Malam Pertama hari Isnin (17 Ogos 2015)
Sahabat
dari Sarawak (Nawi, Abdul Rahman, Syahrizal dan Azzmi) dan Kedah (Zukiman) berkunjung ke rumah untuk melihat sendiri papan karom
yang terbaik di pasaran ketika ini. Sebenarnya Sarawak sudah memiliki hampir
kesemua model menerusi dua jenama terkenal yang selalu menjadi pilihan utama di
peringkat kejohanan antarabangsa. Apa yang perlu mereka lakukan adalah berlatih
dengan modul-modul yang betul untuk ke tahap yang lebih baik dari sekarang.
Kecekapan dan kepandaian tidak datang bergolek tetapi menerusi hasil daripada
latihan sistematik yang berterusan.
Mereka sebenarnya berkunjung ke rumah saya secara kebetulan kerana pasukan mereka bertanding di kejohanan sukan kakitangan universiti Malaysia. Kebetulan berada di Shah Alam jadi mereka mengambil peluang untuk menjengok dan sambil mencari pencerahan di dalam permainan karom.
Nawi berminat untuk menabah koleksi...
Mencari pengalaman bermain di atas Precise Elegant Bulldog.
Zukiman berada di hadapan papan karom yang terbaik Precise Elegant ROSY. Beliau melihat kesemua model papan karom terdiri daripada Precise Elegant Champion, Precise Elegant Bulldog dan Synco Premium Champion.
Pelbagai soalan yang diajukan untuk mencari jawapan...
Sahabat
merakam gambar bersama Piala yang di menangi ketika mengambil bahagian semasa
World Cup 2006 DiNew Delhi, India dan World Championship 2015 di Colombo, Sri
Lanka. Walaupun hadiah ini bukanlah hadiah utama kejohanan tetapi pencapaian
khas ini cukup bermakna bagi seorang pemain Malaysia yang dianggap kerdil di
dalam dunia karom antarabangsa di peringkat dunia. Ini adalah pencapain terbaik
dan kenangan abadi dalam karier seorang pemain karom ketika mewakili Malaysia di pentas dunia.
Malam Terakhir hari Jumaat (21 Ogos 2015)
Terima
kasih kepada sahabat dari Sarawak yang membawa buah tangan ikan terubok masin,
kek lapis sarawak dan undang gau (udang halus). Kepada mereka teruskan latihan
yang lebih bersistematik dan memberi komitmen di tahap terbaik.
Berjumpa lagi...
Berjumpa lagi...
No comments:
Post a Comment