INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Saturday, May 20, 2017

PERGINYA SEORANG TEMAN DAN PEMAIN KAROM YANG SETIA

Bermula dengan ucapan Innalillahiwainnahilairojiun.

Pada pagi Isnin 1 Mei 2017 saya menerima pesanan ringkas jam 7.48 pagi dari kawan mengenai seorang sahabat yang saya memanggil beliau dengan panggilan Kak J telah pergi mengadap Illahi. Saya terkejut dan terkedu sebentar. Sebagai kawan sepasukan saya turut merasa sedih di atas pemergian arwah. Allahyarhamah menemui penciptanya sekitar 10.30 malam di Hospital Pulau Pinang. Arwah adalah seorang peminat dan pemain tegar sukan karom.

Saya diberitahu Allahyarhammah mengidapi kanser payu dara sejak tahun 2015. Pada tahun 2016 Allahyarhamah mengambil cuti sakit sehingga bersara pada 1 Ogos 2016. Sepatutnya Allahyarhamah bersara wajib pada penhujung tahun 2016 tetapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan Allahyarhamah mengambil keputusan bersara awal. Allahyarhamah bertugas di JUPEM dan jawatan terakhir adalah sebagai Pengarah Ukur J52.

Kali pertama Allahyarhamah mewakili Malaysia di pentas dunia di Kejohanan World Carrom Championship pada tahun 2012 di Colombo, Sri Lanka. Allahyarhamah juga mewakili negara ketika Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan International Carrom Federation Cup 2015. Kali terakhir Allahyarhamah mewakili Malaysia di kejohanan World Carrom Championship 2016 di Birmingham, United Kingdom. Kenangan bersama masih lagi terasa dan kami tidak akan lupa senyuman dan keramahan Allahyarhamah.

Dan kini dengan pergi Allahyarhamah pasukan karom Malaysia kehilangan seorang pemain yang cukup komited dengan sukan yang arwah ceburi sehingga membawa ke penhujung usia. Di samping itu juga menjadi Allahyarhamah merupakan salah seorang pemain tetap kepada pasukan JUPEM Kuala Lumpur di kejohanan PESUMA dan mewakili JUPEM Malaysia di kejohanan sukan NRE.

 
Hari pemilihan
Semasa penyerahan bendera di OCM

 
Sebelum berlepas dari KLIA

Hari pertama kejohanan sebelum ke gelanggang
Kak J berpasangan dengan Suzana menentang pasangan dari Sri Lanka




Hari terakhir dan malam penyampaian hadiah kejohanan
Kami bersiap sedia untuk melancung sekitar London

Menjamu selera "Fish & Chips" berhampiran Tower Bridge

Ada cerita menarik yang kami kongsi bersama...

  Kenangan manis bersama kak J dan pasukan wanita di Kota London 
Ketika di Tower Bridge



Saat ketibaan di Lapangan KLIA

Senyuman yang terakhir daripada Kak J

Sahabat datang dan pergi
Bergurau senda tidak mengata
Terkejut pesanan awal pagi
Hilang sahabat menemui Pencipta

Terkejut pesanan awal pagi
Hilang sahabat menemui Pencipta
Pastinya tidak bersama lagi
Iringan doa nukilan kata

Pastinya tidak bersama lagi
Iringan doa nukilan kata
Kami juga menyusul pergi
Entah bila menutup mata


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa Neraka."
Yang tinggal hanya berdoa kepada Maha Berkuasa supaya mencurahkan rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Marilah kita sama-sama bersedekah ke atas rohnya dengan membaca AlFatihah…


Tuesday, April 11, 2017

BERMAIN KAROM MENGUNAKAN KAKI


Sukan adalah satu cara yang baik untuk menjaga kesihatan menjadi lebih sihat dan aktif. Latihan di dalam sukan adalah kitaran yang memerlukan badan yang sihat membawa kepada kecergasan dan seterusnya dapat memberi kesihatan yang sempurna. Sukan adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang meningkatkan kecergasan badan dan keupayaan diri seseorang.

