INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Friday, October 12, 2018

5 LANGKAH AMALAN SEPERTI PEMAIN PROFESIONAL

Perbezaan antara pemain karom bertaraf dunia atau profesional dengan pemain karom biasa atau amatur seperti langit dan bumi. Ini kerana perbezaan pemain profesioanal yang jelas ialah bermula dengan pengetahuan undang-undang permainan dan skil pemain profesional melalui pergerakkan jari menjentik, posisi tangan, posisi kaki dan pergerakkan badan serta strategi. Ketahanan mental yang mampu dikawal dengan baik di dalam apa jua keadaan adalah menunjukkan mereka itu sebenarnya profesional. Manakala pemain amatur pula tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh pemain profesional mungkin tidak mendapat latihan yang khusus, hanya ikutan dan bermain hanya setakat hobi sahaja.

Begitulah jurang yang cukup jauh di antara profesional dan amatur. Tetapi apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah bahawa perbezaan ini bermula dari peringkat awal lagi dengan displin yang cukup tinggi semasa mereka menjalani pelbagai corak latihan, komitmen yang tinggi di samping pengalaman mereka perolehi di sepanjang karier mereka sebagai seorang pemain karom.

Jika anda berpeluang untuk menonton atau menyaksikan amalan mereka lakukan ketika menjalani latihan, mungkin anda akan terkejut kerana tahap intensiti dan komitmen yang mereka miliki dan tunjukkan setiap kali menjalani latihan yang cukup berintegriti. Latihan yang mereka terima daripada jurulatih yang profesional juga berjaya membantu dan membawa mereka berada di puncak kejayaan.

Cara dan amalan pemain profesional ketika sesi latihan yang cukup komited dan memberi fokus setiap pergerakkan yang mereka dilakukan. Penulis memberi satu contoh yang terbaik iaitu ketika mereka melakukan jentikkan kepada striker dengan pelbagai corak tekanan atau kekuatan jari menjentik menuju pelbagai posisi buah karom. Bermula dengan mengubah posisi kaki, memperbetulkan kedudukan badan, posisi lengan dan tangan. Hasil latihan inilah mereka dapat membaca tahap kekuatan jari ketika menjentik yang perlu diaplikasikan untuk mengenai setiap sasaran dengan tepat dan masuk ke dalam saku dengan sempurna. Semua pergerakkan tersebut perlu diambil kira dan persediaan serta konsentrasi yang cukup tinggi. Walaupun posisi buah karom berada pada kedudukkan yang paling mudah untuk dimasukkan ke dalam saku sekalipun ianya memberi tumpuan dan cukup prihatin supaya tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian. 
Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana pemain profesional ini dapat mengekalkan kompetitif semasa latihan sehingga membawa kepada pertandingan sebenar. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda yang berminat untuk mendalami dan meningkatkan diri ke arah yang lebih sempurna di dalam permainan karom anda iaitu:

1. Amalkan cara anda ingin bermain

Terjemahkan cara keinginan anda untuk bermain kepada kepada realiti di dalam latihan dan dalam perlawanan sebenar. Jika anda mengamalkan dalam latihan dengan intensiti 50%, maka hasilnya adalah 50% juga. Keadaan ini pasti akan menjadi sukar untuk bermain sehingga anda perlu menukar gear yang lebih tinggi ketika datangnya perlawanan sebenar kerana daya saing pihak lawan yang lebih mencabar.

Oleh demikian semasa menjalani latihan bersama rakan sepasukan atau berseorangan lakukan bersungguh-sungguh seperti anda menghadapi lawan yang sebenar. Dalam latihan anda hendaklah mempelbagaikan corak latihan bukan setakat latihan mudah tetapi latihan yang agak mustahil juga perlu dititik beratkan. 

2. Perancangan awal adalah paling penting

Jika anda ingin melakukan amalan yang sempurna, maka anda perlu mempunyai perancangan yang tepat tentang apa yang anda akan capai semasa bahawa sesi latihan. Kebanyakan pemain menjalani sesi latihan tanpa perancangan tertentu, sehingga mereka menjentik secara seberono dan akhirnya latihan terebut tidak membawa hasil dan menjadi sia-sia. Anda mesti menetapkan matlamat dengan mengikut berperingkat-peringkat berdasarkan kemahuan dan pencapaian. 

