Penyertaan tahun ini merupakan kontinjen yang paling ramai menyertai kejohanan Piala Dunia iaitu 17 negara kesemuanya. Negara-negara tersebut adalah Sri Lanka, Maldive, UEA, USA, UK, Perancis, Itali, Jerman, Sweden, Malaysia, Jepun, Korea, Bangladesh, Nepal, dan tuan rumah India. Tetapi Malang bagi pasukan Pakistan kerana mereka menghadapi masalah visa dan tidak dapat turut serta.
Kontinjen Malaysia terdiri daripada empat pemain iaitu Christopher Walter, Mohd Suhaizan Mat Karri, Mohd Yunos Abu Bakar dan Nor Azlan Sarif. Pemain ditemani oleh pengurus Samohon MD Kassim, Naib Presiden Persatuan Karom Malaysia Balbeer Singh dan AJK Persatuan Karom Malaysia terdiri P. Krishnamuthi, Roslan Omar dan Frankie Pek.
Kiri ke kanan:P. Krishnamutri, Frankie Pek, Roslan Omar, Mohd Yunos, Nor Azlan, Mohd Suhaizan, Christopher Walter, Balbeer Singh dan Samohon MD Kassim
Sijil penyertaan peserta
Perseorangan Swiss Liga
Format kejohanan terbahagi kepada dua bahagian iaitu acara perseorangan yang mengunakan “Swiss League System” dan acara regu terbuka pula diadakan secara kalah mati.
Pada hari pertama dan kedua acara perseorangan lelaki telah diadakan dan kemenangan sudah dijangka dimenangi oleh pemain dari India tempat pertama hingga tempat keempat Yogesh Pardeshi, Ravinder Gand, Kubendra Babu dan M Nataraj. Manakala Bahagian wanita dimenanggi oleh Ilavazhaki dan Ayesha Mohammad kedua-duanya dari India. Hadiah juga telah diberika kepada pemain yang bukan piljhan (India, Sri Lanka, Maldive dan Bangladesh). Pemenang pertama peserta dari UEA, Kedua dan ketiga dimenangi Christopher Walter dan Mohd Suhaizan Mat Karri dari Malaysia. Pemain seramai 76 kesemuanya dan Christopher di tangga ke 31 manakala Mohd Suhaizan di tangga ke 33. Ini merupakan penyertaan dan penyampaian terbaik yang disertai oleh kontinjen Malaysia di peringkat antarabangsa setakat ini.
Bersama Juara Wanita Ilavazhaki
Acara beregu telah diadakan pada hari ketiga dan keempat dan seperti juga acara perseorangan, regu dari India telah memenanggi tempat pertama dan kedua manakala tempat ketiga berpehak lepada Sri Lanka. Dua regu Malaysia agak malang kerana bertemu dengan regu terbaik dari India dan USA. Kedua-dua regu Malaysia terkulai sebelum layu tetapi tentangan tetap diberikan.
Bersama Arun Deshpande (Jurulatih pasukan dari India)
Pasukan Malaysia bersama dua peserta dari Korea
Satu perkara yang menarik di dalam kejohanan kali ini adalah peserta dari Perancis dan German rata-rata bermain dengan baik dan teknik mereka juga telah meningkat. Mereka mengatakan jurulatih dari India telah dijemput khas untuk mengadakan klinik dan latihan intensif. Mereka juga mengatakan sukan karom di sana sudah berkembang secara sihat dan banyak kejohanan diadakan di samping promosi yang berterusan.
Bersama sebahagian pasukan dari Nepal
Sebelum pulang ke tanah air kontinjen Malaysia sempat melawat tempat sejarah di sekitar New Delhi seperti Makam Matma Gandhi, India Gate, Red Fort dan berkesempatan sembahyang zohor di Masjid terbesar di India iaitu Jama Masjid. Pada hari terakhir kontinjen Malaysia berpecah dua iaitu satu kumpulan ke Taj Mahal dan satu lagi membeli belah di sekitar New Delhi.
Bersama perserta dari Itali (suami dan isteri) Liza juga merupakan Naib Presiden Persatuan Karom Antarabangsa.
Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah mengenai masyarakat India yang peramah dan mudah berbicara. Paling seronok ketika membeli belah ialah ketika tawar menawar dengan peniaga-peniaga tempatan. Mereka rata-rata tidak marah walaupun kita meletakkan harga yang kadang-kadang tidak munasabah lansung. Paling seronok ketika pergi membeli belah ialah dengan menaiki skuter diubahsuai (seperti tut-tut) menjadi kenderaan awam yang paling popular.
Yang paling menarik juga ada sahabat kita yang datang dengan beg kempis tetapi pulang dengan beg kembong, manakala ada yang datang satu beg tetapi membawa pulang dua beg sarat dengan barangan untuk keluarga tersayang dan sahabat yang terdekat sebagai buah tangan.
Kesimpulan mengenai pencapaian pemain Malaysia di kejohanan Piala Dunia kedua di New Delhi, India boleh dikatakan sederhana sahaja. Pendapat peribadi saya adalah selagi bermain tanpa jurulatih yang bertauliah seperti dari India, pemain Malaysia tidak akan mampu menyerlah. Pengurusan, perancangan dan sokongan yang mengikut garis panduan yang betul akan membawa kejayaan akhirnya. Oleh itu kepada pemain-pemain karom kursusnya permainan karom antarabangsa marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk membawa sukan ini ke tahap yang membanggakan di masa hadapan.
Saya ingin memetik kata-kata bekas pemimpin Persatuan Karom Malaysia yang mengatakan sudah 10 tahun Persatuan Karom Malaysia ditubuhkan tetapi agak malang kerana tiada perancangan jitu yang dapat membawa mercu kejayaan. Renungkanlah...
OFFICIAL RESULT 2nd CARROM WORLD CUP 2006
Swiss Leage Matches
7 rounds, 76 players (mixed)
Winner: Yogesh Pardeshi (India)
2nd. M.Nataraj (India)
3rd. Ravinder Gaud (India)
4th. Ali Nathar (UAE)
5th. P.Nirmala (India)
6th. D.Kubendra Babu (India)
7th. Chamil Cooray (Sri Lanka)
8th. Humayun Kabir (Bangladesh)
Scores:
Final: Yogesh Pardeshi defeated M.Nataraj 17: 13
3rd & 4th Place Rainder Gaud defeated Ali Nathar 25:11
Best USA players Jayadev Suryadevara (16th place)
Narayan Paranjape (22nd place)
Best European players Nazrul Islam (19th place)
Pierre Dubois (24th place)
Men Singles:
Winner Yogesh Pardeshi (India)
2nd. Ravinder Goud (India)
3rd. Kubendra Babu (India)
4th. M.Nataraj (India)
5th. WDN Fernando (Sri Lanka)
6th. Chami Coorey (Sri Lanka)
7th. Hafizur Rahman (Bangladesh)
8th KG Humayun Kabir (Bsangladesh)
Scores:
Yogesh Pardesi defeated Ravinder Goud 25:15, 25:16
Kubendra Babu defeated M. Nataraj 25:21, 25:16
WDN FErnando defeated Chami Coorey 25:21, 25:15
Hafizur Rahman defeated KG Humayun Kabir 25:11, 25:13
Women Singles:
Winner Illvazhaki (India)
2nd. Ayesha Mohammad (India)
3rd. Rashmi Kumari (India)
4th. P. Nirmala (India)
5th. Y. Rahubadda (Sri Lanka)
6th. Nayana Wickramasinghe
7th. Amitha Wickramasinghe (Sri Lanka)
8th. Leela de Silva (Sri Lanka)
Scores:
I. Illvazhaki defeated Ayesha Mohammad 25:13, 14:25, 25:8
Rashmi Kumari defeated P.Nirmala 25:13, 25:24
Y. Rahubadda defeated Nayana Wickramasinghe 25:22, 25:0
Amitha Wickramasinghe defeated Leela de Silva 25:21, 25:8
Men Doubles:
Winners M. Nataraj & Kubendra Babu (India)
2nd. Yogesh Pardeshi & Ravinder Goud (India)
3rd. WDN Fernando & Chamol Cooray (Sri Lanka)
4th. H. Rahman & Humayun Kabir (Bangladesh)
Score: M. Nataraj & Kubendra babu defeated Yogesh pardeshi 25:16, 25:22
WDN Fernando & Chamil Cooray defeated H. Rahman & H. Kabur 25:2, 25:4
Women Doubles:
Winners P. Nirmala & Rashmi Kumari (India)
2nd. I. Illavazhaki & Ayesha Mohammad (India)
3rd. Aminath Nima & Aishath Shahnaz (Maldives)
4th. A. Fainaz & Afeefunnisha (Maldives)
Scores:
P. Nirmala & Rashmi kumari defeated I. Illavazhaki & Ayesha Mohammad (in three hours stretching 37 boards)
24: 25, 25:11, 25:3
Aminath Nima & Aishath Shazna defeated A. Fainaz & Afeefunnisa 25:12, 25:6
No comments:
Post a Comment