Sukan juga memerlukan orang yang benar-benar sihat dan dapat menahan dengan penuh kesabaran ketika menjalani ujian dan latihan. Tetapi, adakah ini bermakna bahawa mereka yang mempunyai kecacatan fizikal tidak boleh melibatkan diri di dalam acara sukan? Sesungguhnya terdapat orang cedera dan mengalami masalah fizikal dan mereka ini dipanggil orang kurang upaya. Tetapi, ramai juga orang kurang upaya yang sejak lahir lagi mereka sudah ditakdirkan jadi begitu dengan ketentuan yang Maha Esa. Orang kurang upaya telah dipaparkan penuh keberanian dan bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam sukan walaupun fizikal mereka yang agak terhad dan mereka cuba mengatasi masalah fizikal mereka.

Sesetengah orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan penglihatan, cacat fizikal atau masalah pendengaran tetapi ada di antara yang minat di bidang sukan. Hari ini dunia telah meniktiraf sukan orang kurang upaya dengan mengujudkan pelbagai jenis acara sukan sehingga ke peringkat yang tertinggi seperti paralimpik. Mereka ini diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan juga dapat mengharumkan nama negara.

Sukan orang kurang upaya semestinya sukan yang bersesuaian dengan keadaan fizikal dan intelek mereka. Walau bagaimanapun, tidak semua sukan orang normal dapat direalisasikan oleh orang kurang upaya kurang kerana kekangan kekangan yang lain.

Di sini penulis ingin memaparkan kisah seorang kurang upaya yang tiada kedua-dua tangan tetapi masih mampu bermain karom. Seperti ramai yang mengetahui bahawa permainan karom adalah dengan mengunakan tangan dan jari sebagai pancaindera utama mengerakkan striker. Kalau sekali imbas di dalam kotak fikiran yang normal begitulah kalau ingin bermain karom. Tetapi hari ini tidak lagi kerana terbukti anggota badan yang lain juga boleh digunakan untuk bermain karom jika kedua-dua anggota tangan tiada keupayaan atau lebih tepat bagi orang yang tidak mempunyai kedua-dua tangan. 

Ini dibuktikan oleh seorang peminat karom di India yang tidak mempunyai tangan tetapi masih mampu bermain dengan baik. Beliau adalah Harshad Gothankar daripada K. J. Somaiya College of Arts and Commerce. Sila lihat video di bawah bagaimana beliau bermain karom dengan hanya mengunakan kaki sahaja. 

Kebolehan yang luar biasa Harshad Gothankar kerana bermain karom tidak mengunakan jari tangan tetapi mengunakan jari kaki.


Komentar penulis:

Minat sebenarnya mengatasi segala-galanya dan tiada alasan atau halangan kepada sesiapa yang ingin melakukan sesuatu walaupun pada zahirnya dilihat sebagai mustahil untuk dicapai di mata orang lain. Seperti peribahasa melayu mengatakan "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan." 

Saturday, February 4, 2017

PLAY CARROM ANYWHERE AND ANY SURFACE

Courtesy by Dr Neeraj Sampathy

How true! It is the memories which make the game special. The curiosity, the struggle, the pleasure, the sense of achievement, the disappointment, the frustration, the successful moments, the excitement when you realize your potential and then the unending efforts to convert your potential into performance and of course the camaraderie - that is what the game is about.

Thanks Santhosh for the wonderful picture.

These kids are hardcore and truly carrom lovers


My comment: If there is interest and effort such as children's play carrom (see the picture above) no matter how it will become a reality. This shows that there is no barrier although the real equipment does not exist. Children like these will make them the best players in the future if they are well trained and guided.

What are the formulas to make you perfect and the best players? Well... First you need to fall in love, passion and lastly required systematic way of training assisted by experienced coach. Once you have embraced the skills, techniques and laws of carrom than you’ll see the light of the other side of the tunnel. To keep your momentum going you need to work harder by yourself in order climb to the top.

No short cut and no miracles to achieve the goals. The miracles are in you…

TEROKA BAKAT BOLASEPAK BAHARU

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/sukan/teroka-bakat-bola-sepak-baharu-1.430406
13 SEPTEMBER 2015


Perdana Menteri Datuk Seri Najib (kanan) bersama tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melihat perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat hari ini. - Foto Bernama

Kerajaan komited untuk membantu memperkasakan sukan bola sepak di negara ini dengan menyokong program pembangunan sukan itu di peringkat akar umbi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Perdana Menteri berkata, program seperti Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), yang diilhamkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, adalah antara antara platfom terbaik program pembangunan yang perlu diketengahkan untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu yang berkualiti.
   
"Bola sepak bukan sahaja permainan yang perlu diperkembangkan di peringkat akar umbi tetapi pelan pembangunan untuk ketengahkan bakat baharu yang berpotensi juga perlu dilakukan.
   
"Program ini tidak boleh dibiarkan dengan sendirinya tetapi perlu dilaksana dengan kaedah saintifik dan profesional, barulah dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu yang berkualiti," kata Najib.
   
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan LBR di Dataran Pekan di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah.
   
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, Pengerusi Bank Rakyat Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Johari Hussain.
   
Bagi menterjemahkan sokongan itu, Najib berkata, kerajaan pusat dengan Bank Rakyat bersedia menyalurkan peruntukan RM10 juta dalam tempoh tiga tahun kepada liga berkenaan.
   
Menurutnya, negara sehingga kini masih kekurangan platfom untuk mencungkil pemain baru di peringkat akar umbi.
   
"Walaupun kita pernah jadi juara AFF Suzuki beberapa tahun lepas, tetapi kita lihat 70 peratus daripada pemainnya datang dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Dalam erti kata lain saluran melahirkan bakat-bakat baharu terlalu sempit dan terhad serta tidak ada sumber menyeluruh.
   
"Sebab itu, apabila Tengku Abdullah mengemukakan cadangan bahawa LBR adalah untuk memperkasakan bakat baharu, secara spontan saya nyatakan persetujuan kerana ia baik untuk pembangunan sukan bola sepak negara ini," kata Najib.
   
Katanya untuk melonjakkan kembali sukan bola sepak di negara ini, sepatutnya lebih banyak pihak tampil membantu program pembangunan sukan itu dan bukan hanya tahu mengkritik.
   
Dalam masa yang sama, Najib berharap pemain-pemain muda yang menyertai LBR supaya tidak hanya memfokuskan misi untuk mendapatkan piala liga ini namun harus menjadikannya sebagai medium terbaik untuk mengembangkan bakat mereka.
   
Najib berkata, beliau sendiri akan memantau perkembangan liga tersebut dengan mendapatkan laporannya dari semasa ke semasa.
   
LBR diilhamkan Tengku Abdullah dengan objektif untuk mengembangkan permainan bola sepak secara bersistematik selain menjadi insitusi yang mampu melahirkan pemain berpotensi untuk beraksi dalam skuad negara.   

Sebanyak 111 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan bertaraf amatur ini dan pembahagian pasukan akan dilakukan mengikut zon dengan melibatkan 520 perlawanan. - Bernama



Komen penulis: Sebuah kerajaan melalui pilihan demokrasi di dalam setiap negara hari ini adalah diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai pentadbir urus yang cekap dan adil kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Tugasannya adalah menyeluruh bermula kepada sosial budaya, sosial ekonomi, pembangunan negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sektor sukan tidak terkecuali dengan keprihatinan kerajaan sehingga melibatkan dana yang agak besar di dalam pembangunan sukan negara. 

Hari ini pembangunan sukan cukup penting kepada sesebuah negara dan ianya juga sebagai salah satu penanda aras mercu kejayaan. Malaysia tidak terkecuali di dalam pembangunan sukan sehingga berjaya menonjol beberapa ahli sukan yang menggondol kejayaan besar di peringkat antarabangsa seperti mencipta nama dan membawa gelaran 'World No. 1' di dalam sukan Badminton dan Squash. Tidak ketinggalan juga mencipta di dalam beberapa sukan yang lain seperti sukan berbasikal, bina badan, permotoran dan baru-baru ini anak Malaysia mencipta nama di dalam dunia sukan tinju yang mengondol Juara World Boxing Council (WBC) Asia 2016 bagi kategori light heavyweight.

Cuma apa yang dikesalkan adalah hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang diberi penekanan, perhatian dan pembangunannya, tetapi tidak menyeluruh kepada sukan-sukan lain yang mungkin dilihat sebagai sukan sampingan sahaja. Ada sesetengah sukan dan kejayaan yang dicapai oleh ahli sukan ditanggung oleh individu tertentu demi mencari kejayaan dan mengharumkan negara tanpa keprihatinan kerajaan yang memerintah.

Secara peribadi sebenarnya semua jenis sukan adalah penting dan perlu dilihat secara holistik pembangunan sukan negara. Jangan hanya cenderung kepada sukan teras yang telah diwartakan pihak kerajaan menerusi Kementerian Sukan Belia dan Sukan. Keadilan dan kesaksamaan di dalam pembahagian dana adalah perlu dilihat oleh kerajaan dan badan yang dipertanggungjawabkan supaya sukan lain tidak dianak tirikan dan terus tercicir di dalam senarai pembangunan sukan negara. Jangan melihat sukan yang dianggap tidak penting dengan memandang sebelah mata sahaja dan cuba menidakkan kewujudan sukan-sukan tersebut. Kepada mereka-mereka yang dipertanggunggjawabkan hendaklah berlaku adil dan melihat secara jujur dan bukan hanya duduk dikerusi empuk hingga terlupa apa yang ada di bawah hamparan karpet pejabat yang tebal.

Ayuh!!!... Lakukan perubahan minda dan sikap mulai dari sekarang sebelum terlambat bermula dengan diri sendiri, peminat sukan, pemimpin sukan dan seterusnya pihak yang berwajib untuk menentukan arah tuju pembangunan sukan negara.

Anda adalah pengerak utama untuk melakukan perubahan hingga ke dasar...

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2017

Tarikh: 20/01 – 22/01/2017
Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Buat pertama kali MAKSAK sendiri mengambil tugas sebagai pihak penganjur untuk Kejohanan Karom kali ini. Kejohanan kali ini dua negeri tidak dapat turut serta iaitu Sarawak dan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan sudah lama tidak menyertai kejohanan karom MAKSAK sejak 2013 lagi. 

Jadual kejohanan bermula pada hari Jumaat sehingga hari ahad di mana perlawanan akhir diadakan. Sebenarnya petang Khamis program kejohanan sudah dimulakan dengan mengadakan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

SESI TAKLIMAT KEJOHANAN KAROM DAN CATUR DARIPADA MAKSAK






SESI TEKNIKAL BERSAMA KETUA PENGADIL KAROM


Pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan seperti berikut:

Kategori Pasukan Lelaki
Kumpulan A: WPKL, ATM, Sabah dan Labuan
Kumpulan B: Kedah, Penjara, Pulau Pinang dan Melaka
Kumpulan C: Selangor, Perlis, PDRM dan Kelantan
Kumpulan D: Terengganu, Pahang, Johor dan Perak

Kategori Pasukan Wanita
Kumpulan A: Selangor, Labuan, Penjara dan Perak
Kumpulan B: Trengganu, WPKL, Pulau Pinang dan Sabah
Kumpulan C: Perlis, ATM, Melada dan Kedah
Kumpulan D: Johor, Pahang, Kelantan dan PDRM












SUASANA KEJOHANAN DI GELANGGANG



 





























 

PERLAWANAN SUKU AKHIR PASUKAN LELAKI
Perlawanan pertama: WPKL (2) vs Perlis (0)
Perlawanan kedua: Perak (2) vs Pulau Pinang (1)
Perlawanan ketiga: Kedah (2) vs Johor (0)
Perlawanan keempat: Selangor (2) vs Sabah (1)

PERLAWANAN SUKU AKHIR PASUKAN WANITA
Perlawanan pertama: Selangor (2) vs Perlis (0)
Perlawanan kedua: Johor (2) vs Pulau Pinang (0)
Perlawanan ketiga: WPKL (2) vs Pahang (0)
Perlawanan keempat: Kedah (2) vs Perak (0)