Fokus sasaran yang sukar perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan jangan mudah merasa puas atau kagum bila sudah berjaya melakukannya atau bila anda gagal melakukannya jangan sesekali merasa kecewa. Tetapi perlu tanam satu semangat untuk berjaya walaupun mungkin bermula di tangga yang terbawah sekali. Teruskan latihan dengan konsisten dan akhirnya anda akan dapat melihat juga satu cahaya terang di hadapan anda.

Anda perlu mengamalkan latihan yang bersistematik dan mempunyai modul-modul latihan dan anda perlu bekerja keras ke arah kesempurnaan. Latihan yang diterima menjadi satu amalan harian dan bukan hanya menunggu beberapa hari sebelum pertandingan sahaja. Latihan yang sudah diterima jadikan satu rutin dan sebahagian daripada aktiviti harian anda walaupun hanya seketika.

3. Dapatkan teknik menjentik sasaran dengan sempurna

Terdapat beberapa teknik genggaman menjentik (grips) yang anda boleh diamalkan. Kebanyakan pemain profesional mempunyai genggaman menjentik yang cukup baik hasil daripada tunjuk ajar daripada jurulatih profesional dan pengalaman mereka sendiri.

Katakan anda mahu memperbaiki jentikkan ke arah hadapan (lurus ke hadapan) anda, maka anda perlu tahu bagaimana melatihkan cara jentikkan yang sesuai dalam apa jua keadaan dan memperbaiki ke arah lebih baik dan seterusnya diamalkan. Cara latihan menjentik yang sesuai adalah kunci penting di dalam permainan karom. Di samping anda menjalani latihan menjentik ke arah hadapan, latihan lain seperti ke bawah, melintang, menyilang kiri dan kanan juga perlu diberi perhatian.

Kebanyakkan pemain amatur yang tiada pendedahan dan lansung tidak menerima latihan dari jurulatih profesonal, maka mereka inilah tidak tahu dan tidak mempunyai gengaman menjentik yang tidak sempurna yang sepatutnya diamalkan oleh seorang pemain karom. Akhirnya genggaman menjentik yang tidak kemas dan tidak konsisten adalah punca segala permasalahan tidak dapat bermain dengan sempurna.

4. Pastikan persediaan fizikal dan mental

Karom walaupun bukan sejenis permainan yang sukar tetapi ianya memerlukan anda memberi tumpuan yang serius dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kesihatan. Sebenarnya anda perlu sihat dari segi fizikal, mental dan juga emosi supaya anda memberi persembahan yang terbaik di gelanggang. 

Walaupun gangguan yang kecil dalam kehidupan seharian anda secara drastik boleh menjejaskan prestasi anda di gelanggang. Sebagai contoh jika timbul masalah malapetaka tertentu di dalam hidup anda, tetapi anda perlu perfikiran positif dan mencari jalan terbaik menghalang masalah tersebut ke dalam perlawanan sebenar atau ke dalam gelanggang.

Jika anda ingin bermain karom yang lebih baik, tumpuan 100% fizikal dan fikiran anda perlu berada di dalam sukan ini, atau anda hanya akan bermain separuh daripada kemampuan sebenar anda.

5. Jadikan latihan sebahagian daripada rutin

Setiap pemain profesional mempunyai sesuatu yang cukup unik. Mereka biasanya mempunyai beberapa jenis rutin yang sangat bersistematik semasa menjalani latihan, sebelum kejohanan dan semasa pertandingan. Ini biasanya bermula dalam penyediaan peralatan mereka, makanan yang mereka makan sehari sebelum, pakaian, dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan hari sebelum perlawanan sebenar.

Biasanya di hari akhir latihan jangan memberi tekanan kepada diri sendiri dan rakan sepasukan anda, tetapi bersikap seperti biasa dan berlapang dada. Juga di hari akhir latihan perbanyakkan motivasi diri supaya mencari satu formula supaya menenangkan minda dan menyediakan kekuatan mental untuk pertempuran di perlawanan sebenar supaya anda tidak mudah goyah dan panik. 

RUMUSAN

Mencari rutin sempurna untuk memaksimumkan prestasi anda adalah merupakan jalan terbaik ke arah pembentukkan kemahiran. Anda perlu membuat ia satu titik permulaan untuk mencari rutin sesuai membantu dan melakukan yang lebih baik dalam permainan anda. Tidak kira apa tahap anda berada sekarang tetapi 5 langkah seperti di atas cukup penting jika anda mahu menjadi seorang pemain yang lebih sempurna dan lebih cekap di masa hadapan. Lakukan dengan konsisten dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai ke tahap yang mampu anda miliki.

Mencari ilmu ibarat sedang mencari-cari cahaya. Sebab itu ramai yang menebuk lubang di sana sini untuk melihat cahaya itu. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang kecil, maka kecil jugalah cahaya yang dapat. Ada yang hanya mampu menebuk lubang yang sederhana, maka sederhana cahayanya. Dan ada yang pandai menebuk lubang yang besar, maka nampak besar juga dilihat cahaya itu. Inilah faktor yang membezakan di antara satu sama lain.

Akhir sekali renungkanlah kata-kata ini "Perubahan bermula dengan diri sendiri dan tiada sesiapa dapat mengubah diri anda jika anda sendiri tidak ingin mengubahnya. Perubahan tiada jalan pintas, malah proses perubahan akan menempuh pelbagai ranjau, tetapi percayalah jika anda berjaya mengharunginya, maka anda sebenarnya sudah melepasi ujian tersebut".

"MAJU KAROM UNTUK NEGARA"

5 PERKARA DALAM PENCARIAN SEORANG MENTOR

Di dalam sesuatu jenis permainan sukan perkara yang menarik kepada seseorang atlet adalah kepuasan diri dan dalam masa yang sama memperolehi kejayaan. Tetapi ianya bukan perkara yang mudah untuk mencapai kedua-duanya dalam satu masa kerana pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi di sepanjang jalan untuk menuju ke puncak kejayaan.

Bagi pihak pengerusan pula mereka mempunyai misi dan tanggunjawap kepada pasukan untuk mengurus dan mencari petua untuk kejayaan. Sebenarnya anda tidak perlu memikul setiap kesukaran di atas bahu anda sendiri untuk memacu pasukan anda ke arah kejayaan, tetapi anda hanya perlu mencari jalan terbaik untuk membantu mencapai impian tersebut. Anda perlu bertindak bijak dengan mencari seorang mentor sebagai pendorong, memberi sokongan dan bimbingan untuk mendapatkan khidmat kepakaran yang cukup berharga. Dengan cara ini anda dapat mengelakkan daripada terperangkap dan terbelengu di dalam mencari kejayaan yang anda sendiri tidak mempunyai kepakaran dan kebolehan.

Sama ada anda perlu menyelesaikan cabaran pencapaian sasaran atau mendapatkan maklumat dan latihan berguna untuk memajukan kerjayaan pasukan yang di bawah kepimpinan anda. Mentor boleh menjadi satu sumber yang cukup bernilai di dalam membantu dalam membentuk perancangan anda. Dalam masa yang sama mentor boleh mempengaruhi pembangunan dan perancangan ke arah lebih positif.

Mendapat mentor adalah penting bagi atlet dan dalam hal ini pihak pengurusan perlu menrencanakan masa depan pasukan yang dipimpin. Mencari mentor bukan perkara mudah kerana banyak kriteria-kriteria perlu di cari dan disaring sebelum membuat keputusan muktamad. Ada beberapa kriateria pemilihan seorang mentor bukan sahaja setakat membantu anda malah boleh membawa anda dan pasukan anda ke satu tahap yang lebih bagus.

Berikut adalah lima langkah untuk membantu anda dalam pencarian seorang mentor yang arif dan berpengalaman ke arah kecermerlangan.

1. Kemahuan dan menilai diri sendiri

Sebelum anda mencari seorang mentor, ada baiknya mengambil sedikit masa untuk mencerminkan kekuatan sendiri dan kelemahan, dan juga soalan-soalan yang penting dalam pencarian anda. Adakah anda hanya mencari seorang mentor hanya dari sudut peningkatan mental? Atau untuk meningkatkan kemahiran undang-undang atau skil dan teknik? Atau merangkumi kedua-duanya.

Sebagai contoh, adakah anda memerlukan khidmat nasihat mengenai pengurusan operasi, strategi atau teknik kepimpinan? Maka, anda perlu mencari seorang mentor yang sesuai untuk membantu ke arah tersebut. Dan jika anda memerlukan kepakaran dari segi peningkatan teknik permainan dan undang-undang, maka anda perlu mencari seorang bercirikan mentor di bidangnya untuk membawa ke arah kefahaman dan kemahiran yang diimpikan.

