INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Sunday, May 3, 2020

IMPORTANT MESSAGE FROM ICF PRESIDENT


Dear carrom lovers all over the world,

These for sure are special times, new for all of us!

So, right away, let me start with the sad news, news I am sure you all have expected; there will be no international tournaments this year! In Europe we had to cancel the Eurocup to be held in Poland, and our dear friends from Malaysia also had to cancel the WC 2020!

Both events are rescheduled in 2021!

While it is sad, it has become reality across all sports!

But now to the good news: this is a huge chance for our game! We have found formats to challenge each other online! We have connected so much in these times and it is just amazing to see that! So many top players and world champions can be seen playing live on a daily basis! Tournaments within Indian states, the US, Sri Lanka, Bangladesh and we here in Europe compete for the third time already!

So, I encourage you all to practice, carry on with these formats and our goal should be to have big online events this summer. We for sure plan a Eurocup, I think a continental tournament would be an option and around mid-September as a highlight an ICF format event! Think about disciplines, about something new, come forward with your ideas and let us just enjoy this game through tons of live videos!

As always, I will try to support and come up with some special prizes for the ICF event!

Let us use this time to refocus on the true values in life, recharge our batteries, stay with our loved ones and practice the best game there is, our carrom!

I assure you I spent more time at the table than the last few years together and I love it!

In this sense, I wish you all a wonderful time and; stay safe, stay home and play carrom!

Virtual hugs to everybody!


Your president ICF,

Josef Meyer!
1 Mei 2020, 11.14 pm


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Comment from the writer,

Malaysia is fortunate enough to host a prestigious tournament, the Carrom World Championship 2020. The bid to host has been announced following the completion of the Carrom World Cup tournament on August 29th, 2018 in Chuncheon, South Korea. This Carrom World Championship is the 8th time since the 7th tournament that took place in Birmingham, United Kingdom from November 7th to November 11th, 2016.

Malaysia has already set the tournament from September 16th to September 20th, 2020. This date has been unanimously approved by the members of the Malaysian Carrom Association as it celebrates Malaysia Day on September 16th. Malaysia as a host is looking forward to the date of the tournament and has been working since the day one when the international carrom federation has given the opportunity to host it.

The tournament, however, had to be postponed due to the pandemic corona virus (covid-19) spreading all over the world. Due to this covid-19 disease, the tournament had to be postponed until further notice. If everything back to normal, most likely next year but a date has not yet been set. To the Malaysian carrom fans please wait patiently for the new date that will announce later.

The writer personally sees the current situation is also gives advantage to Malaysia as a host for the first time to be well prepared. On top of that local carrom players have more time to train and enhance their skills for the future.

Lastly, I hope the local carrom lovers who wants to know more details and explore about international carrom, please contact the writer if you need the equipment, coaching and advise.

For time being please stay focus, stay alert and stay healthy.

"In the search for something you need to have a positive direction to make the search more meaningful to you. Once you've found it, hold it tight so it doesn't fall out of your hand."

Thursday, April 23, 2020

RAMADHAN ALMUBARAK

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Penulis mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca yang beragama Islam khususnya dan semoga dapat bertaqwa kepada Illahi di bulan yang penuh barakah ini. Jangan lupa perbanyakkan sedekah dan amalan yang berfaedah dan jauhi perkara-perkara mungkar yang membawa batalnya puasa kita. Akhir sekali mungkin menjadi sejarah dalam hidup kita pada tahun ini kerana wabak covid-19 yang melanda satu dunia terpaksa bertarawih di rumah bersama keluarga tersayang. Walau bagaimanapun yang pasti hanya Allah yang Maha tahu hikmah apakah yang diturunkan kepada hamba untuk direnungi dan muhasabah diri. Marilah kita bersama-sama sebagai hamba yang lemah berdoa kepada Illahi semoga perjalanan hidup kita seperti biasa dengan kadar segera dengan izinNya, in shaa Allah…

Bulan Ramadhan akan kembali
Bulan dipenuhi amal ibadat
Jangan kita abai dan lali
Nanti tidak sempat nak bertaubat

Jangan kita abai dan lali
Nanti tidak sempat nak bertaubat
Bila Ramadhan sudah kembali
Teruskan amal ibadat yang terhebat

 

Monday, March 23, 2020

MENGHAYATI KETIKA BERMAIN KAROM

Ramai di antara kita suka bersukan atau hanya suka menonton sukan samada secara lansung atau menerusi media. Bagi yang suka menonton sukan, mereka hanya seronok melalui penglihatan begitu sahaja tanpa menjiwai sebenar permainan tersebut. Tetapi bagi yang suka bersukan mereka akan merasai dan menjiwai sukan yang mereka minati bukan hanya sekadar menerusi penglihatan tetapi mereka terlibat secara lansung dan bermain dengannya.

Apabila minat timbul di dalam diri seseorang, ini menjadi lebih mudah untuk dibentuk menjadi  pemain yang berdisplin. Displin merupakan salah satu cabang yang penting di dalam pembangunan individu dalam bersukan. Bila displin sudah ada di dalam diri, maka pemain akan mengikut arahan dan saranan dari pihak pengurusan untuk membangunkan pasukan ke arah lebih cemerlang. Untuk mencapai kejayaan mudah mudah, tetapi displin akan membantu ke arah yang lebih positif.

Ada sesetengah pemain yang terlalu minat sukan tersebut sehingga sanggup mengumpul wang untuk membeli peralatan permainan sebagai kenangan atau lebih dari itu mereka mengambil inisiatif mengunakannya untuk berlatih. Menyentuh dalam permainan karom khususnya mereka yang minat dan mempunyai peralatan sendiri, sebenarnya mereka lebih komited untuk membangunkan kemahiran diri dan ingin berjaya di bidangnya. Pemain seperti ini akan berlatih jika ada ruang waktu untuk membangun skil dan kemantapan dalam teknik permainan. Jika di tanya pemain-pemain terbaik di dunia pasti mereka mempunyai peralatan sendiri di rumah untuk berlatih mengikut masa mereka demi membangunkan kebolehan dalam permainan. Latihan bersendirian cukup penting untuk menambah baik dari segi ketepatan dan memasukkan buah karom ke dalam saku.


Kesempatan waktu yang ada mereka manfaatkan bersama demi minat yang ada di dalam diri mereka. Sebenarnya pemain yang bagus bermula di sini...

Mereka begitu komited dalam permainan karom sehingga anda boleh melihat sendiri bagaimana kesudahannya. Hanya pemain sahaja yang tahu bagaimana seronoknya bermain karom dan anda bagaimana pula...

"Jangan takut melakukan kesalahan kerana kesalahan mengajar dalam proses mencari pembetulan" 

Sunday, March 22, 2020

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2020

Tarikh: 13 - 15 March 2020
Tempat: Hotel Ixora, Seberang Perai & Mydin Mall Bukit Mertajam.
Penganjur: MAKSAK Malaysia


Kejohanan karom MAKSAK tahun ini dilansungkan buat kali kedua di Pulau Pinang cuma bezanya kali ini di Seberang Prai. Ruangan untuk gelanggang kejohanan di sediakan hanya mencukupi untuk susunan papan dan pemain yang bermain sahaja kerana ruangan agak terhad dan kompak. Hanya beberapa penyokong atau penonton berpeluang untuk melihat kejohanan berlansung. Secara peribadi gelanggang kejohanan yang sesuai sekiranya pemain-pemain dan penyokong turut serta melihat di samping mempelajari sesuatu semasa perlawanann berlansung. Pemain dan penyokong juga boleh mempelajari sesuatu dari pengadil yang bertugas untuk menambah ilmu dari segi mengendalikan kejohanan di masa hadapan.  

Berikut adalah kumpulan lelaki perpasukan:

KUMPULAN A
1. SELANGOR
2. SABAH
3. KELANTAN
4. PDRM

KUMPULAN B
1. WPKL
2. MELAKA
3. PAHANG
4. KEDAH

KUMPULAN C
1. JOHOR
2. PERLIS
3. TERENGGANU
4. ATM

KUMPULAN D
1. PERAK
2. PENJARA
3. PULAU PINANG
4. SARAWAK

Manakala kumpulan wanita perpasukan adalah seperti berikut:

KUMPULAN A
1. SELANGOR
2. MELAKA
3. PAHANG
4. JOHOR

KUMPULAN B
1. TERENGGANU
2. PERLIS
3. SABAH
4. KELANTAN

KUMPULAN C
1. WPKL
2. SARAWAK
3. ATM
4. PENJARA

KUMPULAN D
1. KEDAH
2. PDRM
3. PULAU PINANG
4. PERAK

Perlawanan di adakan di hotel Ixora bermula di pusingan liga dalam setiap kumpulan sehingga perlawanan peringkat separuh akhir sahaja. Manakala perlawanan di peringkat akhir pula pihak penganjur telah mengubah gelanggang di Mydin Shoping Mall. Ruangan yang disediakan untuk penyokong dan penonton cukup selesa kerana berada di ruang legar utama. Memandangkan gelanggang kejohanan adalah terbuka, maka orang awam yang berkunjung untuk membeli belah di Mydin Mall turut serta dan menjadikan mereka sebagai daripada penonton.

PERLAWANAN LIGA HINGGA SEPARUH AKHIR DI IXORA HOTEL


Susunan papan karom di gelanggang yang agak sempit.










   

   












Pasukan Sarawak

 Pasukan Selangor

Pasukan Perak

 Pasukan Kuala Lumpur

PERLAWANAN AKHIR DI MYDIN MALL

Keputusan Perlawanan Akhir Pasukan Lelaki
WPKL (2) vs PERAK (0)

Keputusan Perlawanan Akhir Wanita
WPKL (2) vs SELANGOR (0)

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PASUKAN LELAKI
Johan: WPKL
Kedua: PERAK
Ketiga bersama: SELANGOR/SABAH

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PASUKAN WANITA
Johan: WPKL
Kedua: SELANGOR
Ketiga bersama: PERLIS/PULAU PINANG



 


 Perseorangan lelaki pertama

Perseorangan lelaki kedua

   Bergu Lelaki
   
 Perseorangan wanita pertama

 Perseorangan wanita kedua

Bergu wanita

 Pasukan lelaki MAKSAK KL muncul johan.

Pasukan wanita MAKSAK KL muncul johan.

Selepas perlawanan saya telah didatangi oleh seorang awam dan mungkin juga peminat karom telah bertanya beberapa soalan kerana kali melihat pertama melihat cara permainan karom yang agak berlainan seperti biasa. Ruangan yang ada saya memberi sedikit pencerahan perbezaan karom yang selalu dimainkan di Malaysia dengan karom yang beliau baru sahaja melihat sebagai pengalaman baru baginya. Walaupun hanya seorang sahaja yang bertanya, saya berharap sedikit sebanyak pencerahan yang diberikan akan menjadi positif pada suatu hari nanti. Saya juga melihat hasil pihak penganjur juga tercapai untuk orang awam melihat kejohanan karom MAKSAK pada tahun ini. Ini merupakan satu tindakan yang cukup positif dan sekali lagi terima kasih kepada pihak penganjur yang cukup berwawasan demi mempromosikan sukan karom.

Pengadil-pengadil yang bertugas di sepanjang kejohanan.

Pengadil yang bertugas perlawanan akhir.

Rumusan yang saya dapat simpulkan dengan tiga perkara pokok yang perlu diberi perhatian berat oleh beberapa pasukan jika ingin bergerak maju ke hadapan. Saranan ini tidak lain dan tidak bukan hanya satu iaitu bertujuan untuk meningkatkan mutu permainan dan untuk itu ilmu perlu ada pada pemain-pemain. Tiga perkara ini adalah hasil dari pengamatan penulis di sepanjang kejohanan berlansung, walaupun terdapat peningkatan dari undang-undang permainan tetapi teknik permainan masih lagi lemah.

Perkara yang pertama perlu diambil tindakan adalah pihak pengurusan pasukan. Pengurusan pasukan adalah cukup penting kepada sesebuah pasukan untuk terus maju dan melakukan perubahan. Tanpa pengurusan yang cekap dan berwawasan sudah pasti pasukan yang dibimbingnya tidak akan berdaya saing dan tidak mampu untuk berjuang di gelanggang. Pengurus perlu merangka gerak kerja jangka pendek dan jangka panjang. Pengurus perlu bergerak dari awal dalam persediaan untuk membentuk pasukan yang mantap dan bukan di saat-saat akhir. Pengurus juga perlu menjaga dan mengambil berat hal ehwal pemain-pemain di bawah jagaannya. Pengurus yang diberikan amanah perlu merangka perancangan terhadap pasukannya bermula mencari pemain-pemain sehingga menyediakan asas peralatan dan tidak ketinggalan mencari jurulatih. Menyediakan peralatan dan latihan intensif untuk pemain-pemain adalah penting jika ingin maju ke hadapan kerana tanpa keduanya pasukan tersebut tidak mampu untuk mendapat keputusan yang baik.

