Tarikh: 11 - 12 November 2016
Tempat: Kota London
Selepas 4 hari bertanding terus menerus tanpa henti, maka tiba giliran untuk berehat dan mencuci mata di sekitar kota London. Kesempatan yang ada kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan dan berbelanja sedikit sebagai kenangan untuk keluarga.
Hari terakhir hujan turun renyai-renyai mungkin sedih kerana kami akan meninggalkan Kota London. Walaupun hujan dan sejuk kami redah juga ke gedung-gedung membeli belah untuk mencari beberapa barangan yang dikira perlu untuk dibawa pulang.
Ada di antara kawan-kawan yang membeli belah untuk menghabiskan wang pound yang masih berada di tangan dan dibelanja hingga selesai. Ada di antaranya sehingga terpaksa membeli beg baru lagi satu untuk menampung barangan yang dibeli. Membeli belah sakan puak-puak nii, kami yang lelaki penat berjalan ke sana ke mari menjadi juru iring mereka... Ingatkan di tempat sendiri jee... rupanya di sini pun sama... Kaum hawa gitu lee gamoknya yee.... Sesekali seronok juga melayan mereka-mereka nii...
Masa ketibaan di Heathrow Aiport.
Perjalanan dari Birmingham ke kota London.
Semasa sedang membeli belah bertemu pula dengan pemain-pemain daripada Maldives.
Kenangan bersama muzik jalanan...
Berkepak bersiap sedia untuk terbang ke pusat membeli belah...
Mana beg satu lagi... Tadi nampak dua
Ngata orang jee ... Teman pun serupe...
Kaum ibu berjumpa sesama mereka... Orang Malaysia yang menetap di Arab Saudi mengambil peluang makan angin di Kota London. Katanya seronok dan ingin menetap terus di Arab Saudi kerana ekonomi yang mantap menyebelahi mereka sekeluarga.
Bertemu di kantin Malaysia Hall dengan wakil pemberita Utusan Malaysia di Kota London.
Gambar ini menjadi kenangan 'top of the list' kerana ada cerita disebaliknya...
Enak juga rasanya...
Malaysian style...
Mak aiii... Rasanya satu tak cukup nii...
Bergaya sakan... Macam filem star dalam cerita Do Re Mi tapi 'ladies version'...
Gelaran diberi... Minah selfie.
Wau... gayanya macam dalam filem hindustan lagaknya.
Oops!!!... Satu menara sudah terlindung.
Yang ini teman tak faham apa maksudnya...
Eeemm... Katanya masih lagi berdua.
Pemandu yang cukup "sporting'
Ada juga yang 'copyright'
Sila masuk...
Azhar kena 'torture' oleh Nur yang mencari 'hand bag' hingga kepenatan.
Dalam teksi untuk bergerak ke gudang membeli belah...
Bersama dengan Pemandu Pelancung kami En. Ishak bertopi (Orang Malaysia yang sudah puluhan tahun menetap di Kota London)
Selepas mendarat di Heathrow Aiport kami merasai Nasi biriani dengan harga 2.50 pound sahaja.
Nasi Lemak di Kantin Malaysia Hall
Kerepok Lekor pun ada di sini... seperti rasa di rumah
Sebelum ini hanya dapat menatap gambar sahaja, tetapi hari ini berpeluang berdiri di hadapan Tower Bridge di Kota London.
Food Truck cukup popular di sini dan trend ini juga berlaku di Malaysia.
Mohamad Ali membawa Saya dan Azhar ke Kelab Karom Bangladesh... Main berdiri... Striker besar dan papan juga besar... Cara karom ini agak popular di kalangan bangsa Bangladesh yang berada di sekitar Kota London.
Sedang mencuba permainan karom cara Bangladesh.
Mohamad Ali bersama pemain wanita
Mohamad Ali membawa kami pusing-pusing sekitar 'hot spot' Kota London.
Farewell dinner by our friends Mohamad Ali and Nazrul Islam President UK Carrom. The food served so delicious...
Daging kambing, daging lembu, daging ayam dan ikan di bakar... Memang sedap giler (bahasa budak sekarang) tapi tidaklah sampai menjilat jari...
Bersama dengan Mohamad Ali di hadapan Restoran Turki.
Hari terakhir dan ketika ini berada di Heathrow Airport.
Transit di Doha Airport sebelum ke KLIA. Satu cerita yang saya hendak berkongsi ialah semasa mengambil air sembahyang cincin zamrud jatuh tanpa disedari dan selesai solat terus ke bilik perlepasan. 15 minit sebelum memasuki kapal terbang tersedar cincin sudah tiada di jari dan saya terus ke tempat solat kembali. Budak yang menjaga kebersihan di situ menunjukkan cincin yang berada di atas almari di tepi pintu masuk ke ruang solat. Alhamdullillah... saya cukup terharu kerana cincin masih bersama lagi. Kalau di Malaysia bagaimana agaknya... Jawapan saya sudah ada dan jawapan anda bagaimana?
Bersiap sedia sebelum berlepas dari Doha Airport.
Selamat sampai di KLIA dan menjejak kembali ke tanah air... 'Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri... lebih baik di negara sendiri'... tetapi hari ini adakah masih releven peribahasa sebegini...
In shaa Allah berjumpa kembali di lain masa dan tempat jika diizinkanNya. Akhir kata selamat maju jaya di dalam permainan karom antarabangsa di Malaysia.
Karom Malaysia Karom Antarabangsa
Dua cara permainan karom di Malaysia
Jangan memilih mana satu yang sasa
Kedua-duanya penting jangan dipersia
No comments:
Post a Comment