Tarikh: 01/8/2008
Masa: 09:00pm
Hadir: Tuan Haji Ismail, Samohon Md Kasim, Soong, Roslan Omar, Azmi Baki, Mohd Suhaizan Mat Karri, A. Kamarudin Jasiman, Christopher Walter dan Sabirin Sabran.
Tuan Haji Ismail ketika menunggu sajian ikan bakar... di salah satu restoran terkenal dengan makanan laut di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang.
Pengadil dari Persatuan Karom Malaysia telah mengadakan makam malam istimewa kepada bekas Penolong Setiausaha Agong MAKSAK Malaysia Tuan Haji Ismail Sanusi sempena persaraan beliau pada 15 jun 2008. Makam malam ini juga sebagai ucapan terimakasih tidak terhingga daripada Persatuan Karom Malaysia kepada beliau yang selama ini menyokong penuh permainan karom antarabangsa di kalangan kaki tangan kerajaan.
Kami dari Persatuan Karom Malaysia telah memberi cerdermata sebagai kenangan dari pengadil-pengadil yang selama ini terlibat secara lansung dengan Kejohanan Karom MAKSAK.
Penulis bersama Tuan Haji Ismail selepas kejohanan Karom Maksak 2008 berlansung di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Saya mengharapkan di masa-masa yang akan datang beliau terus menabur bakti kepada MAKSAK khususnya di dalam permainan karom antarabangsa. Sekali lagi saya ucapkan selamat menikmati keharmonian di alam persaraan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pertemuan ini tidak berakhir di sini sahaja dan insyaAllah jika panjang umur kita berjumpa lagi di masa yang akan datang.
Di Kota Bahru, Kelantan kita berjumpa
Gelak ketawa seperti sahabat lama
Itulah sifat Tuan Haji Ismail mudah disapa
Tidak merasa rugi kekal bersama
Itulah sifat Tuan Haji Ismail mudah disapa
Tidak merasa rugi kekal bersama
Di Nilai, Negeri Sembilan kita berjumpa
Kali kedua masih tetap sama
Di Nilai, Negeri Sembilan kita berjumpa
Kali kedua masih tetap sama
Melaka bandar bersejarah berkelipan menyapa
Bertemu kali ketiga ketika saya berlima
Melaka bandar bersejarah berkelipan menyapa
Bertemu kali ketiga ketika saya berlima
Berjumpa di Kuantan, Pahang tidak mudah lupa
Indah sungguh menjadi sahabat lama
Berjumpa di Kuantan, Pahang tidak mudah lupa
Indah sungguh menjadi sahabat lama
Port Dickson, Negeri Sembilan kita bersapa
Harapan persahabatan kekal selama
Port Dickson, Negeri Sembilan kita bersapa
Harapan persahabatan kekal selama
Di Maksak Pulau Pinang kali terakhir berjumpa
Di Teluk Tempoyak kita makan bersama
No comments:
Post a Comment