Anda perlu berfikir bagaimana cara yang sesuai menggunakan khidmat mentor dan komitmennya yang paling sesuai mengikut jadual anda. Anda perlu menkaji dan pertimbangkan sama ada anda lebih suka seorang perunding yang proaktif ke arah perancangan yang telah anda susunkan. Atau anda juga perlu melihat kesediaan seorang mentor yang agak fleksibel dan berfikiran terbuka supaya memudahkan perancangan anda diterima dan boleh memperbaiki ke arah yang lebih menonjol lagi.

2. Anda perlu bergaul

Jika berpeluang anda perlu bergaul dan bersosial di dalam mencari ilmu dan mengambil pengalaman dari mereka yang pakar seperti semasa kejohanan berlansung. Walaupun idea ini agak mudah tetapi keberanian diri dan perasaan malu perlu dihindar demi secebis maklumat yang berguna. Suasana begini banyak positif dan potensi untuk membantu mengembangkan kerjaya pasukan pimpinan anda dalam menghadapi cabaran di masa hadapan.

Pertama, konsep ini memaksa anda untuk melangkah keluar dari zon selesa dan bergaul dengan pakar-pakar yang dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah anda hadapi selama ini. Kedua, dengan mendedahkan diri anda kepada kenalan baru, maka anda berpeluang bertanya di dalam pencarian mentor yang sesuai mengikut misi dan visi anda. Ketiga, bila anda berjumpa dan bergaul dengan ramai orang, maka anda sendiri boleh mengenal pasti dan boleh membuat pilihan mentor yang sesuai dengan ciri-ciri yang telah anda gariskan dalam membangunkan pasukan.  

3. Pandang di luar pasukan anda

Ini adalah penting untuk anda menilai keupayaan pasukan sendiri dan terus berusaha ke arah pencapaian yang tertinggi. Bagi atlet yang berada di bawah kepimpinan anda ianya penting supaya tidak menghadkan diri anda dengan mereka dalam suasana yang harmoni dan profesional.

Apabila anda melihat di luar pasukan anda terutama pasukan yang lain ini membuka mata anda untuk mencari seorang mentor untuk mengatasi pasukan yang lain. Perlu diingat bahawa anda hanya melihat bagaimana mentor tersebut dapat memberi satu pengisian yang berguna untuk pasukan anda. Mendapat perkhidmatan seorang mentor yang memberi fokus serta mempunyai kualiti yang mantap dan berpengalaman adalah perkara yang perlu diambil perhatian sepenuhnya.

4. Pendekatan yang anda perlu fikirkan

Anda perlu mengetahui bagaimana mencari seorang mentor dan jangan sesekali bertanya kepada orang yang anda sendiri tidak kenali atau tidak mahir kerana ini akan memberi impak yang lebih buruk. Cara terbaik berjumpa kenalan yang sudah menceburi di dalam permainan ini dan mereka boleh bertindak sebagai penghubung. Ini merupakan cara atau jalan yang paling mudah dan singkat singkat untuk mengenali seseorang mentor kerana tahap pemahaman dan hubungan di antara mentor dan mentee adalah cukup penting. Sebaik sahaja anda bertemu seorang mentor maka bina satu hubungan yang positif supaya perancangan dapat dirangka secara lebih terperinci demi pasukan yang hendak dibentuk.

Sebelum itu ada baiknya anda menyelidik untuk mengenali lebih dekat seorang mentor dengan menceritakan latar belakang dan pengalaman mereka. Juga di adakan dialog atau berdikusi untuk mengetahui corak pemikiran seorang mentor tersebut. Jika didapati mentor tersebut tidak sesuai maka pihak pengurusan perlu mencari yang lain dan lebih layak untuk mentor pasukan anda. Cara ini merupakan jalan selamat sebelum mengikat kontrak dengan mentor tersebut supaya perancangan anda tidak terencat dikemudian hari. 

5. Menggunakan jaringan perhubungan

Sebaik-baiknya, berusaha untuk berhubung dengan pasukan lain untuk memahami cabaran yang anda hadapi dan boleh berkongsi pengalaman berkaitan yang diperlukan. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu mengalih kerja sebagai mentor kerana bukan kepakaran anda, tetapi sebaliknya fokus pada mencari seseorang mentor yang mempunyai kualiti yang tepat dan berpengalaman.

Hubungan di antara anda dan mentor perlu dijaga dan berkembang secara profesionl supaya bakal gerak kerja berjalan lancar dan tiada unsur-unsur negatif. Mendapatkan khidmat mentor yang berpengalaman adalah cukup penting kerana mentor tersebut mempunyai jaringan dari luar dan ini memberi pencerahan dari pelbagai sudut dalam membantu membangunkan yang pasukan anda.