-----------------------------------------------------------------------------------
PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PASUKAN LELAKI
Perlawanan pertama: WPKL (2) vs Perak (0)
Perlawanan kedua: Kedah (1) vs Selangor (2)

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PASUKAN WANITA
Perlawanan pertama: Selangor (0) vs Johor (2)
Perlawanan kedua: WPKL (2) vs Kedah (1) 

-----------------------------------------------------------------------------------
PERLAWANAN AKHIR PASUKAN LELAKI
WPKL (2) vs Selangor (0)

PERLAWANAN AKHIR PASUKAN WANITA
WPKL (2) vs Johor (1)

-----------------------------------------------------------------------------------
KEPUTUSAN RASMI PASUKAN LELAKI
Johan - WPKL
Naib Johan - Selangor
Ketiga - Kedah dan Perak

KEPUTUSAN RASMI PASUKAN WANITA
Johan - WPKL
Naib Johan - Johor
Ketiga - Kedah dan Selangor



Pasukan WP Kuala Lumpur

 Pasukan Selangor

Pasukan Johor





Cenderamata kepada pengurus Perak En. Wan Khairul Fauzee

Pasukan Perak


 Pasukan Kelantan




 Pasukan Labuan



Pasukan WPKL muncul juara kategori Lelaki dan Wanita


Secara keseluruhan nampaknya pemain-pemain yang mewakili pasukan masing-masing menunjukkan ada peningkatan dari segi undang-undang permainan dan teknik permainan. Diharap di masa akan datang pemain-pemain terus menunjukkan permainan yang lebih bagus lagi dari sekarang. Peningkatan ini perlu kerana untuk melangkah ke arah permainan yang lebih kompetitif iaitu menerusi 'Best of 3 games'. Perkara ini tidak mustahil untuk diperkenalkan jika pemain-pemain bermain dengan skil permainan yang tinggi. tetapi selagi teknik permainan masih ditahap sekarang, maka hasrat beberapa pasukan untuk bertanding menerusi "Best of 3 games' tidak akan tercapai.

Memandangkan Kejohanan Karom Maksak hanya setahun sekali dan kejohanan Karom Antarbangsa juga tidak dapat dianjurkan kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh Persatuan. Oleh itu saya menyarankan kepada pemain-pemain di negeri masing-masing mengadakan pertandingan secara kompetitif sesama mereka untuk meningkatkan mutu permainan di antara mereka. Usaha ini perlu dilakukan demi mengasah bakat yang ada dan dalam masa yang sama mencari muka-muka baru yang berkebolehan untuk diserapkan ke dalam pasukan. Lebih baik lagi di peringkat negeri-negeri mengadakan kursus untuk mencari pelapis-pelapis dan menambah ilmu ke arah pembangunan sukan karom antarabangsa di Malaysia. Oleh kerana anda sudah menceburi di dalam sukan ini, maka anda jugalah sepatutnya memikirkan sesuatu ke arah perkembangannya secara lebih positif. Usaha ini perlu dilaksanakan demi kesuburan dan penerimaan karom antarabangsa di mata masyarakat secara amnya.




 Bersama En. Ghazali Pengurus Pahang atau nama glamour 'Jack' teman lama semasa di sekolah menengah berjumpa di gelanggang karom.

Saya mengucapkan setinggi terimakasih kepada Pengurus Kelantan En. Wan Azizan, Pengurus Perak En. Wan Khairul Faizee, Pengurus Labuan En. Muhamad Fariz dan Pengurus WPKL En. Roslan kerana memberi gambar kejohanan dan pasukan masing-masing di atas permintaan saya. Tahun ini saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar perlawanan kerana menjadi pengadil sepenuh masa. Kekangan tugas tidak dapat dielakkan dan gambar-gambar adalah belas ihsan daripada kawn-kawan. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang memberi input yang cukup berguna. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang, selamat maju jaya dan pastikan jari jemari anda terus menjentik.

Buah karom di atas papan
Habis dahulu jadi pemenang
Harap bertemu di tahun hadapan
Rekod yang bagus dapat dikenang


"KAROM UNTUK SEMUA"