hanya sebagai pencetus yang sudah menghampiri waktu senja.

Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa kita sebenarnya tidak akan menongkah langit selama-lamanya dan kita juga tidak akan berada di puncak selama-lamanya. Oleh demikian dengan ilmu yang ada kita perlu berkongsi bersama demi anak bangsa kerana bila kita sudah tiada di atas muka bumi sekurang-kurangnya ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang meminati sukan ini.

Dari jauh kami mengembara
Untuk mencari secebis ilmu
Jangan berhenti terus mara
Akhirnya pasti akan ketemu

Jangan berhenti terus mara
Akhirnya pasti akan ketemu
Penah lelah akan dirasa
Itu tanda pencari ilmu

Hanya sekadar itu buat coretan kali ini dan sehingga berjumpa lagi..... Ilmu tidak perlu disorok dan tidak perlu kedekut juga tidak perlu sombong apa yang kita ada.

'We gain the knowledge. We share the knowledge. We spread the knowledge."

Friday, November 7, 2014

ARKIB - PEMILIHAN PEMAIN JUPEM UNTUK KEJOHANAN NRE 2013


Tarikh: 02 March 2013
Hari: Sabtu
Tempat: JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kali ini saya berpeluang melihat sendiri pemilihan pemain-pemain JUPEM untuk mewakili Kejohanan Karom NRE 2013. Saya tidak dijemput secara rasmi dan pergi secara sukarela memandangkan hari ini saya tidak bekerja dan tiada urusan penting hari ini.

Saya tiba di Bangunan JUPEM sekitar 12:10 tengahari, agak terlewat sedikit tiba kerana kesesakkan di lebuhraya Utara-Selatan dan juga sedikit sesak di  tempat tinggal saya di Saujana Utama kerana kebetulan program santai bersama PM.

Saya berada di sana lebih kurang hampir satu jam lebih dan sempat juga memberi sedikit tips kepada pemain-pemain baru untuk mepelajari teknik-teknik permainan. Di harap selepas ini ramai yang akan hadir untuk menunjukkan bakat yang terpendam dan mengalahkan pemain yang lebih berpengalaman.

Berikut adalah paparan suasana pemilihan terakhir pasukan JUPEM untuk Kejohanan NRE 2013.