Tarikh: 22/01/2017
Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Pengadil Kejohanan Karom MAKSAK 2017
Sijil disampaikan oleh En. Kamarudin da En. Samohon kepada En. Christopher
En. Frankie
En. S. Gopi
En. Hafiz
En. Christopher
En. Christopher
En. Christopher
En. Christopher
En. Sahipul
En. Kamarudin selaku Ketua Pengadil pada kejohanan kali ini
En. Samsuddin
En. Waharuddin
Berdiri dari kiri En. Sahipul, En. Samohon , En. Sabirin dan En. Kamarudin
Pn. Suzana, satu-satunya pengadil wanita kali ini
En. Singam
En. Mohd Suhaizan
Pengadil Kejohanan Karom MAKSAK 2017
Tahun ini persiapan pengadil-pengadil karom cukup bersedia dan prihatin kerana telah mengadakan kursus ulangan sebanyak 3 kali demi menyiapkan diri menghadapi Kejohanan Karom MAKSAK 2017. Kursus ulangan ini adalah khas untuk mengingatkan kembali undang-undang permainan kepada sebahagian besar pengadil-pengadil pelapis dan pengadil senior yang hanya sebagai pengadil sahaja. Kepada sebahagian pengadil yang lain adalah pemain dan rata-rata mereka ini tiada masalah.
Secara umum pengadilan pada tahun ini agak bersistematik dan kemas di dalam mengendalikan kejohanan kali ini. Tiada suara-suara sumbang di belakang untuk menuduh ketidak kecekapan pengadil-pengadil. Tahniah kepada pengadil-pengadil yang telah menjalankan tugas dengan baik dan memberi kerjasama di antara satu sama lain. Kerjasama yang ditunjukkan di antara pengadil-pengadil adalah mantap.
Sehingga berjumpa di kejohanan yang akan datang kepada pengadil-pengadil pelapis teruslah membaca dan menghafal udang-undang permainan dan jangan hanya menunggu kejohanan tiba barulah mencari buku. Biarlah undang-undang permainan di dalam kepala sentiasa dan jika terlupa beberapa perkara itu adalah biasa kerana undang-undangnya agak panjang dan terperinci. Jangan sesekali lupa kepada undang-undang asas permainan. Untuk menjadi pengadil yang terbaik perlulah mengambil masa dan jangan berputus asa, jika gagal untuk menghafal beberapa undang-undang permainan yang agak mengelirukan. Teruskan istiqomah dan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Satu tip yang cukup berkesan boleh dikongsi ditujukan khas kepada pengadil-pengadil dan juga pemain-pemain karom dimana mereka hendaklah selalulah berada di hadapan papan karom untuk dipraktikkan. Tiada jalan mudah untuk anda berjaya sebagai seorang pengadil dan lebih-lebih lagi sebagai seorang pemain melainkan hasil usaha sendiri walau apa cara sekalipun. Hanya satu sahaja iaitu latihan dan latihan dan seterusnya latihan...
No comments:
Post a Comment