INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2015

LATIHAN INTENSIF PASUKAN ATM

Tarikh: 4 dan 5 Jul 2015 / 1 dan 2 Ogos 2015
Tempat: Rumah Kelab Sukan ATM

Sukan memerlukan kefahaman undang-undang permainan dan kemahiran teknik di dalam permainan. Undang-undang permainan mengawal pemain daripada melakukan kesalahan dan di kenakan penalti, manakala teknik permainan pula adalah cara untuk bermain dengan betul dan bersistematik. Ianya dua perkara yang berbeza tetapi jika pemain mendapat kedua-duanya adalah lebih baik dan merupakan bonus kepada mereka.

Sebenarnya kefahaman asas undang-undang yang bagus sudah memadai untuk bermain dengan sempurna di dalam perlawanan. Apabila pemain sudah menguasai asas undang-undang permainan, maka ianya sudah cukup untuk bermain dengan yakin dan tidak melakukan kesalahan asas dalam perlawanan. Bila pemain tidak melakukan kesalahan dan tidak dikenakan penalti, maka mereka akan bermain tanpa tekanan daripada situasi tersebut.

Oleh demikian mengikuti latihan adalah cukup penting untuk membentuk pemain-pemain supaya mengetahui selok belok sukan yang diceburi. Karom tidak terkecuali dan perlu juga mengikuti latihan yang khusus untuk mendalami undang-undang permainan dan meningkatkan teknik. Mungkin bagi setengah pihak yang berpendapat ianya tidak perlu kerana bermain karom hanya duduk dan jentik sahaja. Sebenarnya permainan karom mempunyai seni yang tersendiri yang perlu di ketahui dengan jelas. Bila sudah mengetahui, maka anda lebih seronok untuk bermain.











Saya berterimakasih kepada pengurusan tertinggi terutama LT Col Mustapha sebagai setiausaha Majlis Sukan Aangkatan Tentera kerana memberi peluang kepada pemain-pemain ATM untuk mengikuti kursus secara formal di dalam permainan karom antarabangsa. Hanya mengikuti kursus dan menerima latihan yang bersistematik sahaja adalah peluang terbaik umtuk memberi pendedahan ke arah kesempurnaan dan mantap di dalam permainan. Pelatih-pelatih berpeluang bukan sahaja melihat secara lansung teknik-teknik yang diajarkan tetapi dalam masa yang sama boleh berkomunikasi dengan jurulatih untuk bertanya apa jua kemuskilan yang selama ini tidak berpeluang. Bersama jurulatih adalah saat yang tidak patut dipersiakan dan peluang keemasan ini perlu diambil oleh pelatih-pelatih untuk meningkat kefahaman dan kemahiran mereka. 

Mengikut pemain senior ATM pada tahun ini, pihak pengurusan meletakkan harapan yang cukup tinggi dan mensasarkan pasukan lelaki menjuarai peringkat kumpulan. Secara peribadi saya berkeyakinan mereka mampu untuk muncul juara kumpulan pada tahun ini dan in sah Allah saya pasti mereka boleh melangkah jauh di masa hadapan dengan menerapan yang diberikan. Mengimbas kembali pada tahun 2013 pasukan ATM lelaki pernah memasuki peringkat akhir di Kejohanan Karom MAKSWIP dan mendapat tempat kedua. 

Manakala pasukan wanita agak berbeza kerana rata-rata masih terlalu baru dan jentikkan mereka masih lagi lemah. Tetapi jika mereka mengambil inisiatif untuk memajukan diri dan mengikuti modul latihan yang diberikan saya percaya pasukan ATM wanita juga mampu mengikuti jejak pasukan lelaki. Untuk sampai ke tahap tersebut mereka perlu bermula dari sekarang dan menjalani latihan bersungguh-sungguh dan berdisplin dalam latihan.

Perjalanan pasukan wanita yang masih jauh dan terpaksa menempuh ranjau dan duri untuk sampai kepada sasarannya. Mereka perlu menanam sifat ingin tah dan tidak mudah mengalah dalam lathan. Saya berpendapat mereka mampu melakukannya dengan mengikuti modul-modul latihan secara berterusan dan sentiasa positif dan jangan ada sifat negatif. 












Jurulatih sudah memberi yang terbaik kepada pelatih-pelatih dan selebihnya mereka sendiri perlu mengikuti modul-modul latihan yang diberikan untuk meningkat keupayaan dari pelbagai sudut. Latihan yang berterusan adalah yang terbaik walaupun tidak diawasi oleh jurulatih. Inilah displin yang perlu diterap kepada setiap pelatih untuk mereka muncul sebagai pasukan yang disegani di masa hadapan. Tambahan pula dengan kenudahan yang sedia ada sepatutnya mereka mengisi masa yang terluang kepada latihan dan menafaat sepenuhnya kemudahan tersebut.  

Latihan mesti berterusan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, malah tahun demi tahun. Untuk mendapatkan kemahiran tinggi tiada jalan mudah dan mereka sendiri perlu berusaha ke arah tersebut.

Selamat maju jaya dan saya ingin lihat pasukan ini melakukan perubahan di masa hadapan. Jangan salahkan orang lain jika kita gagal mencapai kejayaan, tetapi anda perlu bertanya kepada diri sendiri iaitu adakah mencukupi latihan yang anda jalani dan juga adakah mengikut seperti arahan daripada jurulatih melalui modul-modul latihan yang diberikan.

Cuba melakukan yang terbaik setiap kali dalam latihan dan bermain seperti anda sedang menghadapi lawan yang sebenar. Dalam latihan anda perlu komitmen yang cukup tinggi dan sentiasa fokus dalam latihan. Tiada halangan dan mustahil dalam mengharungi kejayaan, cuma yang pasti kekangan adalah daripada diri anda sendiri. Seperti pepatah orang tua-tua dahulu, tepuk dada tanya hati anda...

"We gain the knowledge. We share the knowledge"

No comments:

Post a Comment