INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Wednesday, August 19, 2009

LIGA KAROMAS 2008

Tarikh: 26/07/2008 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi - 7:00 petang
Tempat: Tingkat 1, Bangunan MSN, Komplek Sukan Bukit Jalil

Persatuan Karom Malaysia (Karomas) telah mengadakan satu kejohanan di panggil LIGA KAROMAS. Kejohanan ini diadakan adalah untuk meriahkan permainan Karom Antarabangsa disamping mencari pemain yang berpotensi untuk mewakili negara di masa hadapan.

Penyertaan pada peringkat awal adalah seramai 32 orang tetapi yang hadir pada hari tersebut adalah seramai 16 orang sahaja. Ini kerana kejohanan ini bertembung dengan satu lagi pertandingan Karom format Tempatan yang di adakan di Melaka. Sungguh pun begitu pertandingan tetap diteruskan dan pemain-pemain berpuas hati menguji skil permainan masing-masing. Yuran pertandingan dikenakan sebanyak RM30.00 seorang dan makan tengah hari disediakan oleh pihak penganjur.

Pertandingan di bahagikan kepada dua Kumpulan A dan Kumpulan B. Pusingan pertama dijalankan secara liga untuk menentukan juara dan naib juara di dalam kumpulan masing-masing. Format permainan dijalankan satu permainan sahaja iaitu lapan papan atau 25 mata. Johan Kumpulan A telah dimenangi oleh En. Kamaruddin manakala johan Kumpulan B disandang oleh En. Sulaiman. Selepas itu pusingan suku akhir dijalankan secara kalah mati.

Lapan pemain berjaya ke peringkat suku akhir dan selepas halangan tersebut empat pemain berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu En. Sulaiman berlawan En. Abdul latif dan En. Mohd Suhaizan bertemu En. Mohd Zaini.

En. Sulaiman dan En. Mohd Suhaizan telah berjaya mengalahkan lawan masing-masing dan bertemu di peringkat akhir untuk menentukan juara keseluruhan. En. Mohd Suhaizan telah berjaya mucul sebagai juara pertama liga karomas siri 1 selepas berhempas pulas mengatasi lawannya.

Diharapkan di masa yang akan datang ramai lagi peserta menyertai kejohanan ini untuk satu aktiviti riadah yang sihat dan saya mewakili Persatuan KaromMalaysia ingin melihat aktiviti-aktiviti seperti ini diteruskan untuk semarakkan lagi permainan karom antarabangsa di Malaysia.



Pusingan awal

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
Separuh Akhir Pertama di antara Mohd Suhaizan vs Mohd Zaini


Separuh Akhir Kedua di antara Sulaiman vs Abdul Latif

PERLAWANAN AKHIR
Perlawanan Akhir di antara Mohd Suhaizan vs Sulaiman


PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KETIGA
Tempat Ketiga (dua orang) En. Abdul Latif menerima hadiah dari En. Roslan Ketua Exco Teknikal dan Pertandingan


En. Mohd Zaini menerima hadiah dari En. Samohon.

PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KEDUA
Naib Juara En. Sulaiman menerima hadiah dari En. Samohon Timbalan Presiden II Persatuan Karom Malaysia.

JOHAN LIGA KAROMAS SIRI PERTAMA
Juara Mohd Suhaizan menerima hadiah dari En. Samohon Timbalan Presiden II Persatuan Karom Malaysia.

No comments:

Post a Comment