Pengurus juga perlu bertindak bijak dalam pembentukan sesebuah pasukan untuk bersaing di gelanggang perlawanan. Pengurus jangan sesekali membandingkan pasukan yang lebih mantap dan berjaya jika perkara dasar untuk pasukannya diabaikan. Jangan salahkan pemain semata-mata jika pengurus tidak melakukan sesuatu kepada pasukannya. Pengurus yang bijak akan melakukan sesuatu demi peningkatan pasukannya dan akan melakukan perubahan demi perubahan untuk meniti ke arah kejayaan. Akhir sekali seseorang pengurus perlu bertanya kepada dirinya apa yang perlu dilakukan untuk pasukannya dan bagaimana merancang untuk berjaya seperti pasukan yang selalu berada di hadapan. Sikap dan perancangan boleh dibentuk untuk mencapai kecemerlangan dalam pembentukkan pasukan yang mantap.

Perkara kedua adalah mempunyai pemain yang komited dan berwawasan. Seorang pemain yang ingin berjaya sudah pasti mempunyai wawasan tersendiri demi mencapai kejayaan dan matlamat diri dalam bersukan. Untuk berjaya setiap pemain memerlukan pengetahuan dan ilmu demi menimba kejayaan dan tanpa ilmu sudah pasti tidak akan berjaya. Oleh itu pihak pengurusan adalah penting untuk menyedia seorang jurulatih yang berpengalaman dalam membina pasukan yang boleh bersaing di gelanggang. Setelah menerima latihan yang sempurna pastinya pemain yang mempunyai wawasan akan terus berlatih dan istiqomah dalam latihan demi mencapai tahap atau piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Latihan yang diterima sudah pasti akan membantu pemain mempertingkatkan lagi keyakinan diri dalam permainan dan untuk menrealisasikan pihak pengurusan dalam pembentukkan pasukan yang mantap. Kepada pemain jangan mengharap kepada jadual dari pihak pengurusan semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu perlu melakukan sendiri latihan tambahan di luar jadual demi meningkatkan skil dan teknik permainan. Mengharapkan jadual dari pihak pengurusan untuk menjadi bagus adalah tidak mencukupi, tetapi setiap pemain perlu latihan tambahan untuk berubah menjadi lebih bagus. Kuncinya adalah pemain mesti menjalani latihan yang berterusan dan konsisten.

Perkara yang ketiga adalah setiap pasukan perlu mempunyai peralatan permainan asas dan jika mampu cari peralatan yang terbaik. Secara asasnya jika mempunyai pemain tetapi peralatan tidak berkualiti juga akan menimbulkan masalah, tetapi masih mampu untuk jalani latihan hanya ala kadar sahaja. Tetapi bagaimana jika pasukan tidak mempunyai lansung peralatan permainan dan ianya merupakan perkara yang malang kepada pasukan tersebut. Mana mungkin pasukan tersebut akan berjaya jika perkara asas yang perlu ada pun tidak dapat disediakan. Bagi pasukan ini merupakan perkara yang cukup malang dan pasti pasukan ini tidak akan mampu bergerak jauh dalam pertandingan. Jika peralatan permainan tiada sudah pasti pemain juga tidak menerima latihan yang sempurna dan ini sudah pasti satu lagi perkara yang malang kepada pasukan tersebut. Jangan ambil mudah mengenai peralatan permainan, kerana peralatan perlu disediakan untuk pasukan ke arah membina pemain-pemain yang berkualiti selepas menjalani latihan.

Oleh itu ketiga-tiga perkara di atas perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan dan pemain ingin berjaya di masa hadapan. Tiada jalan pintas untuk berjaya dan ianya mesti melalui satu proses yang bersistematik ke arah kecemerlangan.

"Kecemerlangan yang diperolehi adalah dicipta hasil dari latihan dan bukan mengharapkan kejayaan jatuh ke riba yang pasti tidak mungkin berlaku"