Rumusan

Mencari seorang mentor akan membawa ke satu jangka masa yang singkat dan boleh jadi juga memakan masa yang panjang. Realitinya tidak semua orang boleh menjadi mentor dan sebagai pihak pengurusan hendaklah mengenal pasti mentor itu sebenarnya mentor yang tulin. Mentor yang tulin bermaksud orang yang dapat memberi ilmu sebenar di dalam permainan serta dapat mengajar ke arah lebih baik dalam mempertingkatkan mutu pemain-pemain mereka. Percaya pada diri sendiri serta mempunyai keyakinan dan terus memperhalusi cara pendekatan anda apabila anda mencari seorang mentor. Juga anda boleh menghubungi seseorang yang dikenali untuk membantu dalam pencarian seorang mentor. Apabila anda telah menemui seorang mentor, pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang diberi untuk dimanfaatkan kepakaran dan pengalaman mentor tersebut.

Pencarian untuk pencerahan dan perubahan adalah penting untuk diri dan pasukan anda dan akhirnya renungkan kata-kata ini "Cahaya lilin walau pun kecil tetapi ianya mampu menerangi suasana kegelapan malam". 

"MAJU KAROM UNTUK NEGARA"

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2018

Tarikh: 29 – 30/09/2018
Tempat: Rumah PPD Kuala Lumpur.

Setelah sekian lama kejohanan karom MAKSWIP tidak di adakan selepas pemergian arwah Mohd Isa pengurus karom DBKL dan MAKSAK Kuala Lumpur pada tahun 2016. Kiranya 2 tahun kejohanan karom MAKSWIP terkubur buat sementara waktu. Dan pada tahun ini kejohanan karom MAKSWIP bermula kembali dan semoga akan terus diadakan di masa akan datang. Tempat kejohanan kali ini agak selesa dan teratur sedikit jika dibandingkan kejohanan sebelumnya di Rumah MAKSWIP.

Seperti kebiasaan kejohanan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu lelaki dan wanita. Format kejohanan masih dikekalkan iaitu perseorangan pertama, perseorangan kedua dan beregu. Berikut adalah pasukan yang mengambil bahagian pada tahun ini:

Pasukan lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan:

KUMPULAN A
1. DBKL
2. MAIWP
3. BSN

KUMPULAN B
1. JUPEM (A)
2. UM (B)
3. KKR

KUMPULAN C
1. LHDN
2. MOF
3. PERKESO
4. UM (A)

KUMPULAN D
1. FRIM
2. JUPEM (B)
3. PPJ

Manakala pasukan wanita dibahagikan kepada 2 kumpulan:

KUMPULAN A
1. KKM (B)
2. MOT
3. KKR
4. UM

KUMPULAN B
1. DBKL
2. KKM (A)
3. LHDN
4. MAIWP



En. Suhaizan selaku ketua pengadil sedang memberi taklimat kejohanan dan undang-undang permainan secara ringkas.



















































Apa yang sedang dibualkan oleh pasukan JUPEM....


En. Roslan sibuk dengan tugas dan En. Sahipul nampaknya sibuk juga...


Senang hati nampak En Kamarudin dan Puspa...

KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN KUMPULAN LELAKI
Johan: UM (B)
Naib Johan: UM (A)
Ketiga bersama: JUPEM (A) dan DBKL

KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN KUMPULAN WANITA
Johan: DBKL
Naib Johan: UM
Ketiga bersama: LHDN dan KKM (B)

Secara keseluruhan pemain masih muka lama cuma terdapat beberapa muka baru daripada DBKL yang mengantikan pemain yang telah bersara. Terdapat juga pasukan yang baru dan lama yang muncul kembali untuk memeriahkan lagi kejohanan kali ini. Kepada pasukan baru syabas diucapkan dan kepada pasukan yang lama teruskan perjuangan anda di dalam sukan karom antarabangsa.

Akhir kata diucapkan tahniah kepada En Zaini selaku Setiausaha Kehormat MAKSWIP yang berjaya menganjurkan kejohanan karom MAKSWIP kali ini selepas terhenti selama 2 tahun. Diharapkan tahun yang akan datang lebih ramai penyertaan untuk meriahkan lagi sukan tahunan ini.

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"