INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, February 1, 2017

MAKSAK 2017: KAROM LABUAN PERLU BIJAK KAWAL MENTAL, EMOSI

Laporan oleh Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian


LABUAN, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Fiesta Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2017 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Januari ini menjadi platform terbaik untuk kontinjen sukan karom Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

Menurut ketua kontinjennya yang merangkap jurulatih pasukan, Muhamad Fariz ABSL Kamarulazman, mereka menyasarkan untuk sekurang-kurangnya berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Pasukan lelaki WP Labuan telah diundi bersama pasukan Tentera, WP Kuala Lumpur dan Sabah manakala pasukan wanita pula diundi bersama negeri Selangor, Perak serta Jabatan Penjara Malaysia yang mana kedua-dua kategori pasukan lelaki dan wanita mempertaruhkan dua perseorangan dan satu beregu.

“Sukan karom tidak memerlukan kekuatan fizikal namun pasukannya perlu bijak mengawal mental dan emosi serta mengatur strategi untuk menundukkan pihak lawan,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Karom MAKSAK Wilayah Persekutuan Labuan di pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Labuan, di sini, petang kelmarin.

Tahun ini, pasukan karom WP Labuan, yang telah dua tahun dibimbing oleh Fariz, akan disertai muka-muka baharu dari JUPEM, Perbadanan Labuan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) WP Labuan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JUPEM Labuan, Shaffri Baudi, memuji semangat ahli-ahli pasukan karom Labuan yang giat berlatih bersunguh-sungguh demi mengalas tanggungjawab mewakili Labuan ke MAKSAK 2017.

“Sekiranya mereka berjaya membawa apa-apa pingat dianggap bonus kepada pasukan Labuan dan mendorong lagi kejayaan sukan korum Labuan pada masa hadapan. Jutaan terima kasih juga kepada ketua-ketua jabatan di atas pelepasan yang diberikan terhadap kakitangan yang terlibat dalam latihan bagi persiapan awal ke MAKSAK 2017,” ujar Shaffri.

Pada majlis tersebut Shaffri menyerahkan bendera kepada Kontinjen Karom MAKSAK WP Labuan kepada Muhamad Fariz selaku ketua kontinjen.



KOMEN PENULIS:

Apabila minat kepada sesuatu sudah pasti kita akan melakukan yang terbaik untuk mencapaikan apa jua impian. Minat adalah faktor yang penting untuk mengerakkan dan menrealisasikan visi dan misi ke arah lebih positif.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan Karom MAKSAK Labuan yang diketuai oleh En. Muhamad Fariz pada tahun 2017 cukup memberansangkan dan menyakinkan dengan objektif yang jelas. Seperti bala tentera bersiap sedia menghadapi musuh di medan pertempuran, begitu juga pasukan karom perlu membuat perancangan awal dari segi latihan. Latihan semestinya bersistematik bermula dengan persediaan fizikal dan mental adalah cukup penting untuk diserapkan kepada pemain-pemain.

YAKIN BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment