INTERNATIONAL CARROM BOARD CERTIFIED BY INTERNATIONAL CARROM FEDERATION. PLEASE CALL +6019-6656101

Monday, August 24, 2009

KEJOHANAN KAROM MAKSAK 2009

Penganjur : Maksak Kelantan
Tempat : Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.
Tarikh : 17, 18 & 19 Julai 2009



Masa berlalu begitu pantas dan selepas 6 tahun ini merupakan kali kedua MAKSAK Kelantan selaku tuan rumah penganjuran Kejohanan Karom. Kali pertama pada 11/11/2003 (Khamis) - 14/11/2003 (Sabtu).

Tempat pertandingan di bangunan baru dibina dan dikenali sebagai Kelantan Trade Centre. Bangunan ini masih belum siap sepenuhnya, walau bagaimanapun ruang pertandingan agak tersusun kerana terdapat empat bilik yang agak selesa disediakan.

Undian telah dijalankan sebelum ini dan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu:

Kumpulan A: Kuala Lumpur, Sarawak, PDRM dan Johor.

Kumpulan B: Selangor, Pahang, ATM dan Kedah.

Kumpulan C: Terengganu, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.

Kumpulan D: Melaka, Penjara, Kelantan dan Perak.

PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA









































KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA KUMPULAN A



KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA KUMPULAN B



KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA KUMPULAN C



KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA KUMPULAN D



PERASMIAN DAN MAKAN MALAM

Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak dapat hadir dan beliau telah diwakili oleh YB Abdul Fattah bin Haji Mahmood Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO. Apa yang unik semasa makan malam ialah Wayang Kulit yang diubah suai dengan mengunakan orang sebenar dan tidak seperti biasa kita pernah lihat. Ramai atlit turut terhibur dan saya rasa idea yang kreatif yang perlu diperluaskan.







PERTANDINGAN SUKU AKHIR DAN SEPARUH AKHIR

PERTANDINGAN SUKU AKHIR
Kuala Lumpur vs Pulau Pinang (3-1)
Perak vs Kedah (3-1)
Selangor vs Kelantan (3-0)
Terengganu vs Johor (3-1)

PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR
Kuala Lumpur vs Kedah (3-0)
Selangor vs Terengganu (3-1)























PERTANDINGAN AKHIR SELANGOR VS KUALA LUMPUR

Pertandingan akhir masih lagi musuh tradisi iaitu di antara Pasukan Kuala Lumpur dengan Pasukan Selangor. Pasukan Selangor berjaya merangkul kejuaraan kembali dengan mengalahkan Pasukan Kuala Lumpur dengan mata 3 berbalas 2. Persaingan sengit di antara dua pasukan ini tetapi nasib menyebelahi kepada Pasukan Selangor.

Sejak saya bertugas sebagai pengadil Kejohanan Karom MAKSAK bermula pada tahun 2003 dan hingga tahun 2009 kedua-dua pasukan ini masih unggul dan selalu bertanding di peringkat akhir. Pasukan negeri-negeri yang lain perlu melakukan sesuatu untuk mencapai ke tahap tertinggi dan menyaingi kedua-dua pasukan tersebut. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika perancangan awal dan latihan yang tersusun rapi.

Untuk melakukannya pasukan-pasukan yang lain perlu meningkatkan kualiti dari segi undang-undang permainan, teknik permainan dan displin pemain yang tinggi. Persatuan Karom Malaysia boleh membantu anda semua dengan mengadakan kursus-kursus ke tahap yang terbaik. Kursus-kursus yang kami sediakan membantu dari segi teknik dan undang-undang permainan dan selebihnya terpulang kepada individu untuk meneruskan latihan. Kami hanya menunjuk jalan yang betul dan akhirnya pemain sendiri perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan permainan mereka dengan menjalani latihan secara sendiri atau kumpulan dengan konsisten.

Di samping itu juga tugas seorang pengurus bukan hanya mengambil berat keperluan dan kebajikan pasukan sahaja tetapi perlu mengetahui dan mendalami undang-undang permainan. Dengan demikian pengurus dapat membimbing pasukan dengan baik dari masa ke semasa dan jika ini dapat dilakukan insyaAllah di kejohanan yang akan datang kita dapat melihat mutu permainan dan displin yang tinggi. Sama-sama kita mengharapkan suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.













Keputusan pasukan yang bertandingan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Pasukan Selangor menjadi juara Karom MAKSAK 2009 setelah menumpaskan pasukan dari Kuala Lumpur dengan keputusan 3 - 2.

Bergambar dengan Pegawai MAKSAK dari Kelantan selaku tuan rumah pada tahun ini. Turut serta En. Azmi (Setiauaha Agong Persatuan Karom Malaysia) berdiri dua dari kiri, YM Tengku Petra dan Suhaizan.

Pengadil dari Persatuan Karom Malaysia yang mengadili Kejohanan Karom MAKSAK 2009. Berdiri dari kiri ke kanan; Suhaizan, Soong, Rahim, Frankei dan Cristopher. Duduk dari kiri ke kanan; Roslan, Samohon, Sahipul, Sabirin dan Waharuddin.

Di sepanjang saya mengadili kejohanan kali ini saya melihat sudah ada peningkatan pengetahuan undang-undang permainan dan skil pemain juga bertambah baik. Cuma ada sebilangan kecil pemain-pemain baru yang membuat kesalahan yang saya anggap perkara biasa. Sungguhpun begitu terdapat beberapa pemain-pemain senior yang membuat kesalahan asas yang tidak sepatutnya berlaku seperti mengambil striker ketika bergerak, lengan melebih garisan bayangan dan semasa meletakkan penalti.

Satu lagi kesalahan yang pengadil tidak pernah menegur atau menjatuhkan kesalahan ialah kaki melebihi garisan bayangan. Saya rasa sudah sampai masa pangadil mengambil sikap tegas sedikit supaya perkara ini tidak berlaku dan mendisplinkan pemain-pemain. Jika mereka mewakili negara di masa hadapan perkara ini akan selalu dipersalahkan oleh pengadil kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

Saya mewakil Persatuan Karom Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan rumah Kelantan terutama kepada YM Tengku Petra yang menyediakan tempat tinggal dan kerjasama di sepanjang kejohanan berlansung. Akhir kata selamat berjumpa kembali di masa hadapan dan teruskan mertabatkan permainan Karom Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment