INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Thursday, February 2, 2017

PENYAMPAIAN SIJIL PENGADIL DARIPADA INTERNATIONAL CARROM FEDERATION

Tarikh: 22/01/2017
Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Akhirnya penantian mencecah selama 5 tahun berbaloi kerana hari ini saya menerima Sijil Pengadil dari pada International Carrom Federation. Alhamdulillah keputusan semasa ujian cukup memberansangkan dan mendapat markah yang terbaik. Sijil ini adalah yang tertinggi di dalam dunia karom dan melayakkan untuk menjadi pengadil di peringkat antarabangsa. 

Untuk pengetahuan saya telah menduduki peperiksaan pengadil peringkat antarabangsa semasa berlansungnya International Carrom Federation Cup 2011 di Kuala Lumpur. Peperiksaan ini dikendalikan oleh dua pengadil berpengalaman daripada India di bawah Interrnational Carrom Federation. Saya berjaya mendapat markah tertinggi di antara pengadil-pengadil yang lain dan cukup terharu ketika pengumuman dibuat semasa makan malam dan penyampaian hadiah-hadiah kejohanan. Ini adalah pengiktirafan yang tertinggi di dalam dunia karom antarabangsa sebagai pengadil.

En. Samohon MD Kasim selaku Presiden Persatuan Karom Malaysia menyerah sijil ketika Kejohanan Karom Maksak 2017. 

No comments:

Post a Comment