INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, July 8, 2015

TEMPAHAN MASUK LAGI...

Permintaan papan karom antarabangsa terus meningkat dan perubahan ini menunjukkan pesepsi kebanyakkan masyarakat sudah mula meminati dan menerima dengan baik. Saya melihat dua tiga tahun kebelakangan ini perubahan besar berlaku kerana peminat-peminat karom sudah membeli papan menerusi kelab sukan daripada swasta dan kerajaan. Saya juga turut teruja dimana individu-individu yang meminati karom juga turut sama membeli dan ingin mengetahui permainan ini lebih lanjut. Syabas saya ucapkan kepada mereka.
   
Usaha promosi permainan karom antarabangsa yang berterusan ketika kejohanan berlansung, ketika mengadakan bengkel dan semasa latihan intensif nampaknya hasilnya sudah kelihatan hari demi hari. Alhamdullillah walaupun bergerak secara bersendirian nampaknya cahaya sudah terbit di ufuk walaupun sinarnya belum memancar terang. In sha Allah dengan komitmen yang tinggi, konsisten dan beristiqamah ianya tidak mustahil amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 


Bersiap sedia untuk di hantar kepada pelangan.

Bungkusan ini juga bersiap sedia untuk di hantar kepada pelangan. 


Tempahan papan karom antarabangsa masih terus menerus dengan permintaan yang cukup tinggi sejak bulan Mei hingga bulan Juli. Jika momentum ini berterusan saya menjangka kerana stok kami akan mengucup dan pastinya tidak dapat menampung permintaan. Stok masih ada sedikit lagi dan saya menyarankan kepada yang beminat boleh menempah mulai dari sekarang kerana harga masih tidak berubah. Kemungkinanan besar saya terpaksa membawa masuk papan baru pada awal tahun hadapan dan harga juga akan turut meningkat mengikut keadaan semasa dimana hari ini kos perkhidmatan sudah meningkat naik. Kenaikkan kos barangan tidak dapat dielakkan kerana perubahan sosio ekonomi hari ini.

Walaupun mempunyai kelengkapan peralatan permainan tetapi ilmu tidak mencukupi juga tidak membawa apa-apa bermakna. Oleh sebab itu apabila permintaan papan karom bertambah, maka kursus dan latihan intensif juga turut sama meningkat. Ini bermakna rata-rata pembeli papan ingin mengetahui undang-undang dan cara permainan supaya mereka dapat bermain dengan lebih baik. Dengan cara ini juga perkembangan karom antarabangsa akan lebih positif di masa hadapan. 

Dalam mengejar kejayaan sudah pasti kedengaran suara-suara sumbang dari mereka yang tidak senang dengan kejayaan kita. Manusia sememangnya bersifat demikian iaitu hasad dan dengi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian. Untuk bergerak maju halangan-halangan seperti itu membuatkan kita sebenarnya bertambah kuat dan lebih matang untuk mempersiapkan diri bergerak terus ke hadapan. Dalam masa yang sama kita juga dapat mengenali kawan yang sebenar atau pun lawan yang tidak senang dengan pencapaian kita.

Kita tinggalkan episod yang membengkak dan membusuk ini dan seperti kata-kata peribahasa "Biar si luncai terjun dengan labu-labunya". Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada peminta-peminat karom di tanah air demi demi perkembangan sukan untuk negara di masa hadapan.

"Be positive what you are been doing"

No comments:

Post a Comment